SK Long Gang

SK Long Gang Laman Facebook rasmi Sekolah Kebangsaan Long Gang (SKLG), Belaga. An official page for Sekolah Kebangsaan Long Gang (SKLG), Belaga.

TAHNIAH DAN SYABAS, SK LONG GANG!Setinggi-tinggi tahniah dan Syabas diucapkan kepada anak murid kita iaitu Wan Irdina Iz...
18/08/2026

TAHNIAH DAN SYABAS, SK LONG GANG!

Setinggi-tinggi tahniah dan Syabas diucapkan kepada anak murid kita iaitu Wan Irdina Izz Naila binti Wan Mohd Faizul Fitri, Priscilla Ting Nawan dan Mikha Awing Idris yang telah mencurahkan bakat, kreativiti dan kesungguhan sehingga meraih kejayaan dan dinobatkan sebagai Johan Peringkat Negeri Sarawak dalam Cabaran Digital Storytelling Animation (DSTA) 2026, Kategori 2D Sekolah Rendah menerusi karya โ€œDIO: Cahaya untuk Ibuโ€.

Kejayaan ini melayakkan pasukan SK Long Gang untuk mewakili negeri Sarawak ke peringkat Kebangsaan. Lebih membanggakan, karya ini turut berjaya disenaraikan dalam TOP 5 Kebangsaan, sekali gus melayakkan pasukan SK Long Gang menerima jemputan untuk menghadiri Sesi Pitching Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada 13 hingga 15 September 2026 di SSTP, JPN Kedah.

Pencapaian ini bukan sekadar sebuah kemenangan, tetapi menjadi bukti bahawa bakat, kreativiti, usaha dan kesungguhan murid luar bandar mampu berdiri sebaris di pentas kebangsaan.

Genggam kejayaan dengan rendah hati, melangkah ke pentas kebangsaan dengan penuh keyakinan.

Semoga pasukan SK Long Gang terus melakar kecemerlangan, membawa nama Sarawak dengan penuh kebanggaan dan memberikan persembahan terbaik dalam sesi pitching nanti.

Seluruh warga SK Long Gang mendoakan kejayaan anda. Teruskan melangkah dan buktikan bahawa tiada batas bagi mereka yang berani bermimpi dan bersungguh-sungguh merealisasikannya.

SK Long Gang โ€” Terus Maju, Terus Cemerlang!
S.T.A.R.! : Strive.Technology.Achieve.Rise.







Tahniah dan Syabas kepada Wardatul Aisyah binti Azmeer di atas kemenangan di Peringkat Daerah dan Peringkat Negeri Saraw...
17/08/2026

Tahniah dan Syabas kepada Wardatul Aisyah binti Azmeer di atas kemenangan di Peringkat Daerah dan Peringkat Negeri Sarawak ๐Ÿ†

Pada 3 Julai lepas pihak PPD Belaga telah menganjurkan satu karnival yang dinamakan โ€˜Karnival Kecemerlangan Pendidikan Murid Prasekolah KPMโ€™. Pada peringkat daerah, Prasekolah SK Long Gang telah mendapat Johan dalam pertandingan chef cilik. Pada 10 Ogos lalu, keputusan pertandingan peringkat negeri sekali lagi Prasekolah SK Long Gang dinobatkan Johan untuk pertandingan chef cilik di peringkat negeri Sarawak.

๐Ÿฅ‡Johan Peringkat Daerah Belaga
๐Ÿฅ‡Johan Peringkat Negeri Sarawak.

Warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi Tahniah kepada Wardatul Aisyah binti Azmeer Prasekolah Sunflower dari SK Long Gang Belaga diatas kejayaan.

Terima kasih kepada semua pihak yg terlibat dan sokongan diatas kejayaan ini. Semoga setiap kejayaan dan pencapaian murid dapat membanggakan dan mengharumkan nama sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.

