17/08/2026
Pameran Kelab Inovasi STEM SMK Lake & Pameran Guru Cemerlang PPD Bau sempena Karnival Pendidikan Madani
Peringkat Daerah Bau 2026
Ahli-ahli Kelab Inovasi STEM SMK Lake telah berjaya melaksanakan tugas sebagai pempamer sempena Karnival Pendidikan Madani Peringkat Daerah Bau 2026.
Pelbagai projek inovasi yang telah meraih anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dipamerkan melalui prototaip, poster, video, medal dan trofi pencapaian.
Ruang pameran SMK Lake turut dilawati oleh YB Tuan Mordi Anak Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, yang berkesempatan melihat hasil inovasi para pelajar.
Sebagai tanda penghargaan, pihak Kelab Inovasi STEM SMK Lake turut menyampaikan cenderahati yang dibawa pulang dari Regeneron ISEF, Phoenix, Arizona kepada YB Tuan Mordi Anak Bimol.
Selain itu, Guru Cemerlang PPD Bau juga dijemput menjadi pempamer dalam karnival ini. Pempamer Guru Cemerlang SMK Lake mengambil peluang untuk berkongsi syarat dan laluan guru cemerlang, hasil inovasi dan kajian, serta trofi pencapaian mereka.
Pameran ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para murid, guru dan warga pendidikan yang hadir.