SK Pedaun Bawah

SK Pedaun Bawah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK Pedaun Bawah, School, Jalan Krokong, Bau.

Pasukan sepak takraw SK Pedaun Bawah telah berjaya menyertai Kejohanan Sepak Takraw 12TKB MSSD Bau yang berlangsung pada...
22/05/2026

Pasukan sepak takraw SK Pedaun Bawah telah berjaya menyertai Kejohanan Sepak Takraw 12TKB MSSD Bau yang berlangsung pada 21 Mei 2026 yang lepas.

Penyertaan ini menjadi medan terbaik buat barisan pemain sekolah untuk mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi, mengasah bakat, serta membina ketahanan mental dan fizikal yang mantap.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada barisan pemain serta guru pengiring yang telah menggalas cabaran sekolah.

Seramai 12 orang murid bersama 3 orang guru pengiring SK Pedaun Bawah telah berpeluang untuk menyertai Perkhemahan Kursu...
22/05/2026

Seramai 12 orang murid bersama 3 orang guru pengiring SK Pedaun Bawah telah berpeluang untuk menyertai Perkhemahan Kursus Ketua Patrol dan Ketua Sekawan yang diadakan pada 8 - 10 Mei 2026 di SK Suba Buan.

Melalui perkhemahan ini, pelbagai ilmu kepimpinan berharga, kemahiran asas unit beruniform, serta semangat kerja berpasukan yang tinggi telah berjaya ditimba. Pengalaman yang diperoleh amat bermakna dalam membentuk jati diri dan disiplin bagi memimpin pasukan dengan lebih cekap selepas ini.

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada barisan guru pengiring dan pihak sekolah atas bimbingan serta peluang berharga yang telah diberikan sepanjang program berlangsung.

Majlis Sambutan Hari Guru, Pra-Gawai, dan Ramah Tamah Raya 2026 telah diraikan dalam suasana yang penuh harmoni dan meri...
22/05/2026

Majlis Sambutan Hari Guru, Pra-Gawai, dan Ramah Tamah Raya 2026 telah diraikan dalam suasana yang penuh harmoni dan meriah pada hari ini, 22 Mei 2026. Majlis tiga dalam satu ini diadakan bagi menghargai jasa para guru di samping meraikan kepelbagaian budaya bagi memupuk semangat perpaduan warga sekolah.

Acara diserikan dengan sesi ikrar dan nyanyian guru, pertukaran hadiah antara staf, serta persembahan tarian dan nyanyian kreatif daripada murid-murid sebelum diakhiri dengan jamuan makan bersama. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini.

"Guru Bitara, Nadi Negara"

Selamat Hari Guru, Selamat Hari Gawai, dan Selamat Hari Raya daripada warga SK Pedaun Bawah!

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Bola Baling Perempuan SK Pedaun Bawah yang telah berjaya menyertai Kejohanan...
08/05/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Bola Baling Perempuan SK Pedaun Bawah yang telah berjaya menyertai Kejohanan Bola Baling 12TKB Peringkat Daerah Bau pada 5-7 Mei yang lepas. 🤾‍♀️

Terima kasih di atas usaha dan semangat jitu yang telah ditunjukkan sepanjang kejohanan. 💪

Setiap kemenangan dimulai dengan langkah kecil untuk berjuang. 🤝

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah 12TKB Peringkat Daerah Bau 2026 anjuran bersama Kelompok Krokong dan Pejabat Pendidikan D...
30/04/2026

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah 12TKB Peringkat Daerah Bau 2026 anjuran bersama Kelompok Krokong dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bau telah melabuhkan tirainya dengan penuh gilang-gemilang di Padang Bola Sepak SK Jagoi.

Hari ketiga ini menyaksikan persaingan sengit yang bermula dari pusingan Suku Akhir dan Separuh Akhir pada sebelah pagi. Suasana di padang semakin meriah apabila Pegawai Pendidikan Daerah Bau, Encik Edward anak Ngelai, hadir bagi menyempurnakan simbolik perasmian penutupan. Beliau juga telah diberikan penghormatan untuk melakukan kick-off sebagai tanda bermulanya perlawanan akhir yang cukup mendebarkan.

