20/08/2026
Pameran Karnival Pendidikan Madani PPD Bau 2026
15 Ogos 2026 | SJKC Bau
SMK Singai turut mengambil bahagian dalam Pameran Karnival Pendidikan Madani PPD Bau 2026 yang berlangsung di SJKC Bau.
Pameran ini memberi peluang kepada para pelajar untuk mengetengahkan hasil inovasi, kreativiti dan kemahiran STEM yang telah mereka pelajari di sekolah. Para pelajar terlibat juga berpeluang menerangkan hasil projek kepada pengunjung serta berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka.
Objektif pameran:
* Meningkatkan minat pelajar terhadap bidang STEM dan inovasi.
* Memberi ruang kepada pelajar mempamerkan hasil projek serta kreativiti mereka.
* Membina keyakinan dan kemahiran komunikasi pelajar melalui sesi penerangan kepada pengunjung.
* Menggalakkan pembelajaran berasaskan projek, kreativiti dan penyelesaian masalah.
* Mewujudkan perkongsian ilmu serta jaringan antara sekolah dan komuniti pendidikan.
Semoga penglibatan ini dapat memberikan pengalaman bermakna kepada para pelajar dan terus menyemarakkan budaya STEM, inovasi dan pembelajaran sepanjang hayat.
Well done, everyone! ๐๐ป