Kolej Komuniti Beaufort

Kolej Komuniti Beaufort KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT
89807 BEAUFORT
SABAH
NO.TEL: 087-212 528/529
FAX : 087-212 530

Kolej Komuniti Beaufort merupakan kolej di bawah Kementerian Pengajian Tinggi & merupakan kolej pertama berstatus kampus serta yg kelima diwujudkan di Sabah. Mula beroperasi pada Januari 2013 dan bakal menawarkan kursus-kursus sepenuh masa bermula Julai 2013. Antara kursus yang bakal dilaksanakan oleh kolej ini ialah Sijil Kulinari dan Sijil Elektrik.

22/08/2026

Tahniah kepada semua Inventor KKBS

Klik! Kolej Komuniti BeaufortPENCIPTA INOVASI KKBS ‘MERAUK’ DUA ANUGERAH DI BFOI 2026 TUARANKOTA KINABALU – Pencipta ino...
22/08/2026

Klik! Kolej Komuniti Beaufort

PENCIPTA INOVASI KKBS ‘MERAUK’ DUA ANUGERAH DI BFOI 2026 TUARAN

KOTA KINABALU – Pencipta inovasi Kolej Komuniti Beaufort (KKBS) berjaya membawa pulang dua anugerah khas, tiga Pingat Emas dan dua Pingat Perak menerusi penyertaan dalam Borneo Festival of Ideas (BFOI) 2026 bagi Zon Kota Kinabalu.

BFOI 2026 anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Institute for Development Studies (Sabah) (IDS Sabah) itu telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Abdul Kassim Haji Razali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik merangkap Timbalan Pengerusi Jetama Water Sdn. Bhd.

Dalam Pertandingan Kearifan Borneo (PIKB), inovasi CANDAS berjaya meraih Anugerah Permata Kearifan bagi Kategori Makanan dan Kesihatan Tradisional serta Pingat Emas. CANDAS dibangunkan oleh Pn. Ummu Amarah, Pn. Nurhayati Hassan, Saudari Puteri Nursyahira Dahlan dan Saudari Azetta Maringgan.

Turut bertanding dalam kategori sama ialah BFAST yang meraih Pingat Perak, menerusi pasukan En. Muhammad Abdul Haq bin Aziz, En. Mohd Yusof bin Yaakob, En. Nur Azhari Azharuddin dan En. Larry Cassidy.

Bagi Borneo Solid Waste Management Innovation Challenge (BSWMIC), inovasi SAVENT mencatat kejayaan apabila menerima Anugerah Most Promising Waste Innovation serta Pingat Emas. Pasukan SAVENT terdiri daripada Pn. Nurul Aidila Suraya, Cik Nurul Hayati, Pn. Norfazirah Kusin, En. Muhammad Abdul Haq bin Aziz, En. Shamsuddin Amin dan En. Mohd Fikri Murshidi.

KKBS turut meraih Pingat Emas menerusi inovasi OVOPLAST yang diketuai Pn. Wan Nur Syamimi Wan Sajiri dan Pn. Rezmahwati Mohd. Abdullah dibantu oleh Saudara Mohammad Aqmal Nazri Abd Kassim, Saudara Muhamad Zharfan dan Saudara Daniel Leo Bonney
manakala The Ricecycle Soap yang dibangunkan oleh Pn. Nurhayati Hassan, Saudari Nicole Layun Nicky dan Saudara Shazwi Soh berjaya memperoleh Pingat Perak.

Secara keseluruhan, KKBS membawa pulang dua anugerah khas, tiga Pingat Emas dan dua Pingat Perak menerusi lima inovasi yang dipertandingkan.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen warga KKBS dalam membudayakan inovasi, menghasilkan penyelesaian kreatif dan menyokong agenda kelestarian, sekali gus memperkasa keupayaan warga TVET dalam menghasilkan inovasi yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Tahniah kepada semua pencipta inovasi KKBS atas pencapaian membanggakan di BFOI 2026!

22/08/2026

Keputusan Kategori Borneo Solid Waste Innovation Challenge
Borneo Festival Of Ideas 2026
Zon Kota Kinabalu

22/08/2026

Selamat Maju Jaya kepada Pasukan Inovasi KKBS di Borneo Innovation Festival of Ideas (BFOI) di Tuaran anjuran UMS

20/08/2026

Tahniah kepaa semua pemenang KiCX 26

📸 KLIK! KOLEJ KOMUNITI BEAUFORTKiCX’26 LABUH TIRAI, SEMARAKKAN BUDAYA INOVASI DAN KEMAMPANAN DI KKBSBEAUFORT, 20 Ogos 20...
20/08/2026

📸 KLIK! KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT

KiCX’26 LABUH TIRAI, SEMARAKKAN BUDAYA INOVASI DAN KEMAMPANAN DI KKBS

BEAUFORT, 20 Ogos 2026 – Kolej Komuniti Beaufort (KKBS) hari ini melabuhkan tirai KKBS Innovation Challenge Exhibition 2026 (KiCX’26) selepas berlangsung selama dua hari, pada 19 hingga 20 Ogos 2026.

Majlis penutupan KiCX’26 telah dirasmikan oleh Puan Juriffah Saffli, ahli Jawatankuasa Penasihat KKBS. Kehadiran beliau mencerminkan sokongan berterusan pihak industri dan komuniti terhadap usaha KKBS dalam memperkasakan budaya inovasi serta pembangunan mampan.

