24/08/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW itu contoh teladan yang baik bagi kamu.”
(Surah al-Ahzab: 21)
Sempena sambutan Maulidur Rasul SAW, marilah kita bersama-sama menghayati dan menyelusuri kembali sirah serta akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai contoh terbaik dalam kehidupan.
Rasulullah SAW telah mengajar kita erti kasih sayang, kesabaran, kejujuran, amanah, persaudaraan dan kepimpinan. Justeru, marilah kita menjadikan akhlak Baginda sebagai pedoman dalam membentuk insan yang berilmu, berakhlak mulia dan sentiasa memberikan manfaat kepada orang lain.
Sebagai warga SMK Beaufort III, marilah kita memperkukuhkan ukhuwah, menyemai nilai murni dan bersama-sama membentuk generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah unggul sahsiah dan keperibadiannya.
Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW diterjemahkan melalui pengamalan sunnah dan akhlak Baginda dalam kehidupan seharian.
Selamat menyambut Maulidur Rasul SAW kepada seluruh warga SMK Beaufort III serta seluruh umat Islam di seluruh Malaysia.
Semoga kita semua mendapat syafaat Baginda SAW dan sentiasa berada dalam rahmat serta keberkatan Allah SWT. 🤲🏻 .
إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ . آمين يا رب العالمين
“SMK BEAUFORT III – TERBAIK • TERHEBAT • TERBILANG”
Puan Haja Rujimah binti Taip
Pengetua
SMK Beaufort III