Jmsk PSAS

Jmsk PSAS Jabatan Matematik, Sains dan Komputer merupakan jabatan sokongan di Politeknik Sultan Azlan Shah

🌷✨ SELAMAT HARI JADI WARGA JMSK! ✨🌷Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK), Politeknik Sultan Azlan Shah  mengucapk...
21/08/2026

🌷✨ SELAMAT HARI JADI WARGA JMSK! ✨🌷

Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK), Politeknik Sultan Azlan Shah mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada:

🎂 Zaril Faizal bin Zaral Gaffar — 2 Ogos 2026
🎂 Noor Azilla binti Mohamed Nor — 21 Ogos 2026
🎂 Hafiza binti Ibrahim — 29 Ogos 2026

Semoga dipanjangkan usia, dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan serta sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan-Nya. 🤲🏻✨

Semoga setiap langkah terus dipenuhi kebahagiaan, kejayaan dan keberkatan, serta menjadi insan yang terus memberi manfaat kepada keluarga, rakan sekerja dan seluruh warga JMSK. 🌹

🎉 Selamat Hari Jadi! Semoga sentiasa dalam kebahagiaan. 🎉



Tiktok | Facebook | Twitter : .psas
Tiktok | Facebook | Twitter :
Instagram :
Youtube : Politeknik Sultan Azlan Shah
Youtube : PSAS SHOUT! TVET


✨ SEMOGA BERJAYA UNTUK VALIDASI GRED 13✨ Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK), Politeknik Sultan Azlan Shah  (PS...
14/08/2026

✨ SEMOGA BERJAYA UNTUK VALIDASI GRED 13✨

Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK), Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dipermudahkan segala urusan kepada:
🌟Ts. Dr. Siti Khadijah Binti Mohd Salleh
🌟 Ts. Anuar Bin Abdul Wahab
🌟 Ts. Ifaniza Binti Ibrahim

Semoga segala persediaan, usaha, ilmu dan pengalaman yang dicurahkan menjadi bekalan terbaik dalam menghadapi Validasi Gred 13.🤲 Semoga Allah SWT melancarkan setiap langkah, memberikan ketenangan, keyakinan dan kekuatan serta mengurniakan kejayaan yang terbaik. Usaha dengan ikhlas, yakin dengan kebolehan, berdoa dan bertawakal. Insya-Allah, kejayaan milik kita.💪✨ Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.🤲

📱 Ikuti kami:
TikTok | Facebook | Twitter : .psas
TikTok | Facebook | Twitter :
Instagram :
YouTube : Politeknik Sultan Azlan Shah
YouTube : PSAS SHOUT! TVET

🎬🤖 AI + KREATIVITI = VIDEO YANG LEBIH MENARIK! ✨🚀 Getting Started with AI Video CreationAlhamdulillah, satu lagi perkong...
12/08/2026

🎬🤖 AI + KREATIVITI = VIDEO YANG LEBIH MENARIK! ✨

🚀 Getting Started with AI Video Creation

Alhamdulillah, satu lagi perkongsian ilmu yang menarik telah berjaya dilaksanakan melalui kursus “Getting Started with AI Video Creation” anjuran National Training Week (NTW) dengan kerjasama Jabatan Matematik, Sains & Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS).

Dalam dunia digital yang semakin berkembang, Artificial Intelligence (AI) membuka peluang baharu untuk kita menghasilkan kandungan video dengan lebih kreatif, pantas dan inovatif. 🎥💡

📅 1 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 9.00 pagi – 11.00 pagi
💻 Secara dalam talian

🎤 Penceramah:
Pn. Kogila a/p Muthu Samy

👩🏻‍💼 Urusetia:
Pn. Norlailatulazmira Binti Nurul Zaman
Pn. Nor Azrin Binti Ahmad Bahar

Kursus ini memberi peluang kepada peserta untuk mengenali asas penghasilan video berasaskan AI serta meneroka bagaimana teknologi AI boleh dimanfaatkan dalam pengajaran, pembelajaran, pekerjaan dan penghasilan kandungan digital. 🌐✨

👏 Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta, penceramah dan urusetia atas komitmen serta sokongan dalam menjayakan program ini.

