SK Kampong Kudung

SK Kampong Kudung Juga sebagai SK Kampung Kudong. Sebuah sekolah rendah 100% murid orang asli dari suku kaum Jakun. Map coordinate (2.321704, 103.187487)

A primary school & hostel of aborigin children (Jakun's tribe) & located inside the Labis Reserve Forest (Bekok).

Tahniah diucapkan kepada adik Nur Arisya Damia dari kelas tahun 5 Cemerlang πŸ’
28/08/2026

Tahniah diucapkan kepada adik Nur Arisya Damia dari kelas tahun 5 Cemerlang πŸ’

πŸŽ₯ APABILA DIDIKTV KPM HADIR KE SK KAMPONG KUDUNG!Semalam, 27 Ogos 2026, SK Kampong Kudung menerima kunjungan istimewa da...
28/08/2026

πŸŽ₯ APABILA DIDIKTV KPM HADIR KE SK KAMPONG KUDUNG!

Semalam, 27 Ogos 2026, SK Kampong Kudung menerima kunjungan istimewa daripada pasukan DidikTV KPM bagi menjalankan sesi rakaman di sekolah kami. 🎬✨

Biasanya kita tengok DidikTV dari skrin… kali ini, kamera mereka p**a berada di depan mata! πŸ˜†πŸ“Ή

Suasana sekolah yang biasa tiba-tiba bertukar menjadi sedikit luar biasa. Ada kamera, ada kru, ada persiapan dan pastinya ada murid-murid yang teruja melihat sendiri dan ada juga yang terlibat bagaimana sesuatu kandungan pendidikan dihasilkan.

Terima kasih kepada pasukan DidikTV KPM atas kunjungan dan kesempatan memilih SK Kampong Kudung sebagai salah satu lokasi rakaman.

Satu pengalaman baharu, satu kenangan yang pasti akan kami simpan. ❀️

Dari Kampong Kudung, untuk tontonan seluruh Malaysia. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ₯




TAKLIMAT MATRIKS PEMBELAJARAN TAHUN 4 (MPT4) BERSAMA IBU BAPA DAN MURID TAHUN 4 SESI 2026Tarikh: 26 Ogos 2026Hari: RabuM...
28/08/2026

TAKLIMAT MATRIKS PEMBELAJARAN TAHUN 4 (MPT4) BERSAMA IBU BAPA DAN MURID TAHUN 4 SESI 2026

Tarikh: 26 Ogos 2026
Hari: Rabu
Masa: 12 tghari
Tempat: Dewan Muafakat
Disampaikan oleh: Cg Farahani, SU Peperiksaan Dalaman



PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026πŸ“† 12 hingga 14 Ogos 2026πŸ“ Sunrise Farm, Labis🏫 Anju...
22/08/2026

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026

πŸ“† 12 hingga 14 Ogos 2026
πŸ“ Sunrise Farm, Labis
🏫 Anjuran SK Desa Temu Jodoh
πŸ‘¨πŸ»β€πŸŽ“ Afindo bin Sani, Azizul Hakimi bin Apat, Faris bin Muhammad Zaidi dan Shah Airul Ziyat bin Yatim

Syabas diucapkan kepada murid-murid yang menyertai perkhemahan 3 hari 2 malam ini. Banyak aktiviti menarik yang mereka sertai, banyak juga pengalaman dan ilmu baru yang ditimba. Seronok lihat mereka berkawan dengan kawan-kawan baru dari pelbagai negeri. πŸ₯°

Terima kasih diucapkan kepada penganjur, SK Desa Temu Jodoh , Segamat atas peluang yang diberikan. Tahniah! Kudos to you!

πŸ†βœ¨ TAHNIAH DAN SYABAS! βœ¨πŸ†Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Cik Nur Izyan binti Abdul Majaid, Pembantu Pengurusan ...
20/08/2026

πŸ†βœ¨ TAHNIAH DAN SYABAS! βœ¨πŸ†

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Cik Nur Izyan binti Abdul Majaid, Pembantu Pengurusan Murid (PPKI) SK Kampong Kudung, atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025. 🌟

Pengiktirafan ini merupakan tanda penghargaan atas segala dedikasi, komitmen, kesungguhan dan sumbangan cemerlang yang telah dicurahkan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi kecemerlangan sekolah serta kemenjadian murid.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga SK Kampong Kudung.

