SRITI Al-Ayubi Beaufort, Sabah

SRITI Al-Ayubi Beaufort, Sabah Pusat Integrasi Pendidikan Islam Peringkat Rendah meliputi silibus Tahfiz, KSSR, KAFA dan KAFFAH. APA ITU SRITI AL-AYUBI? Menguasai ilmu syari'e dan waqi'e
3.

SRITI ialah singkatan kepada nama Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI), Al-Ayubi p**a ialah nama rasmi yang ditambah pada SRITI untuk menjelaskan bahawasanya kami adalah SRITI Cawangan dengan dinamakan sebagai Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Al-Ayubi. VISI SRITI
Membina Generasi Rabbani Murabbi

MISI SRITI
Memberikan pendidikan peringkat rendah berasaskan kurikulum integrasi

meliputi tahfiz, fardhu ain dan fardhu kifayah melalui persekitaran yang kondusif

OBJEKTIF SRITI
1. Menawarkan pakej pendidikan berteraskan Islam di peringkat sekolah rendah kepada anak-anak rakyat di Malaysia
2. Menyediakan pendidikan bersepadu sebagai kesinambungan daripada institusi prasekolah PASTI
3. Mendidik generasi Islam bagi melahirkan insan yang beriman, berakhlak dan berilmu serta memahami Islam sebagai agama yang lengkap dan syumul
4. Melahirkan generasi muda Islam sebagai petugas dan pemimpin umat Islam akan datang

SASARAN KAMI
Murid SRITI Al-Ayubi mampu atau dapat:
1. Menghayati dan menghafal isi kandungan Al-Quran
2. Memiliki sahsiah terpuji
4. Mempunyai kecerdasan mental dan kecergasan fizikal

KEISTIMEWAAN SRITI AL-AYUBI
1. Silibus yang menggabungkan 4 sistem pembelajaran iaitu Tahfiz (1 Juzuk Setahun), KSSR, KAFA, & KAFFAH
2. Tempoh masa pembelajaran yang mesra ibu bapa berkerjaya iaitu dengan menghantar anak-anak seawal 6.30 pagi dan boleh mengambil anak-anak selewatnya pukul 4.00 petang
3. Makanan dan minuman disediakan sebanyak 2 kali sehari (sarapan dan makan tengahari).
4. Kondisi pembelajaran sekolah yang bercirikan Moden Islamik
5. Fokus yang ditekankan oleh pihak SRITI Al-Ayubi ialah Al-Quran, solat, fardu ain & adab sopan

Alhamdulillah thumma alhamdulillahBerakhir sudah perjuangan kontinjen SRITI Al-Ayubi bagi MAIS Negeri Sabah 2026. Satu p...
26/04/2026

Alhamdulillah thumma alhamdulillah

Berakhir sudah perjuangan kontinjen SRITI Al-Ayubi bagi MAIS Negeri Sabah 2026. Satu perjalanan yang mengorbankan keringat, tenaga dan masa. Adat pertandingan ada yang menang dan kalah. Namun mendapat tempat bukanlah satu-satunya tujuan penyertaan kami. Memetik kata-kata perasmi di majlis penutupan semalam, kejayaan bukan hanya pada keputusan akhir. Para peserta turut belajar proses berlatih, bagaimana susahnya mencapai kejayaan. MAIS bukan sekadar medan mempersembahkan bakat tapi juga sebagai medan dakwah, melatih anak-anak untuk berani tampil ke depan.

Tahniah diucapkan kepada 3 orang peserta yang berjaya, Muhammad Ilman Wazif (Pidato Bahasa Melayu, Naib Johan), Nur Aisyah Yusmizar (Pidato Bahasa Melayu, Tempat Ketiga) dan Ahmad Zubair (Tilawah, Naib Johan).

Begitu juga kepada semua peserta lain, tahniah atas usaha gigih kalian.

Terima kasih kepada semua guru yang bertungkus lumus melatih para peserta. Ibu bapa yang memberi sokongan. Tidak dilupakan orang ramai yang memberi sumbangan kewangan, terima kasih.

Kita jumpa lagi di Mahrajan Amal Islami SRITI 2027, terus berjuang!

Alhamdulillah asbab sumbangan orang ramai, 3 program telah berjaya dijalankan. Tapi kami masih memerlukan sumbangan para...
23/04/2026

Alhamdulillah asbab sumbangan orang ramai, 3 program telah berjaya dijalankan. Tapi kami masih memerlukan sumbangan para dermawan untuk program-program yang akan datang. Semoga setiap sen duit yang disumbangkan menjadi asbab rahmat dan kebaikan buat penyumbang ๐Ÿคฒ๐Ÿผ

Ayuh rebut peluang infaq Jumaat dengan menyumbang dana SRITI Al-Ayubi pada hari ini.