💭 Jangan hanya guna AI… belajar untuk mencipta dengan AI! 🤖🎬✨

Learn • Create • Innovate

Tiktok | Facebook | Twitter:
Instagram:
Youtube: Politeknik Sultan Azlan Shah
Youtube: PSAS SHOUT! TVET


🌟 PENCALONAN ANUGERAH IKON SUKARELAWAN 2026 PERINGKAT PSAS 🌟Warga Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK), Politekn...
07/08/2026

🌟 PENCALONAN ANUGERAH IKON SUKARELAWAN 2026 PERINGKAT PSAS 🌟

Warga Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK), Politeknik Sultan Azlan Shah merakamkan tahniah kepada Ts. Anuar bin Abdul Wahab atas penyertaan bagi Anugerah Ikon Sukarelawan sempena Anugerah Akademia POLYCC 2026 Peringkat Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS).

Pencalonan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen dan sumbangan berterusan dalam aktiviti kesukarelawanan, khususnya dalam usaha memberi manfaat kepada komuniti dan masyarakat.

Semoga pencalonan ini menjadi pemangkin untuk terus berkhidmat, menyumbang dan memberi inspirasi, di samping menyemarakkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan warga PSAS.

Selamat maju jaya dan semoga dipermudahkan segala urusan dalam penilaian Anugerah Ikon Sukarelawan 2026 Peringkat PSAS. 🤲✨

📱 Ikuti kami:
TikTok | Facebook | Twitter : .psas
TikTok | Facebook | Twitter :
Instagram :
YouTube : Politeknik Sultan Azlan Shah
YouTube : PSAS SHOUT! TVET


Share from Politeknik Sultan Azlan Shah Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera7 TAHUN PENGANJURAN.🚀MARI STEM BERSAMA KA...
31/07/2026

Share from Politeknik Sultan Azlan Shah

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

7 TAHUN PENGANJURAN.🚀MARI STEM BERSAMA KAMI!!

Dengan slogan 2026:
💡*INOVASI HARI INI, SOLUSI UNTUK MASA DEPAN*💡
kami bawakan *Karnival ComSciTic STEM Adventure 2026*: BrainSTEM Battle 2.0 sempena Festival of STEM 2026 Politeknik Sultan Azlan Shah.

🧑🏻‍🏫ComSciTic STEM Adventure 2026 Peringkat Kebangsaan terbuka kepada:
* Pelajar politeknik & kolej komuniti
* Pelajar IPTA/IPTS (Universiti/Matrikulasi/Institusi Kemahiran/Kolej)

👩🏼‍🔬Pertandingan BrainSTEM Battle 2.0 berbentuk kuiz *dalam talian* yang mencabar pengetahuan dan kecekapan pelajar dalam bidang STEM mengikut tarikh berikut:

*Pendaftaran: Bermula 27/7/2026 hingga 10/9/2026 (online)*
*Pemberian ID: 11/9/2026*
*Pertandingan: 12/9/2026*
*Keputusan Rasmi: 18/9/2026*

🔥Maklumat lanjut program juga boleh diperolehi daripada:
📱Laman Facebook Jmsk PSAS & Facebook PSAS
🎆Instagram Jmsk PSAS & Instagram PSAS
🖥️Website ComSciTic https://sites.google.com/psas.edu.my/karnivalcomsciticstemadventure/utama

NAMA KURSUS: BENGKEL AI DAN MENDELEY24 JULAI 2026 – Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) dengan kerjasama Unit R...
29/07/2026

