SK Seri Relau, Bayan Lepas

SK Seri Relau, Bayan Lepas Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK Seri Relau, Bayan Lepas, Elementary School, Jalan Paya Terubong, Bayan Lepas.

21/08/2026
TAHNIAH! 🎉🏆Tahniah diucapkan atas penyertaan dan pencapaian yang membanggakan dalam SK Balik Pulau STEAM Challenge 2026....
13/08/2026

TAHNIAH! 🎉🏆

Tahniah diucapkan atas penyertaan dan pencapaian yang membanggakan dalam SK Balik Pulau STEAM Challenge 2026.

Pencapaian berikut :

Tempat ke-1 Floating House
Tempat ke-4 Pull-Up Rubber Car
Tempat ke-5 Parachute Challenge

Penyertaaan berikut :

Catapult Challenge dan Tower Building yang telah menyerlahkan kreativiti, inovasi, kemahiran menyelesaikan masalah serta semangat kerja berpasukan.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus mencipta, berinovasi dan mencapai kecemerlangan pada masa akan datang.

Tahniah dan syabas! Teruskan kecemerlangan! 🌟

📢 MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA / PENJAGA MURID TAHUN 1 SESI 2027Assalamualaikum dan salam sejahtera.Mohon kerjasama semua ib...
05/08/2026

📢 MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA / PENJAGA MURID TAHUN 1 SESI 2027

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mohon kerjasama semua ibu bapa/penjaga murid Tahun 1 Sesi 2027 SK Seri Relau untuk menyertai Kumpulan Telegram Rasmi Tahun 1 2027.

Kumpulan ini akan digunakan sebagai medium penyampaian maklumat rasmi dan terkini berkaitan:

* Hebahan sekolah
* Maklumat pendaftaran
* Aktiviti dan program
* Takwim sekolah
* Pengumuman penting dari semasa ke semasa

Sila klik pautan atau imbas kod QR yang disediakan untuk menyertai kumpulan Telegram.

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua ibu bapa/penjaga.

Sekalung TAHNIAH untuk barisan guru yang sentiasa berdedikasi melaksanakan amanah dan tugas. Semoga terus maju jaya!
21/07/2026

Sekalung TAHNIAH untuk barisan guru yang sentiasa berdedikasi melaksanakan amanah dan tugas. Semoga terus maju jaya!


Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Syarikat BLINK atas kesudian menganjurkan Program B...
21/07/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Syarikat BLINK atas kesudian menganjurkan Program Bengkel TV PSS dan Perkongsian Buku di SK Seri Relau.

Program ini telah memberikan pengalaman yang sangat bermakna kepada murid-murid melalui perkongsian ilmu, pendedahan dalam dunia penulisan kreatif serta menyemai minat membaca dan berkarya. Semoga jalinan kerjasama antara SK Seri Relau dan Syarikat BLINK akan terus diperkukuhkan demi melahirkan generasi yang berilmu, kreatif dan berdaya saing.

Terima kasih atas sokongan dan komitmen yang diberikan. 🌟📚



17/07/2026

Terus membudayakan akhlak terpuji dengan amalan 3S.

Senyum itu Mesra🥰
Salam itu Hormat🤝
Sapa itu Prihatin🌹




PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK) DAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT MURID BAGI PERMOHONAN KEMASUKAN SEKO...
10/07/2026

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK) DAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT MURID BAGI PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS DAN MRSM TAHUN 2027

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) secara dalam talian bagi murid Tahun 6 dan Tingkatan 3 sesi 2026.

1. Menyebarluaskan maklumat permohonan kepada semua murid yang layak dan berminat.

2. Memastikan semua murid Tahun 6 dan Tingkatan 3 mengemas kini maklumat mereka dalam Modul Pengurusan Awam (idMe/APDM) idme.moe.gov.my.

3. Membantu murid dalam proses permohonan dan pendaftaran bagi menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).

*Tarikh penting:*
📍Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus: 10 Julai – 14 Ogos 2026
📍 Pelaksanaan PKSK Tingkatan 4:
21 September – 1 Oktober 2026
📍 Pelaksanaan PKSK Tingkatan 1:
12 – 22 Oktober 2026

🔊 Tindakan Ibu bapa/Waris

📍Mohon perhatian dan tindakan ibubapa/waris tentang hebahan berkaitan poster di atas.
📍Mohon cakna dengan tarikh² penting dan jangan lupa kemaskini semua maklumat terkini dalam idMe sebelum membuat permohonan.
http://idme.moe.gov.my

📍Permohonan secara talian untuk murid Tahun 6 akan dibuka pada 10/07/2026 - 14/08/2026 menggunakan pautan ini
https://spskt1.moe.gov.my

&readyforthefuture

09/07/2026

TINGKATKAN KAWALAN KESELAMATAN DI SEKOLAH

Keselamatan murid merupakan keutamaan yang tidak boleh dikompromi. Sehubungan itu, semua sekolah diminta memperkukuh kawalan keselamatan dengan memberi tumpuan kepada:

✅ Kawalan ketat di pintu pagar sekolah.
✅ Kehadiran guru bertugas di pintu pagar semasa waktu datang dan pulang murid.
✅ Pengawasan rapi di kawasan kantin sepanjang waktu rehat.
✅ Tiada aktiviti murid dijalankan tanpa pengawasan guru.

Kerjasama semua warga sekolah, ibu bapa serta komuniti amat dihargai bagi memastikan persekitaran sekolah sentiasa selamat, kondusif dan sejahtera untuk semua murid.

Keselamatan murid adalah tanggungjawab bersama.

Utamakan Keselamatan. Bertindak Proaktif. Patuhi Arahan.








Address

Jalan Paya Terubong
Bayan Lepas
11900

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Friday 08:00 - 14:00

Telephone

+6046425207

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Seri Relau, Bayan Lepas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share