Fly kenyalang Fly !
Terus Maju Toward Excellence SKLG โœจ

14/08/2026

LAWATAN PENANDA ARAS MURID PRIBUMI SK LONG URUN KE SK LONG GANG

Credit:
โšซ Flying High by FREDJI -
SoundCloud:
/ fredjimusic
Facebook:
www.facebook.com/fredjimusic/ โšซ

Syukur kepada Tuhan, pada 12 Ogos 2026, bermula 1030 A.M., selesai dengan jayanya Lawatan Penanda Aras Murid Pribumi dar...
14/08/2026

Syukur kepada Tuhan, pada 12 Ogos 2026, bermula 1030 A.M., selesai dengan jayanya Lawatan Penanda Aras Murid Pribumi dari SK Long Urun ke SK Long Gang!

Satu sesi perkongsian ilmu yang sangat bermakna buat kami semua. Fokus utama SK Long Urun melawat kami, semestinya pada Unit Pengurusan Asrama SK Long Gangโ€”berkongsi amalan terbaik tentang carta organisasi, pendekatan membentuk sahsiah murid, serta tinjauan infrastruktur kemudahan asrama putera dan puteri.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada rombongan SK Long Urun yang diterajui oleh Guru Besar SK Long Urun, En. Adam Awek, diiring oleh PK HEM SK Long Urun, En. Roma Limit, para warden dan PPM atas kesudian bertandang ke mari. Selain bertukar-tukar pandangan, sempat juga kita adakan sesi menandatangani dokumen kerjasama dan bertukar cenderamata tanda ingatan, sebelum diakhiri dengan jamuan ringan.

Besar harapan kami agar jalinan ukhuwah dan pertukaran idea dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari memberi manfaat yang besar buat keselesaan dan kecemerlangan anak-anak didik kita.

Terbang bangau di hujung sawah,
Singgah sebentar di dahan cemara;
Terima kasih jiran sebelah,
Sudi melawat asrama kita.

Semoga maju jaya!

S.T.A.R
Strive. Technology. Achieve. Rise

07/08/2026

Sesi Menandatangani Jalinan Kolaborasi Di Antara SK Bukit Balai Dan SK Long Gang

Semoga dengan termeterainya kolaborasi ini akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak kerjasama yang akan membawa pelbagai manfaat kepada Unit Pengurusan Asrama SK Long Gang dalam membentuk pengurusan asrama yang lebih sistematik, responsif dan berkualiti.


Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera, ~ Lawatan Penanda Aras & Perkongsian Strategik Unit HEM & Un...
07/08/2026

Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera, ~ Lawatan Penanda Aras & Perkongsian Strategik Unit HEM & Unit Pengurusan Asrama SKLG ke SK Bukit Balai, PPD Tatau/Sebauh(Fokus Pengurusan Asrama) pada 05 Ogos 2026๐Ÿ™๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿ’ช
Terus Maju Towards Excellence SKLG!!!

04/08/2026

Kecemerlangan sesebuah organisasi bukan hanya diukur melalui pencapaian, tetapi turut bergantung kepada sejauh mana pemimpin melaksanakan amanah dengan penuh integriti, akauntabiliti dan ketegasan.

Ketua jabatan dan penyelia merupakan tonggak penting dalam memastikan tatakelola organisasi dipelihara. Selaras dengan Peraturan 3C, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993], setiap ketua jabatan dan penyelia bertanggungjawab menjalankan kawalan serta pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap sebarang pelanggaran peraturan.

Kegagalan mengawal, membiarkan atau tidak mengambil tindakan terhadap salah laku pegawai di bawah seliaan bukan sahaja boleh menyebabkan seseorang ketua jabatan atau penyelia disifatkan cuai dan tidak bertanggungjawab, malah boleh dikenakan tindakan tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan berkenaan.

