SK KAMPUNG IRAN YBB4403

SK KAMPUNG IRAN YBB4403 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK KAMPUNG IRAN YBB4403, Education, Zon Suai, Bekenu.

19/12/2025

Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, kami merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Cikgu Nourul Naimmah atas segala jasa, pengorbanan dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Kehadiran cikgu bukan sahaja mendidik dengan ilmu, malah membimbing dengan penuh kesabaran, keikhlasan dan kasih sayang.

Segala sumbangan, idea serta komitmen cikgu dalam memajukan sekolah terutamanya dalam mendidik anak-anak pra dan bidang tarian serta membentuk sahsiah murid akan sentiasa terpahat dalam ingatan dan dikenang sepanjang masa.

Walaupun kami amat berat hati untuk melepaskan pemergian cikgu, namun kami memahami keputusan ini terpaksa diambil demi kesihatan. Kami mendoakan agar cikgu dikurniakan kesembuhan, kesihatan yang baik serta ketenangan dalam menjalani kehidupan seterusnya.

Terima kasih cikgu atas segalanya. Jasa dan pengorbanan cikgu akan sentiasa kami hargai. 🌷
Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan Cikgu dengan ganjaran yang berlipat ganda.

03/12/2025

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Untuk mengikuti perkembangan aktiviti sekolah, video ringkas perkongsian ilmu, program sekolah serta content pendidikan yang bermanfaat, jemput semua warga sekolah dan masyarakat untuk mengikuti akaun TikTok rasmi kami.

🎥 Ikuti di TikTok:
👉 https://vt.tiktok.com/ZSftp6LGh

Sokongan anda amat kami hargai dalam usaha menyebarkan ilmu dan menyemarakkan aktiviti sekolah melalui platform digital.
Jangan lupa like, share & follow untuk perkembangan terkini!

Sambutan Fiesta Asrama & Birthday Bash Asrama Villa De Andromeda SK Kpg Iran Fasa 229/11/2025Sabtu**Assalamualaikum dan ...
29/11/2025

Sambutan Fiesta Asrama & Birthday Bash
Asrama Villa De Andromeda
SK Kpg Iran Fasa 2
29/11/2025
Sabtu

**Assalamualaikum dan salam sejahtera.**

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Program Fiesta Asrama dan Birthday Bash pada hari ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada:

👉Pihak pengurusan asrama atas sokongan dan kelulusan penganjuran program ini.
Jawatan kuasa penganjur, para warden, dan semua yang bertungkus-lumus merancang serta mengendalikan program dengan penuh dedikasi.
Semua murid asrama yang memberikan kerjasama dan semangat untuk menjadikan program ini meriah dan bermakna.
👉Ibu bapa dan penjaga yang sentiasa memberi sokongan serta galakan kepada anak-anak dan pihak asrama.
👉Seterusnya, kepada semua penyumbang, penaja, serta individu yang membantu secara langsung atau tidak langsung kami amat menghargai jasa dan sumbangan anda.

👉Program ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah membuka ruang untuk kita mengukuhkan hubungan kekeluargaan dalam komuniti asrama. Semoga segala usaha dan sumbangan semua pihak mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Akhir kata, terima kasih sekali lagi kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis ini. Semoga kita bertemu dalam program yang lebih baik pada masa akan datang.

**Terima kasih.**


19/11/2025

Hari ini kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada Cikgu Nurul Fatihah binti Daud yang akan berpindah ke sekolah baharu. Terima kasih atas segala jasa, tunjuk ajar, kesabaran dan komitmen cikgu sepanjang berkhidmat di sekolah ini.

Cikgu bukan sahaja mendidik, tetapi telah menjadi inspirasi, penyokong dan pembimbing kepada ramai murid serta rakan setugas. Semoga cikgu terus sukses, diberi kesihatan yang baik dan terus menjadi pendidik yang hebat di tempat baharu.

Walaupun cikgu pergi membawa haluan, kenangan dan ukhwah yang terjalin tetap kekal dalam ingatan kami.
Selamat bertugas di sekolah baru, cikgu. Semoga perjalanan baharu ini dipermudahkan.

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Budi cikgu takkan terbayar,
Akan kekal di sanubari.

Burung merbah singgah di dahan,
Terbang pergi di hujung pagi;
Cikgu berpindah membawa amanah,
Doa kami sentiasa mengiringi.

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;
Jasa cikgu tetap di hati kami,
Walau jauh tetap dikenang.

Selamat Datang Guru Baharu!Pihak sekolah dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran Cikgu Almanda Dayang lepasan Instit...
19/11/2025

Selamat Datang Guru Baharu!

Pihak sekolah dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran Cikgu Almanda Dayang lepasan Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang(IPGKR) yang kini menyertai warga pendidik di sekolah ini.

Sebagai pendidik muda yang hadir dengan ilmu terkini, semangat baharu dan idealisme seorang guru pelatih profesional, kami percaya kehadiran Cikgu Almanda Dayang Anak Richmond akan memberi nilai tambah dalam memantapkan pengajaran serta membimbing murid ke arah kecemerlangan.

“Langkah pertama sebagai guru bukan sekadar memulakan kerjaya, tetapi membuka pintu untuk mencipta perubahan. Semoga cikgu terus kekal bersemangat, tabah menghadapi cabaran, dan ikhlas mendidik demi membina generasi masa depan.”

Selamat bertugas dan selamat menabur bakti.
Warga sekolah mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan perjalanan kerjaya cikgu dipenuhi kejayaan.

