29/04/2026
KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN MSSD BELAGA & GENTA SUARA BINTANG IRAMA MALAYSIA PERINGKAT DAERAH BELAGA TAHUN 2026
Kontinjen SK Metalun telah menyertai Karnival Sukan dan Permainan MSSD Belaga Tahun 2026 serta Genta Suara Bintang Irama Malaysia 2026 yang dianjurkan di SK Long Gang dengan penuh semangat dan dedikasi. πͺπ₯
Seramai 22 orang murid telah mewakili sekolah dalam tiga acara utama iaitu bola sepak, bola baling dan sepak takraw, di samping pertandingan nyanyian Genta Suara.
β¨ Pencapaian yang membanggakan:
π
Tempat ke-5 β Genta Suara (Duo)
π
Tempat ke-5 β Bola Sepak
π
Tempat ke-4 β Bola Baling
π
Suku Akhir β Sepak Takraw
Walaupun berdepan saingan sengit, semua peserta SK Metalun telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, disiplin yang mantap serta kerjasama berpasukan yang cemerlang.
Terima kasih kepada para guru, jurulatih dan semua pihak yang telah memberi sokongan padu. Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin untuk kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.
SK Metalun β TEAM Towards Excellence! π