SMK Senggarang Batu Pahat Johor

SMK Senggarang Batu Pahat Johor Sekolah Menengah Kebangsaan Senggarang Sekolah Menengah Kebangsaan Senggarang yang terletak kira-kira 1/4 km dari pekan Senggarang, mula diasaskan pada 10hb.

Januari 1965 tanpa mempunyai bangunan sekolah sendiri. SMKS terpaksa menumpang di bangunan C Sekolah Kebangsaan Senggarang. Ketika itu, murid SMKS seramai 167 orang dengan guru seramai 7 orang. Nama sendiri diambil daripada nama pekan Senggarang yang bermaksud SANG GARANG iaitu seekor buaya yang garang. Pada tahun 1966 , SMKS berpindah tempat ke SRJK(C) Chong Hwa Senggarang dengan murid seramai 308 orang dan guru seramai 13 orang. Zaman berpindah-randah ini berakhir apabila pada tahun 1967, dua blok bangunan dua tingkat siap dibina di atas kawasan tanah seluas kira-kira 8 hektar. Dua blok bangunn ini mengandungi bilik darjah, makmal sains, bilik sains rumah tangga, bengkel seni perusahaan,tandas, dan setor. Bagaimanapun, bilik darjah yang ada tidak mencukupi kerana bilangan pelajar yang semakin bertambah ramai iaitu 569 orang. Pada tahun yang sama juga, sebuah kantin dan dua buah tempat letak basikal siap dibina. Sebuah padang permainan siap dibina pada tahun 1976 dan dapat digunakan untuk aktiviti padang dan permainan. Perkembangan fizikal SMKS semakin meningkat . Tahun 1979, sebuah rumah guru mengandungi dua pintu mula dibina dan kemudiannya diikuti oleh pembinaan sebuah surau pada thun 1980. Pada tahun 1982, SMKS mencapai kemuncak pembangunannya apabila sebuah dewan besar, satu blok bangunan tiga tingkat dan dan sebuah bengkel seni perusahaan dibina. Sehingga kini, SMKS mempunyai prasarana yang lengkap untuk kemudahan semua warganya.

15/05/2019

Assalamualaikum Alumni SMKS ingin mengadakan jalinan kasih tautan mesra bersama ex SMKS sptmna butiran di bwh:
Mari beramai2 memeriahkan majlis sambil bersilaturrahim

Program Sambutan Hari Raya Alumni SMKS 2019

Tarikh : 8 Jun 2019
Hari : Sabtu
Masa : 2.00 ptg - 6.00 ptg
Tempat : Hotel Pine-tree
Bayaran : RM35 seorang (D)
RM24 (kanak2-5th-12th)

Bayaran boleh dibuat kepada akaun Alumni SMKS di no : 8005848651 - CIMB

Hantar slip pembayaran beserta nama, tahun lahir dan nombor HP tuan/puan ke no..wassap 0192832730 (Suria)

selewat2nya 1 Jun 2019.

Daftar segera

11/08/2012
15/06/2012

LAGU SEKOLAH : BELAJAR UNTUK BERBAKTI


Belajar untuk berbakti

Kepada nusa dan bangsa

Inilah perjuangan kami

Putera puteri SMKS



Berusaha tabah berani

Mencapai cita nan murni

Tambahkan ilmu di dada

Pelita di masa hadapan



Harum semerbak oh namamu

putera puteri Negara

Berdisiplin berakhlak tinggi

Setia pada ibu pertiwi



Belajar untuk berbakti

Bawa obor kejayaan

Tabur bakti dengan ikhlas

Semaraklah SMKS

Address

Batu Pahat
83200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Senggarang Batu Pahat Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category