SMK BAU

SMK BAU Laman Rasmi SMK Bau (YEE1101). Segala info serta kemaskini aktiviti-aktiviti sekolah akan dikongsikan di sini.

18 Ogos 2026 - Suasana di Pusat Tingkatan Enam SMK BAU hari ini berlangsung dengan penuh semangat apabila diadakan Hari ...
18/08/2026

18 Ogos 2026 - Suasana di Pusat Tingkatan Enam SMK BAU hari ini berlangsung dengan penuh semangat apabila diadakan Hari Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) bagi sesi 2026/2027. Program ini merupakan salah satu platform penting dalam memberikan ruang kepada para pelajar untuk memilih barisan kepimpinan yang akan mewakili suara mereka.

Bagi memastikan proses pemilihan berlangsung secara adil serta mengelakkan sebarang konflik kepentingan, pelajar yang bertugas turut diberikan kesempatan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi lebih awal sebelum pengundian dibuka kepada pelajar lain.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) yang telah dipilih bagi sesi 2026/2027. Pihak sekolah berharap agar barisan JPP yang dipilih dapat menjalankan amanah dengan penuh tanggungjawab, berintegriti dan menjadi contoh kepada pelajar lain. Kepimpinan JPP juga diharapkan dapat menjadi penghubung yang baik antara pihak sekolah dengan warga pelajar.

SALAM TAKZIAHSeluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Bau (SMK Bau) merakamkan ucapan setinggi-tinggi takziah kepada se...
05/08/2026

SALAM TAKZIAH

Seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Bau (SMK Bau) merakamkan ucapan setinggi-tinggi takziah kepada seluruh ahli keluarga atas pemergian mendiang Cikgu Wong Lee Choo pada pagi tadi (5 Ogos 2026).

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang amat dirasai oleh warga sekolah. Jasa, komitmen dan dedikasi beliau dalam mendidik anak bangsa akan sentiasa dikenang serta dihargai.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kecekalan dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini.

Terima kasih atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan beliau.

Salam takziah daripada seluruh warga SMK Bau.

πŸ•ŠοΈ β€œJasamu dikenang, budimu sentiasa diingati.”

Program Hari Permuafakatan Ibu Bapa SMK Bau, 25/7/206
25/07/2026

Program Hari Permuafakatan Ibu Bapa SMK Bau, 25/7/206

πŸ† TAHNIAH WARGA ASRAMA SMK BAU! πŸ†Setinggi-tinggi kesyukuran dan syabas diucapkan atas kejayaan cemerlang kontinjen SMK B...
23/07/2026

πŸ† TAHNIAH WARGA ASRAMA SMK BAU! πŸ†

Setinggi-tinggi kesyukuran dan syabas diucapkan atas kejayaan cemerlang kontinjen SMK Bau dalam Karnival Seni dan Sukan Asrama Sekolah Harian Peringkat Daerah Bau Tahun 2026.

Tahniah dan syabas kepada semua murid yang telah menunjukkan semangat juang, bakat, disiplin serta komitmen yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung. Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih para peserta, bimbingan guru-guru, sokongan pihak pentadbir, warden asrama, ibu bapa serta semua warga sekolah.

πŸ… Antara pencapaian membanggakan SMK Bau:
✨ Johan – Nyanyian Duet Bahasa Melayu (SM)
✨ Johan – Nyanyian Duet Bahasa Inggeris (SM)
✨ Johan – Trio Berselawat (SM)
✨ Johan – Tazkirah Lelaki (SM)
✨ Johan – Hafazan (SM)
✨ Naib Johan – Sepak Takraw (SM)
✨ Naib Johan – Badminton (SM)

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus mengharumkan nama SMK Bau dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan kesenian pada masa akan datang.

β€œBerdisiplin, Berilmu, Berbakti”

Sekali lagi, tahniah dan syabas kepada semua peserta, guru pembimbing, jurulatih serta seluruh warga asrama SMK Bau atas pencapaian yang membanggakan ini.









πŸŽ‰ TAHNIAH & SYABAS! πŸŽ‰Syabas diucapkan kepada adik Abrianna Neamanie Anak Thony (Kelas 4S) atas pencapaian cemerlang mend...
22/07/2026

πŸŽ‰ TAHNIAH & SYABAS! πŸŽ‰

Syabas diucapkan kepada adik Abrianna Neamanie Anak Thony (Kelas 4S) atas pencapaian cemerlang menduduki Tempat Ke-4 dalam Pertandingan Bicara Buku Peringkat Negeri Sarawak 2026 (Kategori Sekolah Menengah Bahasa Inggeris)! πŸ†βœ¨

Seluruh warga SMK Bau amat berbangga dengan kejayaan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada para guru dan ibu bapa atas sokongan padu yang berterusan. πŸ‘β€οΈ

Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi buat semua warga SMK Bau! πŸ“–πŸ‘

