SMK TUN Aminah Gemilang

SMK TUN Aminah Gemilang

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SMK TUN Aminah Gemilang, Middle School, Jalan Kluang, Batu Pahat.

Photos from SMK TUN Aminah Gemilang's post 12/06/2026

TAHNIAH DAN SYABAS!
Pada 14 Mei 2026 (Khamis), bertempat di SMK Tinggi, Batu Pahat, telah berlangsung Karnival Bahasa Cina Daerah Batu Pahat. Warga sekolah amat berbangga atas pencapaian cemerlang para murid yang telah mengharumkan nama sekolah melalui bakat, kreativiti dan semangat daya saing yang tinggi.

🌟 Pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa Cina (Menengah Rendah)
Penerima Hadiah Cemerlang

Tan Yue Zhen (3 Arif)
Eileen Tan Zi Ling (2 Bijak)
Chloe Teo Keh Xin (2 Dedikasi)
Jocelyn Hen Si Jia (1 Arif)

🌟 Pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa Cina (Menengah Atas)
Tempat Keempat

Lim Joey (5 Bijak)

🌟 Pertandingan Penulisan Kreatif Bahasa Cina

Cerpen Menengah Rendah – Hadiah Cemerlang

Stella Siah Wen Chee (1 Bijak)
Sajak Menengah Atas – Hadiah Cemerlang
Low Bei Wen (5 Bijak)
Teng Hui Yin (5 Bijak)

Sajak Menengah Rendah – Naib Johan

Tan Yue Zhen (3 Arif)
Sajak Menengah Atas – Johan
Chloe Teo Thong (4 Arif)

✨ Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha yang gigih, disiplin yang tinggi serta bimbingan berterusan daripada guru-guru mampu melahirkan murid yang cemerlang dan berdaya saing. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Photos from SMK TUN Aminah Gemilang's post 12/06/2026

Kejohanan Sofbol MSSM 2026

Tahniah diucapkan kepada Nur Fatihah Batrisyia (2 Zinnirah) atas kejayaan merangkul gelaran Johan Kategori P18 bersama Pasukan Johor di Kejohanan Sofbol MSSM 2026 yang telah diadakan pada 07 hingga 11 Jun 2026 di Negeri Kelantan.

Syabas dan setinggi-tingginya penghargaan buat Guru Pembimbing Sofbol STA atas bimbingan dan dedikasi yang membuahkan hasil luar biasa ini.

Seluruh warga STA amat berbangga dengan anda semua! πŸ†πŸ₯Žβœ¨

09/06/2026
09/06/2026

Praktikal Pelajar (SULAM)

09/06/2026

Manifestasi Seni Kopi UTHM X STA

Photos from SMK TUN Aminah Gemilang's post 15/05/2026

Pasukan Bola Keranjang P18 Batu Pahat telah berjaya merangkul Naib Johan dalam Kejohanan MSSJ Bola keranjang bertempat di SM Foon Yew, JB pada 12-14 Mei 2026.

Selain itu, Daerah Batu Pahat juga telah dipilih sebagai Johan Keseluruhan.

Pelajar SMK Tun Aminah iaitu saudari Lee Jia Yi (4Arif) telah menyumbang dalam kejayaan pasukan tersebut.

Sekalung tahniah kepada Lee Jia Yi yang telah mewakili daerah ke MSSJ serta guru pengiring Cikgu Lim Chin Chin.

Tahniah Tahniah Tahniah..

Photos from SMK TUN Aminah Gemilang's post 07/05/2026

Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor atas pemberian Inisiatif Bantuan Khas Bilik Guru Tahun 2026 kepada SMKTA dengan peruntukan sebanyak RM5,000 secara one-off.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen Kerajaan Negeri Johor dalam menghargai jasa dan pengorbanan para pendidik, di samping meningkatkan kualiti persekitaran kerja guru di sekolah.

πŸ“… Tarikh : 28 April 2026
πŸ“† Hari : Selasa
πŸ“ Tempat : Dewan Orang Ramai Parit Raja

Photos from SMK TUN Aminah Gemilang's post 07/05/2026

Tahniah diucapkan kepada semua pemain bola jaring kategori P15 dan P18 atas kejayaan yang telah diraih dalam Kejohanan Bola Jaring MSSD Batu Pahat Tahun 2026.

Keputusan pertandingan :
β€’ P15 – Johan
β€’ P18 – Tempat Keempat

Sekalung tahniah juga diucapkan kepada dua pemain bola jaring P15 yang telah menerima anugerah khas:
β€’ Penghadang Terbaik – Nurul Alyaa Fateha
β€’ Penyerang Terbaik – Qaireen Irdina

🌺🌺Semoga kejayaan yang diperoleh ini akan terus menjadi pemangkin semangat untuk mencapai kecemerlangan yang lebih gemilang pada tahun hadapan.


Want your school to be the top-listed School/college in Batu Pahat?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Jalan Kluang
Batu Pahat
83000

Opening Hours

Monday 08:00 - 04:30
Tuesday 08:00 - 04:30
Wednesday 08:00 - 04:30
Thursday 08:00 - 04:30
Friday 08:00 - 04:30