๐Ÿค Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun:
Nama Akaun Bank : SRITI AL-AYUBI
Jenis Bank : MAYBANK
No. Akaun : 5602 7801 7867
REF : PROGRAM2026

๐Ÿ“ž Kongsikan resit sumbangan kepada:
- Pembantu Tadbir (https://wassap.my/0143504645)

SRITI menawarkan sistem pendidikan integrasi yang menggabungkan aliran arus perdana (KPM) dan agama dan pra tahfiz. Jom ...
15/04/2026

SRITI menawarkan sistem pendidikan integrasi yang menggabungkan aliran arus perdana (KPM) dan agama dan pra tahfiz.

Jom masuk SRITI.

PENGAMBILAN MURID BARU SESI 2027Pendaftaran Tahun 1,2,3,4 bagi sesi 2027 telah dibuka!Tekan link di bawah untuk pendafta...
07/03/2026

PENGAMBILAN MURID BARU SESI 2027

Pendaftaran Tahun 1,2,3,4 bagi sesi 2027 telah dibuka!

Tekan link di bawah untuk pendaftaran:

๐Ÿ”— https://forms.gle/4YZSyJsuRgVakzYy8

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami di talian berikut:

Pembantu Tadbir:
www.wassap.my/60143504645

PK HEM:
www.wassap.my/60189706757

Calon yang mendaftar akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Nuzul Al-Quran merupakan antara peristiwa penting dalam Islam. Jadi hari ni jom, tanpa check google cuba jawab soalan di...
06/03/2026

Nuzul Al-Quran merupakan antara peristiwa penting dalam Islam. Jadi hari ni jom, tanpa check google cuba jawab soalan di bawah ๐Ÿคญ

Assalamualaikum semua, tengah buat apa tu?Kalau tengah free, jom jawab kuiz mudah tentang Ramadan ni. Selamat mencuba!  ...
27/02/2026

Assalamualaikum semua, tengah buat apa tu?

Kalau tengah free, jom jawab kuiz mudah tentang Ramadan ni. Selamat mencuba!

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—š ๐—ช๐—”๐—›๐—”๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—” Masanya telah tiba, bulan ampunan dan bulan pahala dilipatgandakan telah kembali...
18/02/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—š ๐—ช๐—”๐—›๐—”๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—”

Masanya telah tiba, bulan ampunan dan bulan pahala dilipatgandakan telah kembali lagi ๐ŸŒ™

Rebutlah peluang keemasan yang diberikan oleh Allah SWT ini dengan momohon keampunan daripada-Nya dan memperbanyakkan amal ibadah seperti membaca al-Quran, bersedekah, berzikir, solat terawih dan sebagainya.

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah ๏ทบ bersabda:
โ€œApabila tiba malam pertama bulan Ramadan, syaitan-syaitan dan jin-jin yang jahat dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup, tidak ada satupun pintunya yang terbuka. Pintu-pintu syurga dibuka, tidak ada satupun pintunya yang tertutup. Lalu seorang penyeru menyeru: โ€œWahai yang mengharapkan kebaikan, bersegeralah (kepada ketaatan). Wahai yang
mengharapkan keburukan, berhentilah (daripada melakukan keburukan). Allah ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽู‡ู ูˆูŽุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ูฐ akan membebaskan hamba-hambaNya daripada api neraka dan perkara tersebut berlaku pada setiap malam (di bulan Ramadan).โ€
(Riwayat Ibnu Majah, Kitab ash-Shiyam, Bab Ma
Jaรก Fi Fadhli Syahru Ramadhana, no. 1642, berkata
al-Arnaรบt: Hadith sahih dan sanadnya hasan)

Semoga Ramadhan kali ini menjadi titik permulaan kita untuk menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya ๐ŸŒผ

Aamiin Ya Rabbal Alamin ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿค

Rebut pahala Ramadan dengan berinfaq bagi program SRITI Al-Ayubi sepanjang tahun 2026 di

Bank : MAYBANK (SRITI AL-AYUBI)
No. Akaun : 5602 7801 7867
REF: PROGRAM2026

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—ช๐—” & ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—˜๐— ๐—จ๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—œ๐—•๐—จ ๐—•๐—”๐—ฃ๐—” ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐ŸญAlhamdulillah ala kulli hal. Program Syahrul Ilmi Wal Ada...
06/02/2026

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—ช๐—” & ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—˜๐— ๐—จ๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—œ๐—•๐—จ ๐—•๐—”๐—ฃ๐—” ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿญ

Alhamdulillah ala kulli hal. Program Syahrul Ilmi Wal Adab (SIWA) yang telah dilaksanakan selama sebulan telah melabuhkan tirainya. Banyak yang anak-anak telah pelajari seperti pengurusan diri, pergaulan, asas hafazan dan pelbagai pengisian lagi.

