Pusat Tuisyen Berkat Ilham

Pusat Tuisyen Berkat Ilham

Share

LIKE jika anda ingin CEMERLANG dan BERJAYA. Kami menyediakan pembelajaran mengikut silibus terkini

No pendaftaran:
JM0832807-V / JZ2A078

16/02/2026

Happy Chinese New Year!

08/02/2026

Penyakit Tuberkulosis (TB) adalah disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria 🦠 yang bernama ‘Mycobacterium tuberculosis’ dan turut dikenali sebagai batuk kering. Ia disebarkan melalui udara apabila pesakit yang mempunyai kuman yang aktif batuk 😷.

Penyakit TB ini merbahaya jika tidak dirawat. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh sembuh dengan mendapatkan rawatan dengan segera.

Adakah anda berisiko untuk mendapat penyakit TB❓

Dapatkan pemeriksaan dan pengesahan penyakit ini di mana-mana fasiliti kesihatan.



29/01/2026

21/01/2026

Selamat Datang 2026
Moga anak-anak PTBI dapat meningkatkan prestasi pelajaran dan melakar kejayaan. Ameen

21/01/2026
Photos from Pusat Tuisyen Berkat Ilham's post 06/12/2025

Gambar part 2 Jamuan akhir sesi akademik 2025

Photos from Pusat Tuisyen Berkat Ilham's post 06/12/2025

Jamuan Akhir PTBI Sesi Akademik 2025

Alhamdulillah syukur 2025 hampir melabuhkan tirainya. Semoga pusat tuisyen ini terus menjadi pusat yang memberikan perkhidmatan pendidikan yang terbaik di Batu Pahat. Terima kasih kpd para ibu bapa yang sudi menghantar anak belajar di sini.

Jamuan berjalan lancar, para ibu bapa dan guru yg hadir membawa pelbagai juadah makanan utk berkongsi bersama. Moga kalian terus dimurahkan rezeki

Tq support PTBI 🤗😘 semoga semua pelajar PTBI memperoleh ilmu yang berkat, mendapat keputusan yang cemerlang dan berjaya dunia akhirat. Aameen.

Di bwh tempat tuisyen dah ada klinik Calira. Jom support Dr Totin Jamain.


25/11/2025

Ya Allah, permudahkanlah urusan pelajar-pelajar SPM dalam menjawab setiap soalan, lapangkanlah dada mereka dengan ketenangan, berikanlah kefahaman yang mendalam, ingatan yang tajam dan ilham yang benar. Jadikanlah peperiksaan ini sebagai jalan untuk mereka mencapai kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat, serta sebagai asbab untuk menjadi hamba-Mu yang soleh dan solehah. Ameen.

02/11/2025

Kepada semua calon SPM, Selamat menempuh peperiksaan. Lakukan yang terbaik dalam UBBM K3. *Cakap Jangan Tak Cakap*

❤️ Semoga semua berjaya ❤️

Photos from Pusat Tuisyen Berkat Ilham's post 08/10/2025

🩺 *HEBAHAN INFLUENZA*

Apa itu Influenza?
Influenza atau “flu” ialah jangkitan virus yang menyerang sistem pernafasan. Ia mudah berjangkit, terutamanya di tempat sesak seperti sekolah.

⚠️ *TANDA-TANDA INFLUENZA*

1.Demam secara tiba-tiba
2.Batuk dan sakit tekak
3.Hidung berair atau tersumbat
4.Sakit kepala dan sakit badan
5.Letih dan tiada selera makan

🧼 *LANGKAH PENCEGAHAN*

🌻Basuh tangan dengan sanitizer atau sabun dan air dengan kerap.

🌻Tutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin dengan tisu.

🌻Elak bersalaman dan berkongsi barang peribadi seperti alat tulis dan botol air jika tidak sihat.

🌻Pakai pelitup muka jika mempunyai simptom.

🌻Rehat di rumah dan elak datang ke sekolah jika demam atau batuk teruk.

❤️ *UNTUK IBU BAPA*

Pastikan anak mendapat rehat dan air yang cukup.

Segera bawa anak ke klinik jika demam berpanjangan atau susah bernafas.

📢 Jom sama-sama kita cegah penularan Influenza di sekolah!

Want your school to be the top-listed School/college in Batu Pahat?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


No. 13A Dan 13B, Jalan Timah Sari, Kg. Kenangan Dato' Onn
Batu Pahat
83000

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00