Program Intervensi Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) 14 Oktober 2025 ( Selasa ) Objektif : Mem...
15/10/2025

Program Intervensi Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

14 Oktober 2025 ( Selasa )

Objektif :
Memberi khidmat nasihat secara langsung kepada PPD dan sekolah berhubung pengurusan kompetensi melalui PBPPP.

Pegawai Pemantau;
KPM : Encik Yahya
JPN Sarawak : Encik Haslan bin Wasli
PPD Subis : Encik Jafar bin Rambli

Pihak sekolah berbesar hati menerima kehadiran tuan pegawai ke SK Kampung Iran. Terima kasih atas bimbingan yang diberikan. Semoga pengurusan PBPPP kami akan bertambah lebih baik dengan adanya bimbingan secara langsung daripada pegawai KPM.



TARIKH: 08.10.2025HARI: RABULAWATAN SELIA BIMBING DARI SEKTOR SPbMPPD SUBIS BERSAMA TIMBALAN PPD SERTA ROMBONGANLAWATAN ...
14/10/2025

TARIKH: 08.10.2025
HARI: RABU

LAWATAN SELIA BIMBING DARI SEKTOR SPbM
PPD SUBIS
BERSAMA TIMBALAN PPD SERTA ROMBONGAN

LAWATAN SELIA BIMBING KALI INI MENJURUS KEPADA:
👉 PENGURUSAN RMT
👉PENGURUSAN KEHADIRAN MURID
👉PENGURUSAN SPBT

ALHAMDULILLAH PENGURUSAN RMT SKKI MENDAPAT 5🌟 MANAKALA PENGURUSAN SPBT 3🌟....

TAHNIAH KEPADA SEMUA STAFF DAN MURID MURID ...

KUNJUNGAN INI SANGAT MEMBANTU DAN MEMBERI INSPIRASI KEPADA SEMUA UNTUK MENAMBAHBAIK PENGURUSAN HEM KHASNYA DAN SEKOLAH AMNYA.

"Angin bertiup debu bertebaran
Daun nyiur melambai lambai
TERIMA KASIH atas Bimbingan
Teguran dan rujukan jadi panduan "



08.10.2025RABULAWATAN KUNJUNG BANTU KE RUMAH MURID ADIK FARRIN DAN ADIK JACKSON (RH. LIBIN)BERSAMA TIMBALAN PPD SUBIS SE...
13/10/2025

08.10.2025
RABU
LAWATAN KUNJUNG BANTU KE RUMAH MURID ADIK FARRIN DAN ADIK JACKSON (RH. LIBIN)
BERSAMA TIMBALAN PPD SUBIS SERTA ROMBONGAN (SPBH)
DI IRINGI OLEH GURU BESAR, PENOLONG KANAN KOKKURIKULUM DAN GURU KELAS TAHUN 3

TERIMA KASIH.



AKTIVITI RUTIN MINGGUAN (0650 - 0720 PAGI)ISNIN - MORNING WALK 🚶🧹SELASA - PERHIMPUNAN RASMIRABU- CERGAS PAGI/ SENAMRIA /...
19/08/2025

AKTIVITI RUTIN MINGGUAN
(0650 - 0720 PAGI)

ISNIN - MORNING WALK 🚶🧹
SELASA - PERHIMPUNAN RASMI
RABU- CERGAS PAGI/ SENAMRIA /SENAM AEROBIK🤸
KHAMIS - BACAAN BUKU 📚
JUMAAT - KEROHANIAN/ BACAAN YASIN📘

HARI INI RABU..20.08.2025..0650- 720 PAGI...
SENAMRIA CERGAS PAGI.



🇲🇾 MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2025 ,”ANAK MERDEKA, JIWA MADANI 🇲🇾Tarikh: 12 Ogos 2025 Alhamdulillah, Maj...
13/08/2025

🇲🇾 MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2025 ,”ANAK MERDEKA, JIWA MADANI 🇲🇾
Tarikh: 12 Ogos 2025

Alhamdulillah, Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kebangsaan peringkat sekolah telah berlangsung dengan penuh semangat patriotik. Bertemakan “Anak Merdeka, Jiwa MADANI" yang selaras dengan Tema Bulan Kebangsaan Negara Tahun 2025 iaitu, “Malaysia MADANI : Rakyat Disantuni”.

Oleh itu, program ini membuka tirai kepada pelbagai aktiviti sepanjang bulan kebangsaan yang bermula 12 Ogos hingga 12 September bagi menyemarakkan cinta akan tanah air dalam kalangan warga sekolah.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini. Semoga semangat kemerdekaan terus mekar dalam jiwa anak-anak generasi MADANI! 🇲🇾✨




KARNIVAL STARIAN 20254-9 Ogos 2025Part 5.Warga sekolah mengucapkan jutaan penghargaan kepada Yang Berhormat Dato Majang ...
11/08/2025

KARNIVAL STARIAN 2025
4-9 Ogos 2025
Part 5.
Warga sekolah mengucapkan jutaan penghargaan kepada Yang Berhormat Dato Majang ak Renggi, Timbalan Menteri Infrastuktur Dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Adun N70 Samalaju kerana sudi merasmikan majlis penangguhan karnival STARIAN 2025 walaupun mempunyai jadual yang cukup padat.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada PIBG dan penduduk sekitarnya yang sentiasa memberikan sokongan kepada aktiviti² yang sekolah anjurkan.

Pusat Khidmat Masyarakat DUN N.70 Samalaju
Syabas & tahniah.

Address

Zon Suai
Bekenu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK KAMPUNG IRAN YBB4403 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category