17/03/2024
MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2024/2025
Tarikh: 11-15 Mac 2024
Tempat: Dewan Aula Jami, SK Nukahan Beaufort
PENGENALAN
Pengurusan pembukaan sekolah KPM bagi setiap sesi akademik sewajarnya berjalan dalam keadaan suasana yang ceria, mesra dan selamat. Perkara ini selaras dengan Hasrat KPM untuk melahirkan Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) dan sekali gus mewujudkan suasana “Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera”. Minggu pertama persekolahan seharusnya dimanfaatkan dengan pelaksanaan program/aktiviti menyeronokkan yang dapat menyokong murid dan guru bersedia sepenuhnya dari aspek sosioemosi dan mental untuk melaksanakan proses Pendidikan formal.
Program/aktiviti di sekolah pada minggu pertama sesi persekolahan akan mempengaruhi adab, akhlak dan motivasi murid dalam pembentukan sahsiah berdasarkan aspek karamah insaniah. Pihak pentadbir sekolah bertanggungjawab memupuk semua nilai baik yang menjadi teras kemenjadian murid khususnya murid untuk hadir ke sekolah.
OBJEKTIF
1. Mewujudkan suasana ceria, selamat, bermakna dan terancang.
2. Mempunyai nilai pendidikan dan berinformatif.
3. Merupakan sebahagian pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dapat memupuk nilai.
4. Mewujudkan komunikasi berkesan melibatkan murid, guru, ibu bapa atau penjaga dan komuniti.
5. Memupuk sikap berkerjasama dan persefahaman yang erat antara murid, guru, ibu bapa atau penjaga dan komuniti.