Pertemuan bersama ibu bapa diadakan untuk memberi ruang perbincangan mengenai perkembangan anak-anak di sekolah.

Majlis penutupan turut diadakan untuk meraikan anak-anak dan menyuntik semangat mereka untuk terus berjaya.

InsyaAllah kami kini membuka ruang sumbangan untuk memastikan program-program tahun 2026 dapat dijalankan dengan lancar.

๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
๐Ÿค Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun:
Nama Akaun Bank : SRITI AL-AYUBI
Jenis Bank : MAYBANK
No. Akaun : 5602 7801 7867
REF : PROGRAM2026

๐‘ป๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ๐‘ด๐‘จ ๐‘ฒ๐‘จ๐‘บ๐‘ฐ๐‘ฏ ๐‘ท๐‘จ๐‘น๐‘จ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐’€๐‘ผ๐‘ด๐‘ฉ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ!Alhamdulillah, hasil sumbangan tuan & puan yang dermawan telah digunakan untuk membeli kepe...
04/02/2026

๐‘ป๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ๐‘ด๐‘จ ๐‘ฒ๐‘จ๐‘บ๐‘ฐ๐‘ฏ ๐‘ท๐‘จ๐‘น๐‘จ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐’€๐‘ผ๐‘ด๐‘ฉ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ!

Alhamdulillah, hasil sumbangan tuan & puan yang dermawan telah digunakan untuk membeli keperluan & kelengkapan di SRITI Al-Ayubi.

Semoga pahala akan terus mengalir buat para penyumbang.

Teruskan menyumbang untuk saham akhirat anda.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun:
Nama Akaun Bank : SRITI AL-AYUBI
Jenis Bank : MAYBANK
No. Akaun : 5602 7801 7867
REF : PROGRAM2026

๐Ÿ“ฒ ๐‘ด๐’†๐’Ž๐’๐’‰๐’๐’ ๐‘บ๐’–๐’Ž๐’ƒ๐’‚๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐‘ซ๐’‚๐’๐’‚ ๐’ƒ๐’‚๐’ˆ๐’Š ๐‘ท๐’“๐’๐’ˆ๐’“๐’‚๐’Ž ๐‘บ๐’†๐’‘๐’‚๐’๐’‹๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘ป๐’‚๐’‰๐’–๐’ 2026 ๐‘บ๐‘น๐‘ฐ๐‘ป๐‘ฐ ๐‘จ๐’-๐‘จ๐’š๐’–๐’ƒ๐’Š ๐‘ฉ๐’†๐’‚๐’–๐’‡๐’๐’“๐’•โœจ Kami amat menghargai sumbangan kewan...
01/02/2026

๐Ÿ“ฒ ๐‘ด๐’†๐’Ž๐’๐’‰๐’๐’ ๐‘บ๐’–๐’Ž๐’ƒ๐’‚๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐‘ซ๐’‚๐’๐’‚ ๐’ƒ๐’‚๐’ˆ๐’Š ๐‘ท๐’“๐’๐’ˆ๐’“๐’‚๐’Ž ๐‘บ๐’†๐’‘๐’‚๐’๐’‹๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘ป๐’‚๐’‰๐’–๐’ 2026 ๐‘บ๐‘น๐‘ฐ๐‘ป๐‘ฐ ๐‘จ๐’-๐‘จ๐’š๐’–๐’ƒ๐’Š ๐‘ฉ๐’†๐’‚๐’–๐’‡๐’๐’“๐’•

โœจ Kami amat menghargai sumbangan kewangan daripada ibu bapa, komuniti, serta pihak yang budiman untuk memastikan program-program yang dirancang dapat dijalankan dengan jaya.

โœจ Kami juga menerima sumbangan dalam bentuk beberapa slot, iaitu RM 5, RM 20, dan RM 50

๐Ÿค Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun:
Nama Akaun Bank : SRITI AL-AYUBI
Jenis Bank : MAYBANK
No. Akaun : 5602 7801 7867
REF : PROGRAM2026

๐Ÿ“ž Kongsikan resit sumbangan kepada:
- Pembantu Tadbir (https://wassap.my/0143504645)

BARISAN GURU KELAS SRITI AL-AYUBI TAHUN 2026Pihak pentadbiran SRITI Al-Ayubi mengucapkan tahniah & selamat berkhidmat.'M...
20/01/2026

BARISAN GURU KELAS SRITI AL-AYUBI TAHUN 2026

Pihak pentadbiran SRITI Al-Ayubi mengucapkan tahniah & selamat berkhidmat.

'Melahirkan generasi Rabbani Murabbi'

Address

Lorong Taman Arjuna
Beaufort
89800

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Friday 08:00 - 11:00

Telephone

+60143504645

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI Al-Ayubi Beaufort, Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRITI Al-Ayubi Beaufort, Sabah:

Shortcuts

Share

Category