Pengarah KKBS, Ts. Julkifli Awang Besar, dalam ucapannya berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai platform untuk mencungkil kreativiti, mengembangkan potensi serta menyemarakkan budaya inovasi dalam kalangan pelajar dan warga KKBS.

Bertemakan “Inovasi Hari Ini, Impak Lestari Esok!”, KiCX’26 mengetengahkan konsep CleanTech bagi bidang Teknologi Elektrik serta Sustainable Hospitality & Gastronomy bagi bidang Operasi Perhotelan dan Kulinari berlandaskan elemen Environmental, Social and Governance (ESG).

Penganjuran KiCX’26 turut mendukung Iltizam Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dalam aspek pembudayaan kemampanan. Para peserta digalakkan membangunkan idea dan inovasi yang menitikberatkan penggunaan sumber secara bertanggungjawab, kelestarian alam serta impak positif kepada komuniti.

Kemuncak KiCX’26 menyaksikan beberapa inovasi dan individu menerima pengiktirafan khas:

🏆 KiCX Pitch Perfect
Peelora Bites

🏆 KiCX Potential
Eko-Intelektrik: Jimat Tenaga

🏆 KiCX Award
MASTERPIECE Portable Power Distribution System

🏆 Top Supervisor
Encik Ahmad Khudri bin Shamsuddin

Tahniah kepada semua pemenang, peserta, penyelia dan jawatankuasa pelaksana yang telah menjayakan KiCX’26. Semoga program ini menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak inovasi yang kreatif, relevan dan berimpak tinggi pada masa hadapan.

“Inovasi Hari Ini, Impak Lestari Esok!”

Klik! Kolej Komuniti Beaufort KiCX’26 BUKA TIRAI, SEMARAKKAN BUDAYA INOVASI DAN KEMAMPANAN DI KKBSBEAUFORT, 19 Ogos 2026...
19/08/2026

Klik! Kolej Komuniti Beaufort

KiCX’26 BUKA TIRAI, SEMARAKKAN BUDAYA INOVASI DAN KEMAMPANAN DI KKBS

BEAUFORT, 19 Ogos 2026 – Kolej Komuniti Beaufort (KKBS) hari ini membuka tirai KKBS Innovation Challenge Exhibition 2026 (KiCX’26) yang berlangsung selama dua hari, pada 19 dan 20 Ogos 2026, sebagai platform membudayakan inovasi, kreativiti dan kemampanan dalam kalangan pelajar serta warga KKBS.

Bertemakan “Inovasi Hari Ini, Impak Lestari Esok!”, KiCX’26 mengetengahkan konsep CleanTech bagi bidang Teknologi Elektrik serta Sustainable Hospitality & Gastronomy bagi bidang Operasi Perhotelan dan Kulinari berlandaskan elemen ESG.

Program hari pertama dimulakan dengan dua sesi perkongsian ilmu. Sesi 1: Ceramah Harta Intelek disampaikan oleh Cik Nurul Fazlin binti Othman daripada MyIPO, yang memberi pendedahan berkaitan kepentingan harta intelek dalam pembangunan dan perlindungan hasil inovasi.

Seterusnya, Sesi 2: Pitching Technique disampaikan oleh En. Saverinus P. Kitingan, Presiden Persatuan Usahawan Teknologi Sabah (SATA). Sesi ini memberi penekanan kepada teknik penyampaian dan pitching yang berkesan bagi membantu peserta mempersembahkan idea serta nilai inovasi dengan lebih yakin dan meyakinkan.

KiCX’26 mempertandingkan empat kategori utama, iaitu CleanTech & Smart Energy Systems bagi Sijil Teknologi Elektrik, Green Operations & Conscious Hospitality bagi Sijil Operasi Perhotelan, Future Food & Zero-Waste Culinary bagi Sijil Kulinari serta Kategori Terbuka untuk Unit UPA dan Pegawai Kanan.

Penganjuran ini turut memperkasakan pensyarah sebagai mentor praktikal dalam membimbing pelajar daripada proses pencetusan idea, pembangunan projek sehingga pembentangan inovasi. Abstrak dan laporan projek yang dihasilkan juga akan diterbitkan dalam e-Prosiding KiCX’26 sebagai dokumentasi hasil inovasi.

Selain mengasah hard skills teknikal, program ini memberi ruang kepada peserta meningkatkan soft skills, khususnya komunikasi, keyakinan diri, kreativiti, penyelesaian masalah dan kemahiran pitching.

Penganjuran KiCX’26 turut menyokong Iltizam Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dalam aspek pembudayaan kemampanan, dengan menggalakkan pembangunan idea dan inovasi yang mengambil kira penggunaan sumber secara bertanggungjawab, kelestarian serta impak kepada komuniti.

Kemuncak KiCX’26 pada 20 Ogos 2026 bakal menyaksikan pengiktirafan kepada inovasi dan peserta terbaik menerusi KiCX Pitch Perfect, KiCX Potential, KiCX Award dan Top Supervisor.

polycc.edu.my
Politeknik.kolejkomuniti
Ketua Pengarah JPPKK - Shamsuri Abdullah
Julkifli Awang Besar

19/08/2026

KiCX 26 : Pelajar-pelajar melakukan persiapan akhir. Masing-masing mahu berikan yang terbaik

Tahniah kepada pasukan Limbawang E-Sport KKBS
19/08/2026

Tahniah kepada pasukan Limbawang E-Sport KKBS

Address

Jalan Melalugus
Beaufort
89800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+601151153536

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Beaufort posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Kolej Komuniti Beaufort:

Shortcuts

Share