Sekolah Agama Seri Pengkalan

Sekolah Agama Seri Pengkalan Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

๐Ÿ“šโœจ PROGRAM ADAB DULU BARU ILMU TELAH BERLANGSUNG โœจ๐Ÿ“šAlhamdulillah, telah berlangsung Program Adab Dulu Baru Ilmu di Sekol...
01/10/2026

๐Ÿ“šโœจ PROGRAM ADAB DULU BARU ILMU TELAH BERLANGSUNG โœจ๐Ÿ“š

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Adab Dulu Baru Ilmu di Sekolah Agama Seri Pengkalan pada 30 September 2026 bertempat di Dewan Sekolah Agama Seri Pengkalan.

Program ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk memupuk dan membentuk adab, akhlak serta sahsiah terpuji dalam diri murid. Sesungguhnya, adab merupakan asas penting dalam menuntut ilmu dan membentuk peribadi yang mulia.

Semoga segala pengisian dan ilmu yang disampaikan dapat memberi manfaat serta menjadi amalan dalam kehidupan seharian para murid. ๐ŸŒน๐Ÿ“–

โ€œAdab Dulu, Baru Ilmu.โ€

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. ๐Ÿคฒ๐Ÿปโœจ






๐Ÿ•Œโœจ MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1448H / 2026M โœจ๐Ÿ•ŒSEKOLAH AGAMA SERI PENGKALANAlhamdulillah, telah berlangsung dengan pen...
25/09/2026

๐Ÿ•Œโœจ MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1448H / 2026M โœจ๐Ÿ•Œ
SEKOLAH AGAMA SERI PENGKALAN

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh meriah dan keberkatan Majlis Sambutan Maulidurrasul Sekolah Agama Seri Pengkalan pada 25 September 2026 (Jumaat).

๐ŸŒน โ€œMenyemai Cinta Rasulullah SAW, Membina Generasi Berakhlak Muliaโ€ ๐ŸŒน

Majlis ini diadakan bagi menyemarakkan rasa cinta dan kasih kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, di samping menghayati sirah, perjuangan serta akhlak Baginda sebagai contoh dan panduan dalam kehidupan.

โœจ Antara pengisian majlis:
๐ŸŒฟ Persembahan Qasidah oleh Miftahul Muarrif Pondok Jorak, Muar
๐ŸŒฟ Ucapan dan amanat
๐ŸŒฟ Penyampaian Tokoh Maulid
๐ŸŒฟ Penyampaian hadiah sempena Program Maulidurrasul
๐ŸŒฟ Sesi bergambar
๐ŸŒฟ Jamuan

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Johari bin Musa, Pegawai Pendidikan Islam Daerah Batu Pahat, barisan Badan Kebajikan Sekolah, guru-guru, ibu bapa, para tetamu serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sumbangan dalam menjayakan program ini.

Semoga majlis ini bukan sekadar sebuah sambutan, tetapi menjadi medan untuk kita menanam dan menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam jiwa anak-anak.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

โ€œBertekad Menuju Jayaโ€






๐Ÿ“šโœจ MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPKK TAHUN 2026 โœจ๐Ÿ“šAlhamdulillah, Sekolah Agama Seri Pengkalan telah...
21/09/2026

๐Ÿ“šโœจ MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPKK TAHUN 2026 โœจ๐Ÿ“š

Alhamdulillah, Sekolah Agama Seri Pengkalan telah mengadakan Majlis Penyerahan Keputusan Peperiksaan Percubaan UPKK Tahun 2026 sebagai salah satu usaha dalam menilai tahap pencapaian serta persediaan calon sebelum menghadapi peperiksaan UPKK yang sebenar.

Majlis ini turut menjadi ruang kepada pihak sekolah, guru serta ibu bapa dan penjaga untuk bersama-sama melihat perkembangan prestasi anak-anak serta memberikan dorongan dan semangat kepada mereka.

Tahniah kepada semua calon atas usaha dan pencapaian yang diperoleh. Apa jua keputusan hari ini bukanlah noktah, tetapi menjadi panduan untuk kita memperbaiki kelemahan dan terus meningkatkan usaha.

๐Ÿ’ช Teruskan berusaha, jangan mudah berputus asa!
๐ŸŽฏ UPKK sekali seumur hidup โ€” sasarkan 9A!

Semoga segala usaha, pengorbanan dan doa daripada guru serta ibu bapa dipermudahkan oleh Allah SWT dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang buat semua calon UPKK 2026.

Bertekad Menuju Jaya ๐ŸŒŸ





๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ HARI MUAMALAT & PROGRAM SEMARAK KEMERDEKAAN โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSEKOLAH AGAMA SERI PENGKALANAlhamdulillah, telah berlangsung dengan p...
14/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ HARI MUAMALAT & PROGRAM SEMARAK KEMERDEKAAN โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
SEKOLAH AGAMA SERI PENGKALAN

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh meriah Hari Muamalat & Program Semarak Kemerdekaan Sekolah Agama Seri Pengkalan pada 13 September 2026.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program antaranya gerai jualan makanan dan minuman, Senamrobik Merdeka, permainan sukan rakyat, pertandingan mewarna, pertandingan menganyam daun pisang, permainan RC serta pemeriksaan kesihatan percuma.

Program ini bukan sahaja memberi pengalaman kepada murid dalam mengenali konsep muamalat dan keusahawanan, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat dalam suasana penuh ceria dan semangat kemerdekaan. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru, kakitangan, ibu bapa, murid, para peniaga, urus setia, agensi yang terlibat serta seluruh masyarakat yang hadir dan bersama-sama menjayakan program ini.

Segala sokongan, kerjasama dan sumbangan yang diberikan amat kami hargai. Semoga segala usaha dan kebaikan semua pihak mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Terima kasih kerana memeriahkan Hari Muamalat & Program Semarak Kemerdekaan SASP!

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
๐Ÿ’™ SEKOLAH AGAMA SERI PENGKALAN
โ€œBertekad Menuju Jayaโ€

๐ŸŒท MAJLIS SEKALUNG BUDI ๐ŸŒทPAK BAKAR & MAK GAYAHAssalamualaikum W.B.T.Dengan penuh rasa penghargaan dan terima kasih, Sekol...
14/09/2026

๐ŸŒท MAJLIS SEKALUNG BUDI ๐ŸŒท
PAK BAKAR & MAK GAYAH

Assalamualaikum W.B.T.

Dengan penuh rasa penghargaan dan terima kasih, Sekolah Agama Seri Pengkalan telah mengadakan Majlis Sekalung Budi Pak Bakar & Mak Gayah sebagai tanda mengenang segala jasa, kebaikan dan budi yang telah dicurahkan selama ini.

๐Ÿ“… Tarikh: 11 September 2026 (Jumaat)
๐Ÿ•ž Masa: 3.30 Petang
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Terbuka Sekolah Agama Seri Pengkalan

Majlis ini menjadi tanda ingatan dan penghargaan atas segala layanan, bantuan serta air tangan yang sentiasa dikongsi dengan penuh keikhlasan.

๐Ÿ’ Terima kasih Pak Bakar & Mak Gayah.

Semoga setiap kebaikan dan jasa yang dicurahkan mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT.

โ€œAir Tangan Dikenang, Budi Kekal Dalam Ingatan.โ€ ๐Ÿค

ุจุงุฑูƒ ุงู„ู„ู‡ ููŠูƒู… ูˆุฌุฒุงูƒู… ุงู„ู„ู‡ ุฎูŠุฑุง

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŽ‰ JOM MERIAHKAN HARI MUAMALAT & PROGRAM SEMARAK LANGKAH MERDEKA! ๐ŸŽ‰๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSekolah Agama Seri Pengkalan dengan sukacitanya me...
03/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŽ‰ JOM MERIAHKAN HARI MUAMALAT & PROGRAM SEMARAK LANGKAH MERDEKA! ๐ŸŽ‰๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Sekolah Agama Seri Pengkalan dengan sukacitanya menjemput murid, ibu bapa, keluarga serta seluruh masyarakat setempat untuk bersama-sama memeriahkan program istimewa ini!

๐Ÿ“… Tarikh: 13 September 2026 (Ahad)
โฐ Masa: 7.30 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Sekitar Sekolah Agama Seri Pengkalan

๐ŸŽŠ BANYAK GERAI & AKTIVITI MENARIK MENANTI ANDA!

๐Ÿ” Gerai Jualan Makanan โ€“ Pelbagai makanan dan juadah menarik
๐ŸŽถ Senamrobik Merdeka โ€“ Aktiviti penuh semangat kemerdekaan
๐Ÿšถโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Semarak Langkah Merdeka 3KM (Briskwalk) โ€“ Berjalan santai dalam semangat Merdeka
๐Ÿšœ Permainan RC Excavator โ€“ Jentera kawalan jauh yang menarik dan menyeronokkan
๐ŸŽจ Pertandingan Mewarna โ€“ Aktiviti kreatif dan menyeronokkan
๐ŸŒฟ Pertandingan Anyaman Daun Pisang โ€“ Pertandingan tradisional yang unik dan menarik

โœจ Bawa keluarga, ajak sahabat dan jiran tetangga! Sama-sama kita meriahkan program dengan semangat kebersamaan dan semangat kemerdekaan. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

๐Ÿ”ฅ JOM SERTAI KAMI!
โญ JANGAN LEPASKAN PELUANG MENARIK BERSAMA KAMI! โญ

๐ŸŒฟ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PERTANDINGAN MENGANYAM DAUN PISANG ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒฟSempena Program Kemerdekaan, Sekolah Agama Seri Pengkalan membawakan satu pert...
03/09/2026

๐ŸŒฟ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PERTANDINGAN MENGANYAM DAUN PISANG ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒฟ

Sempena Program Kemerdekaan, Sekolah Agama Seri Pengkalan membawakan satu pertandingan yang menarik berasaskan seni dan kreativiti tradisional โ€” Pertandingan Menganyam Daun Pisang! โœจ

Pertandingan ini terbuka kepada semua pengunjung & ibu bapa. Jom tunjukkan kemahiran tangan dan kreativiti anda dalam menghasilkan anyaman daun pisang yang menarik! ๐ŸŒฟ๐Ÿ‘

๐Ÿ’ฐ Bayaran penyertaan: RM5.00 sahaja
๐Ÿ† Hadiah menarik disediakan bagi setiap pemenang!

๐Ÿ“ฒ PENDAFTARAN
Bagi yang berminat untuk menyertai pertandingan, boleh tekan pautan (link) pendaftaran yang disediakan di bawah ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

๐Ÿ”— LINK PENDAFTARAN:
(https://forms.gle/CPKc37eSTMPDJpc88)

Jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan program sambil menghidupkan kembali seni warisan dan kreativiti tradisional kita. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒฟ

๐Ÿ”ฅ JOM SERTAI & SERLAHKAN KREATIVITI ANDA! ๐Ÿ”ฅ

๐ŸŽจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PERTANDINGAN MEWARNA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŽจSempena Hari Muamalat & Program Semarak Langkah Merdeka, Sekolah Agama Seri Pengkalan d...
03/09/2026

๐ŸŽจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PERTANDINGAN MEWARNA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŽจ

Sempena Hari Muamalat & Program Semarak Langkah Merdeka, Sekolah Agama Seri Pengkalan dengan sukacitanya menjemput adik-adik untuk menyertai Pertandingan Mewarna! โœจ

Pertandingan terbuka kepada kanak-kanak berumur 7 hingga 10 tahun. Peserta bebas menggunakan peralatan mewarna pilihan masing-masing dan peralatan hendaklah dibawa sendiri. Peserta juga dibenarkan membawa rehal, meja kecil atau alas yang bersesuaian.

โฑ๏ธ Tempoh pertandingan: 45 minit
๐Ÿ’ฐ Yuran penyertaan: RM2.00 sahaja
๐Ÿ† Hadiah menarik menanti para pemenang!

๐Ÿ“ฒ PENDAFTARAN
Bagi yang berminat untuk menyertai pertandingan, boleh tekan pautan (link) pendaftaran yang disediakan di bawah ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

๐Ÿ”— LINK PENDAFTARAN:
(https://forms.gle/WMtJWd7NGyxJvQCB6)

Ayuh ibu bapa! Beri peluang kepada anak-anak untuk menyerlahkan bakat, kreativiti dan imaginasi mereka dalam suasana penuh semangat kemerdekaan! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŽจ

โœจ JOM SERLAHKAN KREATIVITI ANDA! โœจ
๐Ÿ“ข Daftar sekarang dan jangan lepaskan peluang!

๐ŸŒŸ PROGRAM PENGENALAN GURU PRAKTIKUM BERSAMA MURID ๐ŸŒŸSEKOLAH AGAMA SERI PENGKALANAlhamdulillah, telah berlangsung Program ...
28/08/2026

๐ŸŒŸ PROGRAM PENGENALAN GURU PRAKTIKUM BERSAMA MURID ๐ŸŒŸ
SEKOLAH AGAMA SERI PENGKALAN

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Pengenalan Guru Praktikum bersama murid-murid Sekolah Agama Seri Pengkalan pada:

๐Ÿ“… Tarikh: 27 Ogos 2026
๐Ÿ“ Tempat: Surau Sekolah Agama Seri Pengkalan

Program ini diadakan sebagai sesi pengenalan dan suai kenal antara guru praktikum dengan seluruh warga murid Sekolah Agama Seri Pengkalan.

๐ŸŒท Pihak sekolah mengucapkan selamat datang dan selamat menjalani latihan praktikum di Sekolah Agama Seri Pengkalan.

Semoga sepanjang tempoh praktikum ini, para guru praktikum dapat menimba sebanyak mungkin ilmu, pengalaman dan kemahiran dalam bidang pendidikan, di samping berkongsi idea, tenaga serta semangat dalam mendidik anak-anak.

Kepada semua murid, semoga dapat memberikan kerjasama, penghormatan dan sokongan yang terbaik kepada guru-guru praktikum sepanjang mereka bersama kita. โค๏ธ๐Ÿ“š

๐Ÿคฒ Semoga segala urusan dipermudahkan dan tempoh praktikum ini menjadi satu pengalaman yang bermakna, bermanfaat dan penuh kenangan indah buat semua.

SELAMAT DATANG KE SEKOLAH AGAMA SERI PENGKALAN! ๐Ÿซโœจ

โ€œBERTEKAD MENUJU JAYAโ€





Address

Kampung Parit Kuda, Semerah
Batu Pahat
83600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Agama Seri Pengkalan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category