Tahniah, Cik Nur Izyan!
Terus cemerlang, terus menginspirasi. πŸ’šβœ¨

SKKK Sukses, Seiring Ke Puncak! πŸš€




πŸš€ KARNIVAL STEM SEKOLAH MURID ORANG ASLI DAN PEDALAMAN (SMOAP) PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2026πŸ“… 19 Ogos 2026 (Rabu)πŸ“ S...
20/08/2026

πŸš€ KARNIVAL STEM SEKOLAH MURID ORANG ASLI DAN PEDALAMAN (SMOAP) PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2026

πŸ“… 19 Ogos 2026 (Rabu)
πŸ“ SK Tanah Abang, Mersing

Tahniah dan syabas kepada murid-murid SK Kampong Kudung yang telah membawa cabaran dalam Pertandingan Mercu Menara & Robot Cone-A-Thon di peringkat negeri.

πŸ€– ROBOT CONE-A-THON
πŸ… Tempat Ke-4 daripada 14 buah sekolah bertanding

πŸ‘ MERCU MENARA STRAW
Tahniah juga kepada pasukan Mercu Menara Straw yang telah memberikan usaha dan komitmen terbaik sepanjang pertandingan.

πŸ‘¦ Murid:
β€’ Edel bin Mohd Fuzi
β€’ Darren a/l Lee Long Chai
β€’ Zanny bin Sani
β€’ Adrian a/l Sulin

Tahniah anak-anak SKKK! Teruskan meneroka, mencipta dan berinovasi. πŸš€



TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA, ZARA ELISA! Satu lagi wakil SK Kampong Kudung melangkah ke pentas pertandingan untuk mengha...
17/08/2026

TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA, ZARA ELISA!

Satu lagi wakil SK Kampong Kudung melangkah ke pentas pertandingan untuk mengharumkan nama sekolah dalam Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSS Johor Kali Ke-24 Tahun 2026. πŸ†

🌟 Zara Elisa A/P Saiful
πŸ… Lompat Jauh | 100M | 4Γ—100M

πŸ“… 17 – 20 Ogos 2026
πŸ“ Stadium Mini Arena, SMK Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor

Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan, berikan yang terbaik dan nikmati setiap detik di gelanggang. Menang atau kalah, keberanian untuk mencuba dan membawa nama sekolah ke peringkat ini sudah cukup membanggakan. ❀️

SKKK Sukses, Seiring Ke Puncak! πŸš€πŸ†

🏸✨ TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA! ✨🏸Dua permata SK Kampong Kudung bakal membawa nama sekolah ke Karnival Kesenian dan Suka...
17/08/2026

🏸✨ TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA! ✨🏸

Dua permata SK Kampong Kudung bakal membawa nama sekolah ke Karnival Kesenian dan Sukan Asrama Sekolah Harian Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 dalam acara Badminton! πŸΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ’š Sherry Nasuha A/K Tan Boon Kok
πŸ’š Airanatasha Binti Asroni
🀍 Ustazah Nurul Amalina binti Masri (Jurulatih)

πŸ“… 17 – 21 Ogos 2026
πŸ“ UiTM Cawangan Pulau Pinang, Permatang Pauh

Semoga terus bersemangat, berani berjuang dan memberikan yang terbaik di gelanggang. Bawa nama SKKK dengan penuh bangga! πŸ’ͺπŸ”₯

SKKK Sukses, Seiring Ke Puncak! πŸΈπŸ†βœ¨




🌟 AFINDO BIN SANI 🌟Terima kasih kerana telah mengharumkan nama SK Kg Kudung ke peringkat Negeri Johor! Anda hebat!Ribuan...
13/08/2026

🌟 AFINDO BIN SANI 🌟

Terima kasih kerana telah mengharumkan nama SK Kg Kudung ke peringkat Negeri Johor! Anda hebat!

Ribuan terima kasih diucapkan kepada ibubapa, pentadbir, jurulatih, guru-guru dan seluruh warga sekolah atas usaha dan kepercayaan yang diberikan kepada bakat dan kebolehan anak kampung kita. Pencapaian ini tidak akan dapat dikalungkan tanpa usaha bersama.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada anak-anak untuk terus percaya diri. Kita boleh!

PEMBACA TERBANYAK AINS NILAM BULAN JULAI 2026 🌟 Tahniah diucapkan! Semoga ia menjadi pemangkin budaya membaca kepada mur...
13/08/2026

PEMBACA TERBANYAK AINS NILAM BULAN JULAI 2026 🌟

Tahniah diucapkan! Semoga ia menjadi pemangkin budaya membaca kepada murid-murid lain.

Address

Kampung Kudong
Bekok
86500

Opening Hours

Monday 07:30 - 13:30
Tuesday 07:30 - 13:30
Wednesday 07:30 - 13:30
Thursday 07:30 - 13:00
Sunday 07:30 - 13:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Kampong Kudung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Kampong Kudung:

Shortcuts

Share