Setelah melalui persaingan sengit melibatkan 24 pasukan sepanjang tiga hari kejohanan, berikut adalah keputusan rasmi:

🏆 JOHAN: SK ST Patrick
🥈 NAIB JOHAN: SK Jagoi
🥉 KETIGA BERSAMA: SK Segubang & SK Segong

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada Encik Edward anak Ngelai atas kesudian hadir menyempurnakan majlis. Terima kasih juga diucapkan kepada jawatankuasa pengelola daripada Kelompok Krokong, pihak PPD Bau, para pengadil, pengurus pasukan, serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini.

Syabas kepada semua wira muda Daerah Bau. Semoga semangat kesukanan ini terus membara pada masa hadapan!

Saingan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah 12TKB Peringkat Daerah Bau 2026 telah diteruskan pada hari kedua bertempat di Pad...
30/04/2026

Saingan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah 12TKB Peringkat Daerah Bau 2026 telah diteruskan pada hari kedua bertempat di Padang Bola Sepak SK Jagoi. Kejohanan ini merupakan hasil kerjasama erat dan anjuran bersama antara Kelompok Krokong dan PPD Bau. Memasuki hari kedua kejohanan, tumpuan telah beralih kepada saingan baki pasukan dalam peringkat kumpulan.

12 pasukan daripada Kumpulan E, F, G, dan H telah turun ke padang bagi melengkapkan carta Pusingan Awal pada sebelah pagi. Rentak persaingan semakin rancak apabila Pusingan 16 dijalankan pada sebelah petang bagi menentukan baki slot ke peringkat Suku Akhir.

Ketangkasan dan strategi yang dipamerkan oleh setiap pasukan sekolah dan sekolah gabungan ini telah membuktikan kualiti sukan bola sepak di peringkat akar umbi Daerah Bau yang semakin berkembang.

Tirai Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah 12TKB Peringkat Daerah Bau 2026 telah dibuka secara rasminya di Padang Bola Sepak S...
30/04/2026

Tirai Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah 12TKB Peringkat Daerah Bau 2026 telah dibuka secara rasminya di Padang Bola Sepak SK Jagoi pada 28 April yang lalu. Kejohanan anjuran bersama Kelompok Krokong dan PPD Bau ini telah memulakan saingan dengan penuh semangat.

Sebanyak 12 pasukan daripada Kumpulan A, B, C, dan D telah memulakan aksi dalam Pusingan Awal bagi merebut kedudukan terbaik. Saingan diteruskan dengan Pusingan 16 yang menjadi medan penentuan pasukan-pasukan awal yang layak melangkah ke peringkat Suku Akhir.
Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah mempamerkan disiplin tinggi pada hari pembukaan tersebut.

Terima kasih atas setiap ilmu, kasih sayang, dan pengorbanan yang tak ternilai. Jasa cikgu akan sentiasa terpahat dalam ...
26/04/2026

Terima kasih atas setiap ilmu, kasih sayang, dan pengorbanan yang tak ternilai. Jasa cikgu akan sentiasa terpahat dalam hati kami. Selamat bersara, semoga hari-hari mendatang penuh dengan ketenangan dan kebahagiaan.

Selamat bersara Cikgu Noraini anak Kunji.

Majlis Perpisahan Murid Tahun 6 telah berlangsung dengan lancar dan penuh bermakna. Semoga semua murid Tahun 6 terus mel...
18/12/2025

Majlis Perpisahan Murid Tahun 6 telah berlangsung dengan lancar dan penuh bermakna. Semoga semua murid Tahun 6 terus melakar kejayaan dan cemerlang di fasa seterusnya. Selamat maju jaya!

18/12/2025

Address

Jalan Krokong
Bau
94000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Pedaun Bawah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category