Persatuan Alumni Politeknik Sultan Azlan Shah

Persatuan Alumni Politeknik Sultan Azlan Shah Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) mula beroperasi pada 1 Mac 2002 dgn nama Politeknik Tanjong Mali

|| Selamat Menyambut Bulan Ramadhan ||Sudah Tiba Bulan Ramadhan ,Madrasahkan Diri dengan Ibadah,Syukur Alhamdulillah ata...
18/02/2026

|| Selamat Menyambut Bulan Ramadhan ||

Sudah Tiba Bulan Ramadhan ,
Madrasahkan Diri dengan Ibadah,
Syukur Alhamdulillah atas Kesempatan,
Tidak disiakan sekadar harapan.

Kumpul pahala bukan hanya berangan,
Tegakkan hati serta iman,
Rendahkan diri setiap perkataan,
Mulut , Dan jiwa jalan seiringan.

Kami mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
Diberikan Kesihatan dalam memenuhi tuntutan syariat
Segala dipinta mohon dan maaf supaya dipermudahkan segala
urusan.


| Tahun Baru Cina |Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh warga Persatuan Alumni Politeknik Sultan Azlan Shah....
17/02/2026

| Tahun Baru Cina |

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh warga Persatuan Alumni Politeknik Sultan Azlan Shah.

Sempena ketibaan Tahun Baru Cina yang penuh bermakna ini, Kami ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat menyambut perayaan kepada semua ahli alumni yang meraikannya.

Sebagai sebuah komuniti alumni yang sentiasa mengekalkan semangat perpaduan dan profesionalisme, semoga semua ahli terus melakar kejayaan dalam kerjaya, kehidupan peribadi serta memberikan sumbangan yang bermakna kepada masyarakat dan negara. Semoga Tahun Baru Cina ini membawa sinar kebahagiaan, kesihatan yang berpanjangan, rezeki yang melimpah ruah serta kejayaan yang berterusan dalam setiap usaha yang diceburi.

Semoga perayaan ini diraikan dengan penuh keberkatan dan keceriaan. Gong Xi Fa Cai dan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua. 🧧✨


[Al-fatihah]Assalamuailakum w.b.t. Dukacita dimaklumkan bahawa Muhammad Irfan Bin Zolpakar telah kembali menghadap Ilahi...
27/01/2026

[Al-fatihah]

Assalamuailakum w.b.t.
Dukacita dimaklumkan bahawa Muhammad Irfan Bin Zolpakar telah kembali menghadap Ilahi

Kita doakan semoga roh arwah ditempatkan bersama mereka yang dapat rahmat dan kasih sayang dari Allah SWT.

Salam Takziah daripada kami barisan Alumni PSAS

11/01/2026

|| TABUNG KEBAJIKAN ALUMNI ||

Kesanggupan Alumni kita, Fariz Najdi mengisi ruang dan masa bagi menerima sedikit sumbangan daripada Persatuan yang disambut oleh jawatankuasa Persatuan di Politeknik Sultan Azlan Shah.

Dalam perbualan panjang, kami dapat menyusuri sebuah perjalanan yang membawa kekuatan yang besar kepada Keluarga ini dalam menempuh sebuah perjalanan kehidupan.

Kami yakin ini bukan permulaan mahupun pengakhiran , ini hanya laluan yang ditakdirkan bagi meningkatkan darjat seseorang yang tidak diajar dalam silibus pembelajaran.

Doa permudahkan urusan tidak lekang dibibir alumni yang mengetahui berita ini. Langkah segera untuk kita realisasikan dengan menyumbang seberapa mampu bagi meringankan beban yang dilalui. " Kita sentiasa bersama-sama membantu Alumni "


07/01/2026

|| TABUNG KEBAJIKAN ALUMNI ||

Persatuan telah menghubungi Alumni PSAS, Saudara Fariz Najdi mendapatkan keterangan lanjut berkaitan sumbangan terkini, Menurut beliau jumlah masih belum mencukupi dalam membawa anakanda beliau untuk menjalani rawatan pembedahan..

Persatuan ingin menyeru seluruh jentera alumni untuk bersama-sama menyumbang sedikit kewangan serta berkongsi video ini agar dipermudahkan urusan sahabat kita ini.

Rekod transaksi boleh dikongsi kepada exco prihatin agar pihak kami dapat merekodkan keseluruhan sumbangan yang telah disalurkan bersama-sama..
+60 10-860 2472 Iman
Sesiapa yang telah buat transaksi boleh mesej kepada beliau untuk tujuan rekod data.


|| TABUNG KEBAJIKAN ALUMNI PSAS ||Seorang anak alumni kita sedang berjuang untuk hidup.Rawatan dan pemindahan hati amat ...
06/01/2026

|| TABUNG KEBAJIKAN ALUMNI PSAS ||

Seorang anak alumni kita sedang berjuang untuk hidup.
Rawatan dan pemindahan hati amat diperlukan segera.

