Pibg & Alumni Sek Keb Seri Permai

Pibg & Alumni Sek Keb Seri Permai

Share

kami disini untuk memberi sokongan , membantu pembangunan sekolah dan kebajikan murid murid diutamakan.

Doa # Usaha # Tawakal # Istiqomah

we are here to provide support, help school development and the welfare of our students is a priority.

Photos from Pibg & Alumni Sek Keb Seri Permai's post 18/05/2023

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Ingatlah Allah pada waktu engkau dalam keadaan senang, nescaya Dia (Allah) akan mengingatmu pada waktu engkau mengalami kesusahan.” (HR Muttafaq ‘alaih)



Photos from Pibg & Alumni Sek Keb Seri Permai's post 16/05/2023

Selamat Hari Guru buat semua para pendidik.... Jasa Dan bakti semua guru² tiada gantinya....
Semoga hati guru² semua terus kental Dan bersabar Dalam mendidik anak² bangsa ini menjadi seorang yang berguna Di Mata dunia... Tangan guru mampu menggoncang dunia....
Ikhlas dari barisan AJK Pibg & Alumni Sek Keb Seri Permai ...
Sokongan & iringan doa Kami para ibubapa tidak pernah pudar...



31/03/2023

Sedikit pengkongsian Jumaat... Mudahan Kita semua boleh mendapat ikhtibar darinya...
InsyaAllah...

24/03/2023

TOP 5 SCHOOL OF WORLD'S BEST SCHOOL PRIZES

Tahniah warga SK SERI PERMAI
Tersenarai 5 Sekolah yang akan mewakili MALAYSIA tahun ini untuk WORLD'S BEST SCHOOL PRIZES
Congratulations . Teruskan usaha .... Let's Reach The Stars



Photos from Pibg & Alumni Sek Keb Seri Permai's post 23/03/2023

Program PIBG " SKSP KAMI PRIHATIN " edisi 2 bersama Komuniti luar Kali ini mendapat sambutan luar jangkaan sehingga keluar Dalam Surat khabar KOSMO ahad Lepas.. matlamat utama PIBG Kali ini membantu golongan M40 Dan B40 nampak berjaya menarik golongan ini untuk menerima sumbangan barangan terpakai Dan baru kelengkapan sekolah. Lebih menarik lagi , penglibatan gunting rambut PERCUMA dari MJs Barbershop yang mana pengasasnya juga Pibg & Alumni Sek Keb Seri Permai turut menyumbang tenaga Dan masa untuk membantu Persiapan murid² SK Seri Permai ini ..
Terima kasih juga kepada Guru besar , barisan pentadbiran , guru² Dan kakitangan sekolah serta AJK PIBG sendiri ( Biro Kebajikan & PENDIDIKAN ) yg sentiasa peka terhadap permasalahan semasa ibubapa sekarang..
Mudahan usaha murni ini akan terus menjadi tradisi Di Sekolah ini untuk jangkamasa yang panjang...
InsyaAllah...



16/03/2023

Assalamualaikum Dan salam sejahtera...
Kepada ibubapa Yang Masih memerlukan bantuan seperti diatas... Pakat² Mai pilih ... Kita sediakan 10 barbers & peralatan kelengkapan sekolah untuk anak² anda... Pibg sangat prihatin terhadap Perkara ni.. mudahan ia sedikit sebanyak meringankan bebanan yang dipikul...
InsyaAllah...


17/02/2023

Perhatian kepada semua komuniti diluar sana.. program sumbangan barang kelengkapan sekolah kini kembali ... Jom pakat² menyumbang... Sumbangan anda dapat menceriakan keluarga lain..... Berbakti selagi ada , mudahan is menjadi asbab Kita untuk ke Syurga.. InsyaAllah...



Photos from Pibg & Alumni Sek Keb Seri Permai's post 03/02/2023

Salam jumaat yang penuh baraqah...
Menerima kunjungan Dan lawatan penanda Aras dari Sekolah kebangsaan S**a Menanti , Alor Setar Kedah.. Terima kasih kepada Guru Besar , Barisan Penolong kanan, guru² dan barisan AJK kedua dua pihak.. Jalinan kerjasama , bertukar tukar pendapat antara pihak sekolah Dan PIBG semestinya akan memberi banyak manafaat kepada murid² khususnya.... Mudahan hubungan baik Dan jalinan kerjasama ini akan terus berkekalan.... InsyaAllah...



03/02/2023

* Assalamualaikum sahabat² kawan² yg dikasihi sekalian...apa khabar semua?

Pihak PIBG sedang menggiatkan usaha Dalam mengumpul dana untuk membantu murid² Dan ibubapa Yang memerlukan bantuan dari Kami ... Untuk memulakan seisi baru persekolahan...

* Jadi kami ingin mengajak Tan Sri/Datin Sri, Dato/Datin, Tuan/Puan sama2 mengambil saham Akhirat membantu PIBG ini untuk meneruskan KEBAJIKAN dan PEMBANGUNAN sekolah Kami..

🧡Segala jasa baik anda kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih serta diiringi doa moga Allah membalasinya dgn sebanyak² kebaikan di dunia lebih² lagi di Akhirat...🤲🤲🤲🤲



Photos from Pibg & Alumni Sek Keb Seri Permai's post 31/01/2023

TOP 15 SEMI FINALIST OF WORLD'S BEST SCHOOL PRIZES

Tahniah warga SK SERI PERMAI
Tersenarai top 15 semi finalist of WORLD'S BEST SCHOOL PRIZES
Congratulations . Teruskan usaha .... Let's Reach The Stars

Photos from Pibg & Alumni Sek Keb Seri Permai's post 28/01/2023

27 JAN 2023
PELANCARAN TABUNG INFAQ JUMAAT
Anjuran Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab
"Suburkan budaya memberi"
Tahniah !!!

Photos from Pibg & Alumni Sek Keb Seri Permai's post 27/01/2023

Appreciation post!✨

26 Januari 2023 | Khamis

Alhamdulillah penarafan 5 Bintang untuk Laman Minda Sihat ♥️

Jutaan TERIMA KASIH kepada semua warga SKSP yang berusaha dan bekerjasama merealisasikan Laman Minda Sihat SKSP “World Culture Edutainment” - Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera

Unit Bimbingan dan Kaunseling SKSP sangat MENGHARGAI jasa semua warga SK SERI PERMAI ♥️ tanpa anda, siapalah cikgu Najwa ☺️

Let’s Reach The Stars

*walaupun tidak terpilih ke peringkat kebangsaan mewakili Pulau Pinang, LMS SKSP tetap no 1 di hati kami semua ♥️

Kredit : @ cikgu najwa

Want your school to be the top-listed School/college in Bayan Lepas?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Sekolah Kebangsaan Seri Permai , Jalan Tengah , Bayan Baru , Pulau Pinang
Bayan Lepas
11900