Maahad Tahfiz Al Quran An-Nuha

Maahad Tahfiz Al Quran An-Nuha Induk: Parit Raja, Batu Pahat
Cawangan: Pura Kencana,Sri Gading
Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Afwa

10/07/2026

Perkembangan Terkini Pembinaan Maahad Tahfiz Al-Quran An-Nuha ✨

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, bahagian luar bangunan Maahad Tahfiz Al-Quran An-Nuha telah siap sepenuhnya.

Kini, pembinaan diteruskan dengan menyiapkan bahagian dalam tingkat bawah bangunan, termasuk pemasangan mozek di dewan kelas dan tandas serta kerja-kerja kemasan akhir.

Semoga setiap usaha dan sumbangan ini menjadi sedekah jariah yang berterusan, mengalir pahalanya selagi al-Quran dibaca, dihafaz dan diamalkan di maahad ini.

“Apabila seseorang meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya.” (Riwayat Muslim)

Salam Maal Hijrah 1448H / 2026M✨Peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW dan para sahabat bukan sekadar kisah perjalanan ge...
16/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H / 2026M✨

Peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW dan para sahabat bukan sekadar kisah perjalanan geografi. Ia adalah sebuah tarbiyah agung tentang pengorbanan air mata, harta, dan jiwa demi mempertahankan akidah Islam yang suci.

📝 Mesej Dakwah untuk Diri Kita Hari Ini:

Di zaman penuh fitnah duniawi hari ini, cabaran untuk kekal beriman amat berat. Hijrah terbesar kita hari ini adalah hijrah hati dan minda.Berhijrahlah daripada tabiat membuang masa kepada mengaji dan menuntut ilmu agama.Berhijrahlah daripada menjaga tepi kain orang kepada sibuk memperbaiki aib diri sendiri.Berhijrahlah daripada kelalaian melengahkan solat kepada sujud di awal waktu.

Mari kita jadikan momentum 1 Muharram ini sebagai titik mula untuk mengislahkan (memperbaiki) diri dan keluarga. Saling berpesan dengan kebaikan, saling mendoakan ketetapan iman.

Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan keredhaan Allah SWT, Insha Allah .. Amin Ya Rabb 🤲🏻

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Selamat menduduki peperiksaan pertengahan tahun kepada semua pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran An-Nuha ✨اللَّهُمَّ يَسِّرْ ...
15/06/2026

Selamat menduduki peperiksaan pertengahan tahun kepada semua pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran An-Nuha ✨

اللَّهُمَّ يَسِّرْ لَهُمْ أُمُورَهُمْ، وَافْتَحْ عَلَيْهِمْ فُتُوحَ الْعَارِفِينَ، وَارْزُقْهُمُ الْفَهْمَ وَالْحِفْظَ وَالتَّوْفِيقَ وَالنَّجَاحَ.

“Ya Allah, permudahkanlah segala urusan mereka, bukakanlah pintu-pintu ilmu dan kefahaman, serta kurniakanlah kepada mereka kejayaan dan kecemerlangan.”🤲🏻

Semoga anak-anak Maahad Tahfiz Al-Quran An-Nuha diberikan kekuatan, ketenangan dan kejayaan yang diberkati oleh Allah SWT.

Aidiladha bukan sekadar tentang ibadah korban, tetapi tentang bagaimana kita mengorbankan hawa nafsu, kesombongan dan ke...
26/05/2026

Aidiladha bukan sekadar tentang ibadah korban, tetapi tentang bagaimana kita mengorbankan hawa nafsu, kesombongan dan kelalaian demi mencari reda Allah. Sebagaimana Nabi Ibrahim عليه السلام dan Nabi Ismail عليه السلام menunjukkan ketaatan yang sempurna kepada perintah Allah, begitulah juga kita dituntut untuk meletakkan cinta kepada Allah melebihi segala-galanya.

Rasulullah ﷺ bersabda:

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ

“Tidak ada amalan anak Adam pada Hari Nahar yang lebih dicintai Allah selain daripada menumpahkan darah korban.”
— Riwayat Sunan al-Tirmizi, no. 1493

Berkata Imam Ibn al-Qayyim:

“Kebahagiaan yang sebenar bukan pada banyaknya dunia, tetapi pada hati yang dekat dengan Allah.”

Semoga Aidiladha kali ini mendidik hati kita untuk lebih ikhlas dalam beribadah, lebih sabar dalam ujian, lebih pemurah dalam memberi dan lebih kuat dalam perjuangan menuntut ilmu serta berdakwah di jalan Allah.

Taqabbalallahu minna wa minkum.
✨ Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha ✨

-Ikhlas daripada warga Maahad Tahfiz Al-Quran An Nuha

15/05/2026

Selamat Hari Guru buat semua murabbi dan pendidik.
Bukan sekadar mengajar ilmu dunia, bahkan membimbing hati menuju Allah.

Semoga setiap huruf yang diajar, setiap nasihat yang diberi, dan setiap kesabaran yang dipendam menjadi saham pahala yang mengalir hingga akhirat.