Atas dasar ukhuwah dan kebersamaan, kami menyeru seluruh Alumni PSAS serta sahabat semua untuk bersama-sama menghulurkan sumbangan.Sedikit daripada kita, besar ertinya buat keluarga ini.

🤲 Mohon doa, sokongan dan perkongsian agar usaha ini dipermudahkan dan bantuan dapat disampaikan tepat pada waktunya.


Barisan Kepimpinan Jawatankuasa Persatuan Alumni PSAS 2026/2028Yang Di Pertua MUHAMMAD SAFWAN BIN ZAINAL ABIDINNaib Yang...
27/12/2025

Barisan Kepimpinan Jawatankuasa Persatuan Alumni PSAS 2026/2028

Yang Di Pertua
MUHAMMAD SAFWAN BIN ZAINAL ABIDIN

Naib Yang Di Pertua
MOHAMMAD IQBAL BIN ZAINAL

Setiausaha Agung
Ir. Ts. MOHAMMAD AZIZUL BIN ABD RAHIM

Timbalan Setiausaha
MARDIYYE BINTI HARUN

Bendahari
AIZATUL AKMALIYA NA BINTI ALIYUZAR

Timbalan Bendahari
FARAH IZATI BINTI MOHD BASER

EXCO ALUMNI PRIHATIN
MUHAMMAD HAZIRUL IMAN BIN HUSNY

EXCO ALUMNI PEMBANGUNAN KERJAYA
MUHAMMAD FAIZUL MUSTAFA

EXCO ALUMNI EKONOMI
MEGAT MOHAMMAD RUSZAINEAY BIN YUSOP

EXCO ALUMNI MULTIMEDIA DAN DIGITAL
MOHD ATIQ BIN ABDUL RAHIM

EXCO ALUMNI PERHUBUNGAN KOPERAT & INDUSTRI
MUHAMMAD SAFI BIN ABDUL AZIZ

Pemeriksa Kira-Kira
MUHAMMAD SUHAIRY BIN SUHAIMY
MAISAROH MOHD MAASOM

|| MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ||Melabuh Tirai Tahun 2025 dengan perjumpaan yang agak besar kali ini.. Tahniah yang dapat me...
27/12/2025

|| MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ||

Melabuh Tirai Tahun 2025 dengan perjumpaan yang agak besar kali ini.. Tahniah yang dapat menjulang cabutan bertuah sebagai buah tangan..

Satu isyarat yang akan membawa Persatuan ke satu tahap langkah ke hadapan. Kehadiran ini sedikit sebanyak membuktikan bahawa usaha meremajakan jawatankuasa giat dilaksanakan..

Ucaptama oleh Yang Di - Pertua Baharu , En Safwan mengharapkan seluruh kehadiran ini akan membawa sebuah gerakan baharu dalam memacu Persatuan bukan hanya jawatankuasa tapi keseluruhan ahli menjayakan perkara dengan bersama-sama.


22/12/2025

|| MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ||

Masa yang menanti kehadiran kita sudah tak lama ,
4hari sahaja lagi....

Cabutan Bertuah Milik Siapa !!!
Emas 999


21/12/2025

|| Mesyuarat Agung Tahunan 2025 ||

Masih berbaki 6hari lagi...

Ayuh semua Rakan taulan ini masanya kita berkumpul
Melahirkan semua kumpulan yang senantiasa menjalinkan hubungan silaturahmi dalam Persatuan Alumni Politeknik Sultan Azlan Shah..

Cabutan Bertuah Emas 999

Inilah Masanya....


20/12/2025

Assalamualaikum semua! ✨
Jom datang Mesyuarat Agung kita minggu depan. Kita bincang dan rancangan untuk tahun depan.

Kehadiran anda beri impak besar! 😉"

Cabutan Bertuah Emas 999

|| JAWATAN KOSONG ||Dipelawa semua Alumni PSAS dalam memenuhi keperluan pembangunan kerjaya..Ayuh rebut peluang ini...
04/08/2025

|| JAWATAN KOSONG ||

Dipelawa semua Alumni PSAS dalam memenuhi keperluan pembangunan kerjaya..

Ayuh rebut peluang ini...

Address

Behrang Stesyen
Behrang Hulu
35950

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6054544431

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Alumni Politeknik Sultan Azlan Shah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Persatuan Alumni Politeknik Sultan Azlan Shah:

Shortcuts

Share