22/09/2026
πππππππ ππππππ & ππππ ππππππππππ πππππππ ππππππ ππππ ππ πππππππ ππππππ & ππππ ππππππππππ πππππππ ππππππ ππππ ππ πππππππ ππππππππππ πππππ ππππππ πππππ
ππ πππ©πππ¦πππ« ππππ | πππ£ππππ πππ§ππ’ππ’π€ππ§ ππ¬π₯ππ¦ πππ ππ«π’ ππ¨π‘π¨π«
Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat telah mengadakan Kunjung Hormat dan Sesi Penerangan Program _International Gathering on Novel Innovation, Technology and Exploration (IGNITE) 2026_ ke Pejabat Pendidikan Islam Negeri Johor.
Delegasi KPTM Batu Pahat diketuai oleh Encik Mohammad Sofian bin Hashim, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar bersama Puan Zalina Kemat, Ketua Jabatan Pengajian Umum, Puan Nur Afzan binti Mat Said selaku wakil Jawatankuasa Program IGNITE, Puan Fatimah Ismail, Penolong Pengurus Kediaman dan Kebajikan, Puan Nurulhuda Mahyuddin, wakil PURE KPTM Batu Pahat serta Saudara Mohammad Azizan Syahidan bin Mohd Salim, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar KPTM Batu Pahat.
Kunjungan tersebut telah disambut baik oleh Ustaz Haji Ahmad Dhiauddin bin Salimin, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Akademik dan Ustaz Ahmad Hesamuddin bin Mohd Tahir, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan bersama Ustazah Hajah Atikah binti Hashim dan Ustaz Haji Dahalan bin Mohd Din, Penolong Pengarah Kanan Unit Menengah Tahfiz & Khas, Ustazah Nor Ashikin binti Salmin, Penolong Pengarah Unit Media Pendidikan, Ustazah Misleha binti Salehan dan Ustazah Noriza binti Rohani, Penolong Pegawai Sektor Pengurusan Akademik dan Unit Menengah Tahfiz & Khas, serta Ustazah Masturah binti Arkanuddin dan Ustaz Mohamad Faizrul Hisyam bin Mohammad Arip, Penyelia Unit Menengah Tahfiz & Khas Pendidikan Islam Negeri Johor
Sesi perbincangan memfokuskan kepada empat agenda utama iaitu
1. Cadangan kerjasama sebagai rakan strategik bagi penganjuran IGNITE 2026,
2. Laluan pendidikan dan insentif untuk pelajar Huffaz,
3. Peluang program upskilling bersama PURE,
4. Potensi kolaborasi CSR antara KPTM Batu Pahat dan Pejabat Pendidikan Islam Negeri Johor
Sesi Kunjung Hormat ini berakhir dengan serahan borang kolaborasi program IGNITE kepada Tuan Hj Dhiauddin bin Salimin
Diharapkan jalinan strategik ini dapat memperkukuh usaha memperkasa pembangunan pelajar serta softskill guru-guru Pendidikan Islam di peringkat antarabangsa melalui IGNITE 2026.