PENGAJIAN TADABBUR AL-QURAN | SIRI KE-3 “Menghayati Kalam Allah, Menyuburkan Jiwa dan Iman”✨Dengan penuh rasa syukur, Ma...
06/05/2026

PENGAJIAN TADABBUR AL-QURAN | SIRI KE-3

“Menghayati Kalam Allah, Menyuburkan Jiwa dan Iman”✨

Dengan penuh rasa syukur, Maahad Tahfiz Al-Quran An-Nuha *menjemput ibu-ibu dan muslimat* untuk bersama-sama mengikuti Pengajian Tadabbur Al-Quran, agar hati lebih dekat dengan al-Quran dan iman terus disuburkan.

📅 Khamis | 7 Mei 2026
⏰ 9.00 – 11.00 pagi
📍 Maahad Tahfiz Al-Quran An-Nuha, Sri Gading, Batu Pahat
💰TIADA YURAN DIKENAKAN
PLATFORM ONLINE LIVE: Tiktok MTAN
https://www.tiktok.com/.annuha?_r=1&_t=ZS-95t42mR3ccm

🎙️ Disampaikan oleh:
Ustaz Zuhairy Zolkiple

_“(Al-Quran) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh keberkatan agar mereka mentadabburi ayat-ayatnya.”_

🤍 Semua ibu-ibu dijemput hadir.

Ayuh luangkan masa, tenangkan jiwa dan hidupkan Ramadan dengan al-Quran.

📞 Pertanyaan:
018-644 8971 | 013-288 6364

Sebarkan kebaikan, semoga menjadi saham akhirat.🌱

PENGAJIAN TADABBUR AL-QURAN | SIRI KE-2 “Menghayati Kalam Allah, Menyuburkan Jiwa dan Iman”✨Dengan penuh rasa syukur, Ma...
28/04/2026

PENGAJIAN TADABBUR AL-QURAN | SIRI KE-2

“Menghayati Kalam Allah, Menyuburkan Jiwa dan Iman”✨

Dengan penuh rasa syukur, Maahad Tahfiz Al-Quran An-Nuha menjemput ibu-ibu dan muslimat untuk bersama-sama mengikuti Pengajian Tadabbur Al-Quran, agar hati lebih dekat dengan al-Quran dan iman terus disuburkan.

📅 Khamis | 30 April 2026
⏰ 9.00 – 11.00 pagi
📍 Maahad Tahfiz Al-Quran An-Nuha, Sri Gading, Batu Pahat
💰TIADA YURAN DIKENAKAN
PLATFORM ONLINE LIVE: Tiktok MTAN
https://www.tiktok.com/.annuha?_r=1&_t=ZS-95t42mR3ccm

🎙️ Disampaikan oleh:
Ustaz Zuhairy Zolkiple

“(Al-Quran) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh keberkatan agar mereka mentadabburi ayat-ayatnya.”

🤍 Semua ibu-ibu dijemput hadir.

Ayuh luangkan masa, tenangkan jiwa dan hidupkan Ramadan dengan al-Quran.

📞 Pertanyaan:
018-644 8971 | 013-288 6364

Sebarkan kebaikan, semoga menjadi saham akhirat.🌱

KUTIPAN DANA WAKAF MOZEK, SIMEN & CAT MADRASAH*SASARAN KUTIPAN RM 45,800**Lot Dibuka : 1 Lot RM 50 berjumlah 916 Lot & 1...
17/04/2026

KUTIPAN DANA WAKAF MOZEK, SIMEN & CAT MADRASAH

*SASARAN KUTIPAN RM 45,800*
*Lot Dibuka : 1 Lot RM 50 berjumlah 916 Lot & 1 Lot RM 100 berjumlah 458 Lot*

Maahad Tahfiz Al-Quran An-Nuha amat memerlukan sumbangan wakaf *Mozek, Simen & Cat* bagi meneruskan pembinaan bangunan baharu di Kampung Bunagong Yong Peng. Sehubungan dengan ini kami mengalu-alukan sumbangan dari Tuan/Puan/Datuk/Datin untuk *WAKAF MOZEK, SIMEN & CAT* bagi bangunan baharu kami.

Sumbangan boleh ditranfer terus ke akaun BANK ISLAM :
*01032010073216*
Maahad Tahfiz Al-Quran An-Nuha

Atau tekan link :

*LOT RM 50*
https://toyyibpay.com/WAKAF-BUMBUNG-MAAHAD-TAHFIZ-AL

*LOT RM 100*
https://toyyibpay.com/WAKAF-BUMBUNG-LOT-RM-100

Sebarang persoalan mahupun proses penyumbangan boleh berhubung dengan :

1) Mudirah - www.wassap.my/0132886364

2) Pejabat Annuha- www.wassap.my/0186448971

Setiap transfer Tuan/puan/Datuk/Datin minta tulis *Wakaf MOZEK* bagi memudahkan proses pengasingan sumbangan .
Kerjasama sahabat-sahabat dalam menyebarkan makluman ini kami dahului dengan Jazakallahu khairan khatirah.

Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. Aamiin. والله اعلم

Address

No. 31. Jalan Kencana 1B/5, Taman Pura Kencana
Batu Pahat
83300

Telephone

+60132886364

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Al Quran An-Nuha posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tahfiz Al Quran An-Nuha:

Shortcuts

Share

Category