KVB Alumni

KVB Alumni Medium merapatkan hubungan silaturahim sesama bekas pelajar yang pernah menerima pengajian di smv atau kvb Terima Kasih Salam Ukhuwah.

Laman Rasmi ALUMNI KVB adalah kesinambungan usaha untuk menjejaki semula para bekas penuntut KVB atau dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Beaufort. Para bekas pelajar adalah dialu - alukan untuk mengikuti setiap perkembangan yang akan dimuatnaik dalam laman ini. Pihak ALUMNI juga sedaya upaya ingin mengumpulkan seberapa banyak bekas pelajar dan mengumpul data perkembangan setiap

bekas pelajar selepas menamatkan pengajian di SMV / KVB. sebarang pertanyaan boleh bertanya di dalam laman ini.

14/05/2015

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Pada tanggal 16 Mei setiap tahun, warga pendidik akan meraikan sambutan hari guru. Justeru, ALUMNI SM VOKASIONAL BEAUFORT mengambil kesempatan untuk mengucapkan ”Selamat Hari Guru” kepada semua warga pendidik [GURU] yang berkhidmat di Smv / Kolej Vokasional Beaufort semenjak penubuhannya sehingga hari ini.

Guru adalah insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga kita dapat mencapai kejayaan haruslah kita sanjung. Kesabaran dan kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya.

Wahai para guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami membaca, menulis dan mengira dengan sabar. Maafkan kami jika selalu membuat hatimu terluka. Kadangkala kenakalan kami melebihi hadnya. Ketegasan mendisiplinkan jiwa dan diri kami amatlah dirindui setelah tidak bergelar anak muridmu.

Jasamu sungguh bererti kepada kami semua. Terima kasih, cikgu.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Ingatan tulus ikhlas daripada kami ;

PRESIDEN, AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI & SEMUA BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL BEAUFORT BATCH 1/2/3 & KOLEJ VOKASIONAL BEAUFORT (ALUMNI).

24/05/2014

assalammualaikum
selamat malam
salam 1 malaysia.

Bagi pihak Alumni Kolej Vokasional , merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diatas undangan bersama-sama menghadiri sambutan hari guru peringkat kolej bagi tahun 2014 dan sekaligus dengan jayany telah dapat mengadakan Mesyuarat Pertama Membentuk Kepimpinan Alumni sesi kali ini , terima kasih kepada Tuan Pengarah KVB, En. Asri , En. Jiew dan Kaunselor Kolej Cik Shazren diatas kesudian membantu kami kearah membentuk sebuah barisan kepimpinan yang akan memikul tanggungjawab bersama .

Kalau ada sumur diladang
boleh kami menumpang mandi
jasa kalian sentiasa dikenang,
ke hujung nyawa tetap tersemi...

Selamat Hari Guru

(Admin)

05/04/2014

Assalamualaikum n salam sejahtera..meeting yg spttnya pd hari ni d jlnkn trpksa d batalkan ats beberapa masalah yg x dpt d elakkan..oleh itu pihak alumni moho maaf ats prkara ini..oleh itu mesyuarat trsebut tlah d tunda pd tarikh yg blm d ttpkn.sy harap rakan2 smua sabar ya..smua ni pun x d minta..trjadi tnpa d rancang..skali lagi pihak alumni mohon maaf ats trjadiny prkara ini..

13/03/2014
SALAM ...SALAM SEJAHTERA..Pihak page ingin mengucapkan selamat tahun baru 2014 kepada seluruh warga kvb alumni termasuk ...
31/12/2013

SALAM ...
SALAM SEJAHTERA..
Pihak page ingin mengucapkan selamat tahun baru 2014 kepada seluruh warga kvb alumni termasuk pihak pengurusan kolej , asrama dan semua pelajar-pelajar warga sm atau kolej vokasional beaufort. Teruskan usaha kami sentiasa menyokong demi kejayaan semua . selamat tahun baru 2014 !!

16/12/2013

terima kasih semua,,sapa2 yg dh bagi maklumat diri yg d minta..saya akan forward kn kepada pihak yg berkenaan secepat mungkin..thank u for ur cooperation!

13/12/2013

maklumat baru!
Tlg share ya... Mana ex SMV Bft dr 2009 hingga 2013... Tlg post di wall atau direct pn ke Sumie Sumiran atau Nuraznah Abdul Hamid status trkini anda sama ada smbg bljr atau sdh berkerjaya.. Kerjasama anda amat diperlukan bg melicinkan proses penyediaan rekod alumni smv bft.
# tolong bagi tw kamu badge tahun brapa..
# bagi nombor telefon skali..mudah utk dihubungi..
follow yg tertera dalam maklumat ni jak..tq..
sapa2 yg dh bagi maklumatnya saya akn forward ada cikgu nuraznah @ cikgu sumiran..

13/12/2013

salam 1 Alumni KVB,
kepada Bekas Penuntut Batch
Pertama, kedua dan seterusnya di harap kerjasama anda
untuk memberikan (pm kami) data
terkini anda mengikut Format
dibawah ini :
1. Nama
2. No.kad Pengenalan
3. Alamat Tempat Tinggal Sekarang
4. No. Telefon Bimbit
5. Email (jika ada)
6. Jurusan / Bidang yang diambil
semasa di Sm Vokasional
7. Bekerja / Belajar
8. Nama majikan/institusi pengajian/
Universiti
9. Status (bujang,berkahwin/bercerai)
Sila ambil perhatian khusus kepada
para bekas Penuntut Smv Beaufort .
Kita akan mula menjejaki,masa
berikutnya khusus untuk batch
seterusnya.
Bertindak cepat memudahkan semua
pihak.
Terima Kasih.

13/12/2013

fan page ni terbuka kpd semua bekas2 pelajar smvb n kvb alumni. tq..segala pemberitahuan pun akan d tujukan utk semua bekas2 pelajar smvb n kvb..tiada yg terkecuali..

13/12/2013

salam n salam sejahtera semua..maklumat yg telah d minta yg prnh dposkan dlm page kvb alumni anda boleh berikan maklumat anda d fb puan nuraznah n fb en.sumiran. keran merka yg mengumpul segala data2 bekas2 pelajar skrg..d harap anda blh beri kerjasama bagi melancarkan segala2 perancangan yg telah d atur bagi mewujudkan alumni bekas2 pelajar smvb @ kvb secara rasmi pda thn dpn semasa reunion pertama diadakan nti..insyaAllah..sekian terima kasi.

25/11/2013

Medium merapatkan hubungan silaturahim sesama bekas pelajar yang pernah menerima pengajian di smv atau kvb

Address

Beaufort
89807

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KVB Alumni posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share