NAMA KURSUS: BENGKEL AI DAN MENDELEY
24 JULAI 2026 – Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) dengan kerjasama Unit Reskilling dan Upskilling (RUC) dan PSH , JMSK Politeknik Sultan Azlan Shah di bawah Program National Training Week 2026 (NTW) telah menganjurkan BENGKEL PENGGUNAAN ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) DAN MENDELEY UNTUK PENYELIDIKAN AKADEMIK Kursus ini memberi pendedahan kepada penggunaan teknologi Artificial Intelligence (AI) dan perisian Mendeley dalam menyokong proses penyelidikan, penulisan akademik serta pengurusan rujukan secara sistematik. Peserta akan mempelajari teknik menggunakan AI secara beretika untuk menghasilkan idea penyelidikan, membuat ringkasan artikel, memperbaiki penulisan akademik, serta membina carian literatur yang lebih berkesan. Selain itu, peserta akan didedahkan kepada penggunaan Mendeley bagi mengurus artikel, menghasilkan rujukan dan bibliografi secara automatik mengikut format APA serta mengintegrasikan Mendeley dengan Microsoft Word.
Bengkel ini dijalankan secara teori dan amali secara atas talian bagi memastikan peserta dapat mengaplikasikan AI dan Mendeley dalam penyediaan tugasan, projek penyelidikan dan penerbitan akademik. Seramai 20 peserta dari pelabagai agensi telah menyertai kursus ini diantaranya Institusi Pendidikan Tinggi dan Vokasional: Peserta terdiri daripada wakil pelbagai politeknik (Mukah, Kuching, Ibrahim Sultan, Sultan Azlan Shah), universiti awam dan swasta (UTAR, UPSI, UMPSA, UTHM, Unirazak), serta kolej komuniti (Mas Gading, Bukit Beruang).
Agensi Kerajaan dan Swasta: Kehadiran merangkumi kakitangan daripada agensi korporat seperti Indah Water Konsortium, badan bukan kerajaan (NGO), serta penyedia latihan profesional.
Kursus ini telah disampaikan oleh Ts Dr Siti Khadijah binti Mohd Salleh, Pensyarah Kanan dari JMSK, Politeknik Sultan Azlan Shah yang berkongsi ilmu serta pengalaman beliau dalam penulisan dan penggunaan AI dan Mendeley.
Kursus ini bertujuan membantu peserta dalam
• Memahami konsep asas Artificial Intelligence (AI) dalam penyelidikan akademik.
• Menggunakan AI secara beretika untuk membantu penulisan dan kajian literatur.
• Menguasai penggunaan Mendeley bagi mengurus sumber rujukan.
• Menghasilkan petikan dan bibliografi secara automatik menggunakan Microsoft Word.
• Meningkatkan kecekapan menghasilkan penulisan akademik yang berkualiti
Sesi ini memberi peluang kepada peserta untuk mengaplikasikan Artificial Intelligence (AI) secara beretika dalam pendidikan dan penyelidikan. Ianya dapat menjana idea penyelidikan disamping membuat ringkasan artikel dengan menambah baik penulisan akademik dalam membina carian literatur. Menerusi kursus ini peserta dapat mencipta akaun dan memasang Mendeley Reference Manager, mengimport artikel daripada pangkalan data dan dapat mengurus koleksi artikel. Penggunaan ‘Citation Plugin’ dalam Microsoft Word dapat menjana sitasi dan bibliografi secara automatic dalam APA 7th Edition. Kursus ini telah berlangsung dengan jayanya dan dapat memberi impak yang baik kepada para peserta dari pelbagai agensi.

Tiktok | Facebook | Twitter : .psas
Tiktok | Facebook | Twitter :
Instagram :
Youtube : Politeknik Sultan Azlan Shah
Youtube : PSAS SHOUT! TVET


KURSUS VISUALISE & MOBILIZE: DASHBOARD + APPS AI SECARA ATAS TALIAN SEMPENA NATIONAL TRAINING WEEK (NTW) 2026 POLITEKNIK...
29/07/2026

KURSUS VISUALISE & MOBILIZE: DASHBOARD + APPS AI SECARA ATAS TALIAN SEMPENA NATIONAL TRAINING WEEK (NTW) 2026 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
23 JULAI 2026 (KHAMIS)
Kursus ini telah dianjurkan bersama oleh pegawai dari Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) Politeknik Sultan Azlan Shah , Puan Norhayati Binti Jamil dan pihak ULPL, Politeknik Sultan Azlan Shah. Seramai 87 orang peserta telah mendaftar dan hadir ke kursus secara atas talian. Para peserta kursus yang hadir adalaha daripada serata semenanjung Malaysia dan Borneo.
Sepanjang kursus ini, para peserta berpeluang mempelajari cara membina dashboard interaktif dan aplikasi berasaskan AI secara praktikal, daripada proses pengumpulan data hinggalah kepada pembangunan aplikasi.
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kemahiran praktikal kepada peserta dalam membangunkan dashboard interaktif serta aplikasi mudah guna berasaskan AI, bermula daripada pengurusan data, visualisasi, integrasi model AI sehinggalah kepada penerapan sebagai aplikasi web atau mobile ringan.
Objektif kursus:
1) Memberi pendedahan kepada peserta tentang pembangunan dashboard interaktif dan aplikasi berasaskan AI.
2) Membimbing peserta memahami aliran kerja lengkap daripada pengumpulan dan pembersihan data hingga kepada visualisasi data.
3) Melatih peserta membina dashboard yang menarik, mudah digunakan dan berfungsi secara praktikal.
4) Memperkenalkan integrasi model AI (prediction) dalam pembangunan aplikasi.
5) Membolehkan peserta menerapkan hasil pembangunan sebagai aplikasi web atau mobile ringan.
Diharapkan kursus ini dapat memberikan manfaat yang berterusan kepada semua peserta serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang dashboard dan aplikasi AI.
Terima kasih kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen dan penyertaan yang sangat baik, serta kepada Puan Norhayati Binti Jamil atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dan menjadi nilai tambah kepada semua.

