22/01/2018
JOM MASUK KV !!
Temuduga Terbuka 2018 (walk-in) di Kolej Vokasional Kerian. Butir-butir temuduga adalah seperti dalam poster di bawah.
Mohon jasa baik sebar-sebarkan untuk anak2 kita. Alhamdulillah syukran jazilan.
"Together we create our future."
MOH LERR KITE MASUK KV !!
🤗🤗🤗
11/12/2013
Haiiii adik2 semua!!..Semua sihat?..lama x dengar khabar berita..hehe..Harap2 semua sihat2 la ye..disini abg2 dgn kakak2 fesi nak bgtaw, pada 10 December 2013 semalam, Dr. Syed kita telah menang satu anugerah dari Naib Canselor USM iaitu Prof. Dato' Dr. Omar Osman. Anugerah yg beliau terima ialah Anugerah Tokoh Pendidik Harapan..waa, hebat kan Dr. Syed kita?..hehe..kami dari barisan fasilitator mengucapkan jutaan syabas dan tahniah kepada Dr. Syed kerana terpilih untuk menerima anugerah tersebut..dan tidak lupa juga, Dr. Syed sampaikan salam pada semua warga myUSM..TQ =)
16/11/2013
Assalamualaikum semua.. Hai!! apa khabar adik2 S.M.S.Kepala Batas?..Baru balik dari program motivasi,harap dengan apa yang adik2 dapat dari program ni dapat memberi manfaat pada adik2 utk berjaya dan terus berusaha demi mencapai kejayaan dalam SPM 2014 nanti..terima kasih,syabas,dan tahniah kami ucapkan kepada adik2 dan warga S.M.S.Kepala Batas yang begitu sporting sepanjang 3 hari,2 malam program ini dijalankan..ingat ye,tips mudah untuk berjaya kita adalah USM!! jangan lupa..hehe..terima kasih semua..jumpa lagi nanti..C U D IPT =)
13/11/2013
"...Selesai program motivasi myUSM bersama adik-adik dari Sekolah Menengah Sains Kepala Batas, Pulau Pinang. Semoga kamu semua menjadi permata indah yang tiada taranya, serta menjadi insan yang hebat suatu hari nanti. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh dalam meniti perjuangan ini, demi masa depan diri dan ibu pertiwi. Doa kami sentiasa mengiringi, kamu semua kan tetap di hati. Sekian.." - Ikhlas dari kami warga myUSM.
29/05/2013
Assalamua'laikum & Salam Sejahtera. Kami warga myUSM ingin melahirkan rasa simpati atas tragedi bot karam yang berlaku di Tanjong Giam Bungan, Belaga, Sarawak. Kami mendoakan agar 23 mangsa yang masih hilang akan ditemui secepat yang mungkin. Sama-sama kita doakan untuk mereka. Bila dengar berita nie, teruskan terfikirkan adik-adik di SMK Song. Apa pun buat kalian semua, jaga diri baik-baik walau di mana pun berada. Salam ingatan dari kami di bumi Pulau Pinang - M. Basri (1990-20??).
26/04/2013
Apa khabar adik2 semua?..bagaimana persiapan adik2 untuk STPM dan SPM?..Ingat tips kita,nak berjaya mesti ada?..USM..Ingat USM,ingat 3 tips penting tu..Matlamat, Semangat dan Usaha..kami sentiasa mendorong adik2 semua untuk berjaya dan mencapai segala cita2 adik..walaubagaimanapun,good luck dan selamat maju jaya =)
19/04/2013
Nama berita orang Miri? Miri destinasi terakhir jelajah myUSM di Sarawak kali ini. Team myUSM berharap program ini akan dapat diteruskan ke negeri2 lain p**a. Terima kasih kepada para peserta , pihak sekolah, pihak PPD kerana sudi menerima kehadiran kami. Kami sentiasa mendoakan adik2 berjaya dengan cemerlang dlm peperiksaan SPM dan STPM nanti.