FLY HIGH SMK BAUπŸ₯³πŸ₯³

🌟 DARI PENTAS DAERAH, MEMBAWA NAMA SMK BAU KE PUNCAK! 🌟Syabas dan tahniah kepada adik Abrianna Neamanie Anak Thony (4S) ...
22/07/2026

🌟 DARI PENTAS DAERAH, MEMBAWA NAMA SMK BAU KE PUNCAK! 🌟

Syabas dan tahniah kepada adik Abrianna Neamanie Anak Thony (4S) atas pencapaian cemerlang sebagai JOHAN Pertandingan Public Speaking for Secondary Schools sempena Karnival Kokurikulum Peringkat Daerah Bau 2026! πŸ†πŸŽ€

Terima kasih Abrianna kerana telah membuktikan bahawa suara anak-anak SMK Bau mampu menggegarkan pentas dan menyuntik inspirasi!

Setinggi-tinggi penghargaan juga buat barisan guru pembimbing yang tidak pernah lelah membentuk bakat hebat ini. Kejayaan ini adalah milik kita bersama! πŸ€πŸ’™πŸ’›

FLY HIGH SMK BAUπŸ₯³πŸ₯³

πŸ”₯ Setinggi-tinggi penghargaan buat anak-anak SMK Bau! Keberanian dan semangat juang membara yang dipamerkan sepanjang Ka...
22/07/2026

πŸ”₯ Setinggi-tinggi penghargaan buat anak-anak SMK Bau! Keberanian dan semangat juang membara yang dipamerkan sepanjang Karnival Kokurikulum Peringkat Daerah Bau Tahun 2026 terbukti menjulang tinggi nama SMK Bau! πŸš€πŸ©·

PENCAPAIAN PENYERTAAN:
🎀 Pertandingan Poetry Recitation for Secondary Schools
πŸ₯ˆ NAIB JOHAN β€” SMK Bau

πŸ—£οΈ Pertandingan Choral Speaking Competition for Secondary Schools
πŸ₯ˆ NAIB JOHAN β€” SMK Bau

Menang atau kalah bukanlah ukuran, tetapi keberanian untuk mengambil bahagian, mencuba, dan memberikan yang terbaik itulah kemenangan sebenar. Syabas kepada guru pembimbing, dan terutamanya para peserta yang telah berjuang membawa nama sekolah!

Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan! Pengalaman dan penyertaan hari ini adalah bekalan terhebat untuk kejayaan yang lebih gemilang di masa hadapan. πŸ†πŸ’ͺ
πŸš€ FLY HIGH SMK BAU! β€οΈπŸ’™

πŸ† SMK BAU HEBAT! πŸ†TAHNIAH WAKIL SMK BAU – JOHAN HOKI P18 MSS SARAWAK 2026! πŸ₯‡πŸ‘Syabas dan tahniah diucapkan kepada murid-m...
18/07/2026

πŸ† SMK BAU HEBAT! πŸ†

TAHNIAH WAKIL SMK BAU – JOHAN HOKI P18 MSS SARAWAK 2026! πŸ₯‡πŸ‘

Syabas dan tahniah diucapkan kepada murid-murid SMK Bau yang telah terpilih mewakili kontinjen daerah ke Kejohanan Hoki MSS Sarawak 2026 dan berjaya membawa pulang gelaran JOHAN bagi kategori Perempuan Bawah 18 Tahun (P18)!

Terima kasih atas disiplin yang tinggi dan semangat juang yang hebat demi mengharumkan nama sekolah. Penghargaan juga buat para guru, ibu bapa, dan seluruh warga sekolah atas sokongan serta doa yang berterusan.

Kalian adalah kebanggaan SMK Bau! Teruskan kecemerlangan dan terbanglah lebih tinggi!
Fly High, SMK Bau!

GAMBAR SEKITAR KARNIVAL KOKURIKULUM TINGKATAN 6 PERINGKAT DAERAH BAU 2026 15 - 18 Julai 2026Antara aktiviti yang dijalan...
18/07/2026

GAMBAR SEKITAR KARNIVAL KOKURIKULUM TINGKATAN 6 PERINGKAT DAERAH BAU 2026
15 - 18 Julai 2026

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang karnival
1. Pertandingan Mendeklamasikan Sajak
2. Pertandingan Masakan Rimba
3. Swish & Win Challenge
4. Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah
5. Mobile Legends Bang-Bang

Majlis perasmian penangguhan turut disempurnakan oleh Encik Jong Tian Se, Timbalan PPD BAU.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Pengelola Karnival, barisan pentadbir, para guru, semua peserta serta murid-murid Tingkatan 6 SMK Bau atas kejayaan menganjurkan Karnival Tingkatan 6 dengan penuh dedikasi, komitmen dan semangat kerjasama.

Address

Jalan Sebuku
Bau
94000

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Telephone

+6082763117

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK BAU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share