23/08/2026
๐ข *MAKLUMAN PENTING KEPADA IBU BAPA / PENJAGA MURID SK SEGUBANG*
๐ซ *PEMBUKAAN SEMULA SESI PERSEKOLAHAN* ISNIN | 24 OGOS 2026
Salam sejahtera.
Merujuk kepada Kenyataan Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak bertarikh 23 Ogos 2026, semua sekolah rendah dan menengah di bawah seliaan PPD yang terlibat, termasuk PPD Bau, akan beroperasi semula seperti sediakala mulai Isnin, 24 Ogos 2026.
*Sehubungan dengan itu, SK Segubang akan dibuka semula dan sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa pada Isnin, 24 Ogos 2026.*
๐ซ๏ธ PENYESUAIAN AKTIVITI SEKOLAH AKIBAT JEREBU
Memandangkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100, semua aktiviti di luar bilik darjah termasuk perhimpunan sekolah tidak akan diadakan demi menjaga kesihatan dan keselamatan murid. Langkah ini selaras dengan ketetapan JPN Sarawak bahawa semua aktiviti luar bilik darjah yang melibatkan murid hendaklah dihentikan apabila bacaan IPU melebihi 100.
Sehubungan dengan keadaan semasa, *waktu balik murid pada 24 Ogos 2026* adalah seperti berikut:
๐น *Murid Prasekolah: ๐ Seperti biasa*
๐น *Murid Tahap 1: ๐ 12.00 tengah hari*
๐น *Murid Tahap 2: ๐ง 12.30 tengah hari*
Mohon ibu bapa/penjaga mengambil perhatian dan membuat persediaan untuk mengambil anak masing-masing mengikut waktu yang ditetapkan.
โก๐ง GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK & AIR
Pada hari yang sama, Kampung Segubang turut disenaraikan antara kawasan yang terjejas oleh gangguan bekalan elektrik dan air berikutan kerja-kerja penyelenggaraan serta pembersihan vegetasi.
๐๏ธ Tarikh: 24 Ogos 2026 (Isnin)
๐ Tempoh gangguan: 9.00 pagi โ 5.00 petang
Justeru itu, ibu bapa/penjaga dimohon memastikan anak-anak:
๐ง Membawa air minuman yang secukupnya sepanjang berada di sekolah. JPN Sarawak turut menggalakkan murid membawa bekalan air minuman sendiri dalam keadaan cuaca panas atau berjerebu.
๐ชญ Membawa kipas mudah alih (portable fan) sekiranya ada bagi membantu memberi keselesaan kepada murid sepanjang tempoh ketiadaan bekalan elektrik.
๐ท Digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga dalam keadaan berjerebu.
Pihak sekolah akan terus memantau perkembangan bacaan IPU serta mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan murid sentiasa menjadi keutamaan.
Kerjasama dan keprihatinan semua ibu bapa serta penjaga amatlah kami hargai.
Sekian, terima kasih.
Daripada:
Pentadbiran SK Segubang
"Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera"