14/10/2021
Tahniah, SK Seri Gading Johan Pesta Pantun Daerah. Kita mencari pengalaman di negeri. Step by step. Biarlah telus dan tulus ikhlas dalam menggalas tugasan. Ingat sk lain🤭😬✍️👆
Mencakna Bahasa, Memartabat Bangsa. Klik LIKE!
14/10/2021
Tahniah, SK Seri Gading Johan Pesta Pantun Daerah. Kita mencari pengalaman di negeri. Step by step. Biarlah telus dan tulus ikhlas dalam menggalas tugasan. Ingat sk lain🤭😬✍️👆
Seloka: Rakan Taman
Rangkap 1
Rakan Taman Seri Damai,
Laksana Program Bank Rezeki,
Juga Projek Alam Hijau,
Jalin kerjasama yang sungguh erat.
Rangkap 2
Tujuan Bank Rezeki Bergerak,
Kurangkan pembaziran bahan makanan,
Ringankan beban golongan miskin,
Anak yatim dan orang tua.
Rangkap 3
Projek Alam Hijau p**a,
Aktiviti tanam semula pokok,
Akhirnya taman kembali menghijau,
Seri Damai semakin ceria.
Syair: Permata Keluargaku
Rangkap 1
Bakat adik mula disedari,
Bakat istimewa sukar dicari,
Rasa gembira tidak terperi,
Anugerah Allah kami syukuri.
Rangkap 2
Nasihat guru adik turuti,
Tunjuk ajarnya sentiasa diikuti,
Kuat semangat dan cekal hati,
Tekun berusaha tidak berhenti.
Rangkap 3
Ibu dan ayah tiada menghalang,
Malah gembira bukan kepalang,
Semoga adik terus cemerlang,
Memburu kejayaan gilang-gemilang.
Seloka Jiran Tetangga
Rangkap 1
Jiran tetangga amat dibangga,
Saling menolong tak kira masa,
Setiap hari bertegur sapa,
Kunjung-mengunjung adat biasa.
Rangkap 2
Jiran peramah rumah di kiri,
Wajahnya manis tiada iri,
Terlalu gemar memasak kari,
Masa terluang asyik menari.
Rangkap 3
Jiran penyegan rumah di kanan,
Setiap minggu hantar makanan,
Ucapan salam penuh sopan,
S**a bergurau dengan teman.
20/01/2021
Kenangan 2020
Pantun Kenangan:
Assalamualaikum bait yang indah,
Alunan acara tingkah bergema;
Adik praktikum diintai sudah,
Ditugas ke mana kali pertama?
Buah belimbing bersama berangan,
Dimakan tuan sesat di halkum;
Sayang pembimbing dipimpinnya tangan,
Ditingkat acuan si adik praktikum.
Baju bertema memang diidam,
Warna sekata gubahan sendiri;
Memori lama tiada terpadam,
Tetap bertakhta di sanubari.
30/10/2020
Johan Pertandingan Mencipta Pantun SR Daerah Batu Pahat Tahun 2020
Raja Farah Farzana binti Raja Fairol Farouk
Tahun 6 Cerdik
SK Seri Gading, Batu Pahat
Posisi: Pemantun Utama
Pengalaman: 3 Tahun
Syair:Junjungan Kita
Nabi Muhammad Junjungan Kita,
Mari Berselawat Setiap Ketika,
Walau di Mana Jua Berada,
Umat Menanti Syafaat Darinya.
03/05/2020
28 September 2019
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pantun Ilmu:
Ke Padang Temu ceramah diperlu,
Bersama tersayang indah dikenang;
Insan berilmu berhemah selalu,
Hatikan riang jiwa pun tenang.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nbp130373
14/04/2019
Pemantun Terbaik SK Daerah Batu Pahat:
Nur Syuhadah binti Mohd Lazim-SK Seri Gading