Tiktok | Facebook | Twitter :
Instagram :
Youtube : Politeknik Sultan Azlan Shah | PSAS SHOUT! TVET

🎉 **TAHNIAH WARGA JMSK!** 🎉Setinggi-tinggi ucapan **TAHNIAH DAN SYABAS** diucapkan kepada warga **Jabatan Matematik, Sai...
28/07/2026

🎉 **TAHNIAH WARGA JMSK!** 🎉

Setinggi-tinggi ucapan **TAHNIAH DAN SYABAS** diucapkan kepada warga **Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK), Politeknik Sultan Azlan Shah ** atas kejayaan **kenaikan pangkat**.

🌟 **Pn. Norhayati Binti Jamil** – DH14 (M)
🌟 **Pn. Noormala Binti Abdullah** – DH14 (M)
🌟 **Pn. Kogila A/P Muthu Samy** – DH13 (M)
🌟 **Pn. Norjumaahtul Adawwiah Ab Majid** – DH12 (M)

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan, memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi serta menyumbang dengan penuh komitmen dalam memartabatkan pendidikan TVET dan Politeknik Sultan Azlan Shah.

**Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah daripada seluruh warga Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK), PSAS.**

📲 **Ikuti kami di media sosial:**

**Tiktok | Facebook | Twitter :** .psas
**Tiktok | Facebook | Twitter :**
**Instagram :**
**Youtube :** Politeknik Sultan Azlan Shah
**Youtube :** PSAS SHOUT! TVET

📚✨ Kursus "Bijak Kalkulator, Bijak Matematik: Kuasai Kalkulator ClassWiz Anda" ✨📚Alhamdulillah, telah berlangsung dengan...
28/07/2026

📚✨ Kursus "Bijak Kalkulator, Bijak Matematik: Kuasai Kalkulator ClassWiz Anda" ✨📚

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya kursus "Bijak Kalkulator, Bijak Matematik: Kuasai Kalkulator ClassWiz Anda" yang dianjurkan oleh National Training Week (NTW) dengan kerjasama Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS).

🗓️ Tarikh: 20 Julai 2026 (Isnin)
🕒 Masa: 3.00 petang – 5.00 petang
📍 Tempat: Bilik Tutorial 2, JMSK
🎤 Penceramah: Pn. Norlailatulazmila Binti Nurul Zaman
✍🏻 Urusetia : Nor Azrin Binti Ahmad Bahar

Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik penggunaan kalkulator ClassWiz secara lebih cekap dan efektif bagi membantu menyelesaikan pelbagai masalah matematik dengan lebih pantas, tepat dan yakin.

Terima kasih kepada semua peserta yang hadir serta pihak penganjur atas komitmen dan sokongan dalam menjayakan program ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam pembelajaran dan pengajaran pada masa akan datang.

Tiktok | Facebook | Twitter:
Instagram:
Youtube: Politeknik Sultan Azlan Shah
Youtube: PSAS SHOUT! TVET


📢 HEBAHAN JMSK | JOM SERTAI KURSUS PERCUMA!🎥 GETTING STARTED WITH AI VIDEO CREATION 🤖✨Jabatan Matematik, Sains dan Kompu...
20/07/2026

📢 HEBAHAN JMSK | JOM SERTAI KURSUS PERCUMA!

🎥 GETTING STARTED WITH AI VIDEO CREATION 🤖✨

Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK), Politeknik Sultan Azlan Shah menjemput seluruh warga PSAS, pendidik, pelajar dan orang awam untuk menyertai kursus ini yang akan dikendalikan oleh Pn. Kogila a/p Muthu Samy, Pensyarah Kanan, Politeknik Sultan Azlan Shah.

Kuasai asas penghasilan video menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI) bagi menghasilkan kandungan pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif, menarik serta berkualiti.

https://www.facebook.com/share/p/1E1EsNLEMp/

Tiktok | Facebook | Twitter : .psas Tiktok | Facebook | Twitter: Instagram: Youtube: Politeknik Sultan Azlan Shah Youtube: PSAS SHOUT! TVET

Address

Politeknik Sultan Azlan Shah
Behrang Hulu
35950BEHRANGPERAK,

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jmsk PSAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Jmsk PSAS:

Shortcuts

Share