01/07/2026
LAWATAN DAN PENGUJIAN MENGGUNAKAN FESEM STAF MINTSRC KE UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UPM.
1Julai 2026 : Rabu
LAWATAN Staf MiNTSRC ke Universiti Putra Malaysia (UPM) diketuai oleh Prof. Dr. Nafarizal Nayan (Pengarah RMC UTHM) serta En. Ahmad Nasrul Mohamed Dan En. Mohd Azwadi Omar.
Lawatan ini adalah bertujuan untuk mengadakan pengujian menggunakan FESEM yang terdapat di Institut Nanosains Dan Nanoteknologi (ION2) jenama ZEISS Dan Institut Biosains jenama JEOL.
Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada staf di kedua-dua Institut tersebut serta wakil dari ZEISS Dan JEOL yang begitu professional dan mesra dalam menerangkan fungsi dan cara operasi FESEM.
08/06/2026
Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) Pasiris Batu Pahat telah mempelawa Pusat Penyelidikan Shamsuddin – Mikroelektronik & Nanoteknologi (MiNT-SRC), Institut Kejuruteraan Integrasi (IIE), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk mengadakan program pemindahan ilmu (KTP) Saintis Muda sempena Kem Tahfiz Hidayah 2026 pada 4 Jun 2026. Sasaran adalah kepada para peserta Kem Tahfiz Hidayah 2026. Tujuan program ini secara khusus adalah untuk anak-anak meneroka dunia sains dengan cara yang menyeronokkan secara eksperimen sebenar dengan letusan gunung berapi telah dipilih sebagai modul interaktif pembelajaran. Slot ini dimulakan dengan pengenalan, kejadian gunung berapi dalam Alquran oleh Prof Madya Dr Marlia Morsin. Slot eksperimen gunung berapi dikendalikan oleh 2 orang fasilitator, Cik Maizatul Azrina Yaakob , pegawai penyelidik I2E dan Puan Faezahana. Program berjalan dengan lancar dan moga program pemindahan ilmu dapat diteruskan di masa akan datang.
05/12/2025
Delegasi UTHM dan PRSB Mengadakan Kunjungan Kerja ke Hokkaido Universiti, Jepun
Events | 25–29 November 2025
Delegasi gabungan daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan pihak industri Petronas Research Sdn Bhd (PRSB) telah mengadakan kunjungan kerja ke Hokkaido University, Jepun bagi tujuan penanda aras dan pengukuhan kerjasama penyelidikan antarabangsa. Lawatan ini berlangsung dari 25 hingga 29 November 2025 dan melibatkan sesi libat sama bersama penyelidik dan pelajar dari Pusat Penyelidikan Shamsuddin – Mikroelektronik dan Nanoteknologi (MiNT-SRC), Institut Kejuruteraan Integrasi, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan. Bidang tumpuan lawatan adalah berkaitan teknologi plasma, bahan termaju dan tenaga. Disamping lawatan penyelidikan, delegasi ini diketuai oleh Prof. Dr. Nafarizal bin Nayan dari Pusat Pengurusan Penyelidikan, UTHM juga cuba mendapatkan peluang pendanaan geran penyelidikan antarbangsa.
Lawatan Akademik
1. Laboratory of Plasma Processing for Environmental Technology
Delegasi telah memulakan lawatan akademik ke Laboratory of Plasma Processing for Environmental Technology, Division of Quantum Science and Engineering, yang dipimpin oleh Prof. Koichi Sasaki. Makmal ini terkenal dengan kepakaran dalam teknologi plasma suhu rendah (low-temperature plasma) pada tekanan atmosfera yang diaplikasikan untuk rawatan air dan udara, pemprosesan bahan, surface modification serta penyelesaian berkaitan alam sekitar.
Sesi perbincangan turut memberi ruang kepada penerokaan potensi kerjasama dengan UTHM, khususnya dalam bidang diagnostik plasma, interaksi plasma–bahan, aplikasi pensterilan, agroteknologi serta inovasi tenaga berasaskan plasma.
2. Laboratory of Energy Media, Centre for Advanced Research of Energy & Materials
Lawatan kedua telah diadakan di bawah penyeliaan Prof. Takahiro Nomura. Fokus utama penyelidikan makmal ini merangkumi:
• pembangunan bahan penyimpan haba berkapasiti tinggi,
• bahan penyimpan dan pemisah oksigen,
• teknologi penghasilan besi berasaskan ammonia,
• sintesis bahan baharu melalui kaedah pembakaran (combustion method), dan
• reka bentuk sistem industri berkecekapan tinggi bagi meminimumkan pembaziran tenaga.
Perbincangan turut menyentuh peluang kolaborasi akademik–industri serta penyertaan bersama dalam projek penyelidikan masa hadapan.
Aktiviti Budaya
Sebagai sebahagian daripada pengisian lawatan, delegasi turut mengunjungi Otaru Music Box Museum bagi memahami sejarah, budaya dan warisan tempatan di wilayah Hokkaido.
Senarai Delegasi UTHM dan PRSB
• Prof. Dr. Nafarizal bin Nayan – Pengarah, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), UTHM & Penyelidik Utama MiNT-SRC, I2E, UTHM
• Dr. Noor Kamalia binti Abd Hamed – Pensyarah, Fakulti Teknologi Kejuruteraan, UTHM
• Dr. Riyaz Ahmad bin Mohamed Ali – Pensyarah, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, UTHM
• Dr. Zulkifli bin Azman – Pembantu Penyelidik, UTHM
• Ms. Natasya Salsabiila – Pelajar PhD, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, UTHM
• Dr. Jia Cherng Chong – Penyelidik, Petronas Research Sdn Bhd
Kunjungan kerja ini diharapkan dapat memperkukuh jaringan penyelidikan antarabangsa, meningkatkan keupayaan penyelidikan strategik UTHM-PRSB, serta membuka ruang kerjasama baharu antara UTHM dan Hokkaido University.
28/11/2025
Tahniah Team Integra X Five
28/11/2025
CONGRATULATION WORLD CHAMPION
🎉🥇 *Heartiest Congratulations to Malaysia’s Representative, Natasya Salsabiila!* 🇲🇾
We are proud to announce that *Natasya Salsabiila* has emerged as the *WORLD CHAMPION* of the *Young Persons’ World Lecture Competition (YPWLC) 2025*, organised by IOM3 at the world level!
This outstanding victory marks a remarkable achievement for Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) and for Malaysia on the global stage.
A special appreciation goes to *Prof. Madya Ts. Dr. Hamimah Binti Abd Rahman, Prof. Madya Ir. Dr. Sufizar Binti Ahmad, Prof. Dr. Nafarizal Bin Nayan*, and *Dr. Abdul Hakim bin Md Yusop (Chairperson, IMM MLC committee)* for their continuous guidance, encouragement, organizing and unwavering support throughout this journey.
✨ Your dedication, excellence, and commitment have made the nation proud. Congratulations once again on this extraordinary accomplishment!