SAN Pekan Beaufort

SAN Pekan Beaufort Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SAN Pekan Beaufort, Religious school, SAN Pekan Beaufort, Beaufort.

Catatan SANPB : 17-26 OGOS 2026بالتوفيق والنجاح في الامتحانSELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN (SRU) 2026KEPADA 64 C...
18/08/2026

Catatan SANPB : 17-26 OGOS 2026

بالتوفيق والنجاح في الامتحان

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN (SRU) 2026

KEPADA 64 CALON (SRU) SAN PEKAN BEAUFORT DAN SEMUA CALON SELURUH NEGERI SABAH.

Catatan SANPB : 31 Julai 2026 | JumaatTAKLIMAT UJIAN PENTAKSIRAN AL-QURAN (SRU) 2026
01/08/2026

Catatan SANPB : 31 Julai 2026 | Jumaat

TAKLIMAT UJIAN PENTAKSIRAN AL-QURAN (SRU) 2026


Catatan SANPB : 30 Julai 2026 | KhamisDIALOG PRESTASI MURID PENGGAL 1Alhamdulillah, terima kasih atas kehadiran semua ib...
30/07/2026

Catatan SANPB : 30 Julai 2026 | Khamis

DIALOG PRESTASI MURID PENGGAL 1

Alhamdulillah, terima kasih atas kehadiran semua ibu bapa/penjaga murid- murid SANPB, semoga dengan pertemuan & perbincangan bersama guru kelas , dapat meningkatkan lagi prestasi pelajaran dan memberi impak yang positif untuk kemenjadian murid-murid agar terus cemerlang.



30/07/2026

JIKA ANAK TIDAK HORMAT GURU…

Cuba lihat dahulu bagaimana mereka diajar menghormati orang di rumah.

Anak-anak belajar bukan hanya melalui nasihat.

Mereka belajar melalui apa yang mereka lihat setiap hari.

Cara ibu bapa bercakap dengan pasangan.

Cara melayan orang yang lebih tua.

Cara menghormati pekerja, jiran, peniaga dan orang di sekeliling.

Semuanya menjadi contoh yang membentuk sikap mereka.

Apabila seorang anak melihat orang dewasa bercakap dengan sopan, mereka belajar menghormati.

Apabila mereka melihat kemarahan, makian dan penghinaan menjadi kebiasaan, mereka juga boleh menganggap itulah cara yang normal untuk berinteraksi.

Guru mengajar ilmu di sekolah.

Tetapi asas adab dan hormat bermula di rumah.

Sebab itu, jika kita mahu anak menghormati guru, rakan dan masyarakat, kita sendiri perlu menunjukkan teladan yang baik setiap hari.

Anak mungkin tidak sentiasa mengikut apa yang kita suruh. Tetapi mereka sentiasa memerhatikan apa yang kita lakukan.

❤️ Hormat tidak lahir secara kebetulan. Ia dibentuk melalui contoh yang dilihat, kata-kata yang didengar dan kasih sayang yang dirasai di rumah.

28/07/2026

SEBELUM MENYALAHKAN GURU…

Tanyakan dahulu, berapa minit kita berbual dengan anak hari ini?

Guru bersama anak-anak di sekolah hanya untuk beberapa jam setiap hari.

Selebihnya, anak-anak membesar bersama keluarga.

Nilai, adab, cara berkomunikasi, kawalan emosi dan keyakinan diri banyak dibentuk melalui interaksi di rumah.

Apabila seorang anak berdepan masalah di sekolah, kita wajar mencari punca dengan hati yang terbuka.

Ada kalanya ia berkaitan dengan pembelajaran.

Ada kalanya melibatkan rakan sebaya.

Dan ada kalanya, anak sebenarnya sedang membawa beban yang tidak pernah sempat diceritakan kepada ibu bapanya.

Menyalahkan guru semata-mata bukanlah jalan penyelesaian.

Pendidikan yang berjaya lahir apabila guru dan ibu bapa saling melengkapi, bukannya saling menyalahkan.

Luangkan sedikit masa setiap hari.

Tanya anak bagaimana harinya.

Dengar cerita mereka tanpa tergesa-gesa.

Kadangkala, lima belas minit perbualan yang ikhlas lebih bermakna daripada berjam-jam berada di bawah satu bumbung tanpa berinteraksi.

Anak tidak hanya memerlukan ibu bapa yang menyediakan keperluan hidup. Mereka juga memerlukan ibu bapa yang benar-benar hadir dalam kehidupan mereka.

🤝 Pendidikan adalah tanggungjawab bersama. Apabila sekolah dan keluarga berjalan seiring, anak-anak akan membesar dengan lebih sejahtera, yakin dan berakhlak.

Mari belajar Bahasa Arab
26/07/2026

Mari belajar Bahasa Arab

PERKATAAN HARI INI 🤗

مُتَزَوِّجٌ
Sudah berkahwin (L)
مُتَزَوِّجَةٌ
Sudah berkahwin (P)
أَعْزَبُ/ عَازِبٌ
Bujang (L)

عَزْبَاءُ
Bujang (P)

👨‍🏫 Contoh ayat:


كَانَ أَحْمَدُ عَازِبًا الآنَ هُوَ مُتَزَوِّجٌ
Ahmad dahulu bujang sekarang dia sudah berkahwin.

مُنِيرَةُ مُتَزَوِّجَةٌ أَمَّا أُخْتُهَا مَازَالَتْ عَزْبَاءَ
Munirah sudah berkahwin manakala adik perempuannya masih bujang.

😊

Catatan SANPB : 9-10 Julai 2026 | Khamis & JumaatPROGRAM KLINIK BUKU TEKS (SPBT) 2026Anjuran: Unit Skim Pinjaman Buku Te...
12/07/2026

Catatan SANPB : 9-10 Julai 2026 | Khamis & Jumaat

PROGRAM KLINIK BUKU TEKS (SPBT) 2026

Anjuran: Unit Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

Tema: "Sayangi Buku Teks, Hargai Ilmu"

Objektif:
📚Membaik pulih buku teks yang rosak supaya dapat digunakan lebih lama.
📚Memupuk sikap bertanggungjawab dan menyayangi buku teks dalam kalangan murid.
📚Mengurangkan kadar kerosakan dan kehilangan buku teks SPBT.
📚Memberi pendedahan kepada murid tentang cara penjagaan buku teks yang betul.

Sasaran: Semua murid penerima SPBT


Catatan SANPB : 07 Julai 2026 | SELASAMAJLIS IHTIFAL ILMI SEKOLAH AGAMA NEGERI PERINGKAT BAHAGIAN PEDALAMAN BAWAHالْحَمْ...
10/07/2026

Catatan SANPB : 07 Julai 2026 | SELASA

MAJLIS IHTIFAL ILMI SEKOLAH AGAMA NEGERI PERINGKAT BAHAGIAN PEDALAMAN BAWAH

الْحَمْدُ لِلَّهِ بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَات

Pencapaian :

Bercerita (L) : Naib Johan
Bercerita (P) : Naib Johan
Maharah KQ : Ketiga

Syabas & Tahniah khususnya diucapkan kepada murid² soleh solehah SANPB yang mewakili daerah beaufort & semua peserta yang mewakili daerah masing-masing.



SALAM Awal MuharramHijrah 1448H  17 Jun 2026.Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya...
17/06/2026

SALAM Awal Muharram
Hijrah 1448H
17 Jun 2026.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Nisa:100).

22/04/2026

Address

SAN Pekan Beaufort
Beaufort
89808

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SAN Pekan Beaufort posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SAN Pekan Beaufort:

Shortcuts

Share