Justeru, melindungi salah laku bukanlah satu bentuk kepimpinan yang berintegriti. Kepimpinan yang sebenar menuntut keberanian untuk bertindak secara adil, telus dan berlandaskan undang-undang, tanpa dipengaruhi kepentingan peribadi atau hubungan tertentu.

04/08/2026
Lawatan Pengesanan Dan Bimbingan Dual Language Programme(DLP) Sarawak Tahun 2026 oleh Sektor Pembelajaran JPNS, MEITD da...
04/08/2026

Lawatan Pengesanan Dan Bimbingan Dual Language Programme(DLP) Sarawak Tahun 2026 oleh Sektor Pembelajaran JPNS, MEITD dan Sektor Pembelajaran PPD Belaga ke SKLG pada 04 Ogos 2026๐Ÿ™๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿ’ช
Terus Maju Towards Excellence SKLG!

๐ŸŽ‰๐Ÿค– TAHNIAH PASUKAN ROBOTIK SK LONG GANG โ€“ ROBO WARRIOR LG ๐Ÿค–๐ŸŽ‰28โ€“31 Julai 2026 menjadi satu lagi detik bersejarah buat SK ...
03/08/2026

๐ŸŽ‰๐Ÿค– TAHNIAH PASUKAN ROBOTIK SK LONG GANG โ€“ ROBO WARRIOR LG ๐Ÿค–๐ŸŽ‰

28โ€“31 Julai 2026 menjadi satu lagi detik bersejarah buat SK Long Gang apabila pasukan robotik ROBO WARRIOR LG berjaya menyertai Pertandingan Robotik Kebangsaan 2026 yang berlangsung di SMK Methodist, Sibu.

Pasukan ini bertanding dalam kategori Robomission Rookie Sekolah Rendah dengan diwakili oleh tiga orang murid hebat:
๐Ÿ”น Adik Chenverse Benrisz Dorris
๐Ÿ”น Adik Hamielton Harold Stanley
๐Ÿ”น Adik Wan Irdina Izz Naila bt Wan Mohd Faizul

Pasukan ini dibimbing oleh mentor Cikgu Mark Heysley dengan iringan Cikgu Sharifah Haslin sebagai guru pengiring.

Daripada 54 pasukan yang bertanding dari seluruh Sarawak, ROBO WARRIOR LG memulakan cabaran dengan penuh bergaya apabila berjaya menduduki kedudukan ke-10 pada pusingan pertama. Walaupun persaingan semakin sengit pada pusingan kedua dan pasukan menamatkan pertandingan di kedudukan ke-14 daripada 54 pasukan secara keseluruhan, pencapaian ini tetap amat membanggakan.

๐Ÿ’™ Kejayaan ini membuktikan bahawa murid-murid SK Long Gang, sebuah sekolah di kawasan Pedalaman 2 Sarawak, mampu berdiri sama tinggi dan bersaing dengan sekolah-sekolah bandar dalam bidang robotik, pengaturcaraan dan teknologi.

๐Ÿ‘ Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua ahli pasukan atas semangat juang, disiplin dan komitmen yang dipamerkan. Kalian telah mengharumkan nama sekolah dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga SK Long Gang.

๐Ÿ™ Ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada barisan pentadbir yang diketuai oleh Guru Besar, Cikgu Jimmie, seluruh warga SK Long Gang, PPD Belaga, para ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan sokongan, sumbangan kewangan, pengangkutan dan penginapan sepanjang pasukan berada di Sibu.

Perjalanan ini bukanlah penamat, tetapi permulaan kepada lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. Teruskan berusaha, teruskan mencipta inovasi, dan terus melakar kecemerlangan!

"Dari Pedalaman, Menembusi Pentas Kebangsaan." ๐Ÿš€๐Ÿค–









Address

SK Long Gang,, Sungai Koyan
Belaga
96950

Opening Hours

Monday 06:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 06:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 06:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 06:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 06:00 - 12:30
14:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Long Gang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Long Gang:

Shortcuts

Share