SK Sg Nibong, PP

SK Sg Nibong, PP Laman rasmi FB SK Sg Nibong, PP

20/08/2026
🌿 TAKLIMAT PENGURUSAN 5R ♻️Alhamdulillah, pada hari ini telah berlangsung Taklimat Pengurusan 5R yang disampaikan oleh E...
20/08/2026

🌿 TAKLIMAT PENGURUSAN 5R ♻️

Alhamdulillah, pada hari ini telah berlangsung Taklimat Pengurusan 5R yang disampaikan oleh Encik Noor Faizal bin Abu Jab, daripada Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kepada semua murid Tahun 5 dan 6.

Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan mengamalkan konsep 5R — Refuse, Reduce, Reuse, Repurpose dan Recycle dalam kehidupan seharian. 🌱

Semoga perkongsian yang diberikan dapat meningkatkan kesedaran murid untuk lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar serta menjadikan amalan 5R sebagai budaya dalam kehidupan seharian, bukan sekadar diamalkan di sekolah. 💚

✨ Jom sama-sama amalkan 5R demi alam sekitar yang lebih lestari! 🌏♻️

ANUGERAH SEKOLAH HIJAU PULAU PINANG 2026 Alhamdulillah, Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong telah menyertai pertandingan An...
19/08/2026

ANUGERAH SEKOLAH HIJAU PULAU PINANG 2026

Alhamdulillah, Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong telah menyertai pertandingan Anugerah Sekolah Hijau Pulau Pinang 2026 (ASH 2026).

Sebagai sebahagian daripada proses penilaian, pihak sekolah telah menerima kunjungan barisan 11 orang juri pada Rabu, 19 Ogos 2026. Kehadiran para juri merupakan satu penghargaan dan peluang buat warga sekolah untuk mengetengahkan pelbagai inisiatif, program serta usaha yang telah dilaksanakan dalam membudayakan amalan hijau dan kelestarian alam sekitar di sekolah.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Guru Besar, barisan pentadbir, PIBG, AJK ASH, penyelaras-penyelaras, ketua-ketua panitia, guru-guru kelab dan persatuan, murid-murid,, ibu bapa, komuniti, pengusaha kantin serta pekerja kebersihan dan keselamatan yang sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan.

Semoga segala usaha kecil yang dilakukan bersama-sama ini terus menyemai kecintaan terhadap alam sekitar dan membentuk warga sekolah yang lebih prihatin, bertanggungjawab serta mengamalkan gaya hidup lestari.

Doakan kejayaan SKSN.







SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2026 Semangat patriotisme kembali menyemarak di SK Sungai Nibong!Pada 17 Ogos 2026 (Isni...
19/08/2026

SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2026

Semangat patriotisme kembali menyemarak di SK Sungai Nibong!

Pada 17 Ogos 2026 (Isnin), telah berlangsung Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2026 yang penuh dengan semangat cintakan negara.

Semoga sambutan ini terus menyemai rasa bangga menjadi rakyat Malaysia, memupuk semangat perpaduan dan menghayati erti kemerdekaan dalam kalangan warga sekolah.

Ayuh kita semarakkan Bulan Kebangsaan dengan penuh rasa cinta kepada Malaysia!

"Malaysia MADANI : Kesejahteraaan Dinikmati"


HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2026Hari Anugerah Kecemerlangan 2026 Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong telah diadakan pada 8 ...
08/08/2026

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2026

Hari Anugerah Kecemerlangan 2026 Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong telah diadakan pada 8 Ogos 2026 (Sabtu) bertempat di Dewan Auditorium Hj. Murad, UniSains, Bukit Jambul. Majlis ini akan dirasmikan oleh YB Fahmi bin Zainol, ADUN Pantai Jerejak.

Majlis ini merupakan satu acara penting bagi meraikan dan menghargai kejayaan, usaha gigih serta kecemerlangan murid-murid dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan pelbagai pencapaian sepanjang tahun. Penganugerahan ini diharapkan dapat menjadi sumber motivasi kepada para murid untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih tinggi.

Selain memberi penghargaan kepada murid yang cemerlang, majlis ini turut menjadi wadah untuk menghargai peranan guru dan sokongan ibu bapa dalam membantu perkembangan serta kejayaan anak-anak. Kerjasama erat antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti amat penting dalam membentuk generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Terima kasih kepada semua pihak terutamanya barisan pentadbir,guru-guru,PIBG dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Hari Anugerah Kecemerlangan 2026.

ANUGERAH PENCAPAIAN AKADEMIK TERBAIKTAHAP 2Terbaik PBD & Matalapelajaran
08/08/2026

ANUGERAH PENCAPAIAN AKADEMIK TERBAIK

TAHAP 2
Terbaik PBD & Matalapelajaran

ANUGERAH PENCAPAIAN AKADEMIK TERBAIKTAHAP 1Terbaik PBD & Matalapelajaran
08/08/2026

ANUGERAH PENCAPAIAN AKADEMIK TERBAIK

TAHAP 1
Terbaik PBD & Matalapelajaran

ANUGERAH DUTA SAHSIAHTahap 1 dan Tahap 2Tahniah diucapkan kepada keempat-empat Duta Sahsiah
08/08/2026

ANUGERAH DUTA SAHSIAH
Tahap 1 dan Tahap 2

Tahniah diucapkan kepada keempat-empat Duta Sahsiah

ANUGERAH TOKOH IKON MURIDTahniah diucapkan kepada Nur Khaleefa Soffea bin Mohd Nuhairi
08/08/2026

ANUGERAH TOKOH IKON MURID

Tahniah diucapkan kepada Nur Khaleefa Soffea bin Mohd Nuhairi

ANUGERAH TOKOH KHAS KOKURIKULUMTahniah diucapkan kepada Irsyad Naim bin Abdul Wahid
08/08/2026

ANUGERAH TOKOH KHAS KOKURIKULUM

Tahniah diucapkan kepada Irsyad Naim bin Abdul Wahid

Address

SK SUNGAI NIBONG, Jalan SULTAN AZLAN SHAH
Bayan Lepas
11900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6046424678

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Sg Nibong, PP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share