02/09/2024
Happy anak² sambut Hari Merdeka.Mudah² mereka juga merdeka dari kejahilan dan kemungkaran.
Halaman ini adalah akses kepada AJK, Pengurus, Guru, Ibu Bapa pelajar serta masyarakat setempat yang
02/09/2024
Happy anak² sambut Hari Merdeka.Mudah² mereka juga merdeka dari kejahilan dan kemungkaran.
08/08/2023
Assalamualaikum.kepada penduduk yg berdekatan pendaftaran masuk anak berumur 4,5 dan 6 dibuka sekarang.
Boleh hubungi sy Cijgu Jamilah 010-983 2373 untuk keterangan lanjut
Pendaftaran dibuka skg untuk tahun 2022.Kami mengalu alukan kehadiran anda.
26/05/2021
Perkongsian ilmu Islam
Tajuk:
Peranan Ibu bapa dalam Islam,dalam mendidik anak.
Anak-anak merupakan aset Ibu bapa yang sangat bernilai. Mereka diibaratkan permata amat berharga yang dianugerahkan Allah kepada kita. Anak-anak juga merupakan faktor pendorong bagi Ibu bapa untuk masuk ke syurga sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis
“Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara: iaitu sedekah jariah, imu yang bermanfaat, anak yang soleh yang mendoakan untuknya”. (Riwayat Imam Muslim)
Anak-anak juga merupakan ujian dan mendidik mereka merupakan tanda pengabdian kita kepada Allah. Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam Surah al-Anfal ayat 27 & 28 yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui. Dan ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu), dan sesungguhnya Allah di sisi-Nya pahala yang besar”. (al-Anfal: 27-28)
Justeru, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak mereka dididik dengan ajaran Islam lebih-lebih lagi pada zaman yang penuh dengan cabaran dan mehnah ini ibu bapa perlu melaksanakan amanah yang diberikan dengan sebaiknya, walaupun sukar untuk melaksanakan proses didikan untuk anak-anak agar mereka patuh dan tunduk kepada Allah, tetapi setiap ibu bapa perlu sedar semua yang dilakukan itu dikira ibadat dan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah. Ibu bapa perlu menyiapkan bekalan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:
“Menuntut ilmu (agama) adalah fardhu ke atas setiap orang Islam”. (Riwayat Imam al-Baihaqi dan at-Thabrani dari Anas R.A dan al-Hasan bin Ali R.A)
Kita melihat hari ini ramai ibu-bapa mengabaikan pengajian ilmu agama kepada anak-anak mereka. Mereka sanggup menghabiskan wang yang banyak bagi memastikan anak-anak mereka cemerlang dalam akademik yang bersifat duniawi. Mereka tidak pernah risau anak-anak mereka jahil tentang ilmu ukhrawi kerana mereka menyangka ilmu dunia yang membantu anak-anak mereka untuk hidup di dunia ini. Sedangkan mereka tidak menyedari, ilmu agamalah yang sebenarnya memandu kehidupan anak-anak mereka sama ada di dunia mahupun di akhirat dan ilmu agama jugalah yang membimbing anak-anak mereka supaya mempelajari ilmu dunia agar lebih mendekatkan diri kepada Allah.
Akibat dari kecuaian ibu bapa, tidak hairanlah jika kita dapati hari ini ramai anak-anak orang Islam semakin liar, tidak menutup aurat dan mudah terjebak dengan maksiat dan kemungkaran. Lantas menggembirakan musuh-musuh Islam kerana umat Islam semakin lemah dan lalai akibat kebejatan sosial yang semakin parah. Sememangnya itu yang diimpikan dari puak musuh sebagaimana firman Allah S.W.T:
“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju kepadamu (Muhammad) sebelum engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah pertunjuk yang benar". Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka sesudah datangnya pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.”
(Surah al-Baqarah:120)
Selain itu ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak supaya sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain. Rasulullah S.A.W sendiri telah berpesan kepada kita supaya mengambil berat perihal solat anak-anak, sebagaimana sabda baginda S.A.W:
“Suruhlah anak kamu mengerjakan solat apabila ia telah berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika enggan mengerjakan solat sedangkan mereka telah berumur sepuluh tahun”.
(Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim dari Abdullah bin Amru r.a.)
Solat adalah tiang agama dan menunaikan solat bererti menegakkan agama, meninggalkannya bererti mengabaikan agama. Dalam pendidikan, solat mempunyai rahsia didikan yang amat hebat kepada anak-anak kita. Di samping mendidik anak-anak kita agar sentiasa ingat kepada Allah, solat menjadi benteng kepada mereka dari keruntuhan ahklak dan gejala sosial. Ini melihat kepada kekuatan yang ada pada solat dalam mencegah manusia dari melakukan dosa dan kemungkaran sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah S.W.T sendiri:
"“Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar”.
(al-Ankabut: 45)
Adalah mustahil jika kita hendak mengekori anak-anak kita ke mana saja mereka pergi untuk memastikan mereka berbuat baik di mana-mana sahaja mereka berada. Namun jika kita berjaya mendidik anak kita dengan solat sehingga solat itu melekat dalam jiwa mereka, yakinlah bahawa sekalipun tanpa kehadiran kita, mereka akan tetap istiqamah dengan kebaikan kerana solat akan membenteng mereka dari melakukan kejahatan dan maksiat.
Kesimp**annya, ibu bapa sememangnya memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa perlu sedar, anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkannya dengan corak yang berpaksikan ajaran agama sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:
"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, kedua orang tuanya yang menjadikannya sebagai Yahudi, Nashrani atau Majusi.."
(Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abi Hurairah)
Oleh itu, setiap ibu bapa perlu sedar akan peranan dan tanggungjawab mereka supaya generasi muda masa kini sentiasa hidup dalam keadaan tunduk dan patuh kepada pencipta-Nya serta tidak melanggar syariat-syariat yang ditetapkan agar keluarga muslim dapat diwujudkan seterusnya lahirlah masyarakat muslim dan seterusnya terbinanya negara yang mendapat keredhaan dan perlindungan Allah S.W.T.
Ustaz Asri B. Md Saman @ Osman
14/03/2021
Panas. Malam pun panas. Cuaca sehari dua ni lain macam panasnya. Mandi malam pun airnya suam panas. Tekak p**a rasa kering dan haus. Anda hadapi apa yang kami rasai?
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi menyatakan, Malaysia sedang mengalami cuaca panas untuk beberapa hari ini. Suhu boleh mencecah 36 darjah Celsius di sesetengah negeri.
Pastikan anda mengambil langkah pencegahan yang mencukupi. Banyakkan minum air, kurangkan aktiviti luar jika cuaca terlalu panas.
Di sini kami senaraikan perbezaan keletihan haba dan strok haba. Strok haba boleh berlaku jika anda mengalami keletihan haba pada waktu yang panjang. Jika anda mengalami gejala keletihan haba, pastikan anda mencegahnya daripada menjadi strok haba dengan mengamalkan seperti yang tertera di dalam infografik ini.
Simpan infografik ini atau share di profile anda. Jika kawan anda pengsan di waktu kepanasan ini, senang nak rujuk jika diperlukan nanti. Semoga membantu.
14/03/2021
DOA MOHON KESELAMATAN
بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
"Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat sesuatu pun dengan menyebut namaNya di bumi dan langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
[Riwayat Tarmizi, Ahmad Ibn Hibban]
Jom kita amalkan doa ini supaya kita dapat dihindari daripada wabak Covid-19 dan dapat diangkat wabak ini dari negara kita Malaysia. aminn
Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : – ‘ Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Harta yang paling mahal di dunia ialah meninggal kan anak yang soleh.
Ya Allah jadikan lah anak² di PASTI anak² yang soleh dan solehah.
22/02/2021
Pelajar Cemerlang FOKUS kepada kerja penting walaupun tidak seronok.
Pelajar lemah fokus kepada kerja seronok walaupun tidak penting.
| Monday | 08:00 - 12:00 |
| Tuesday | 08:00 - 12:00 |
| Wednesday | 08:00 - 12:00 |
| Thursday | 08:00 - 12:00 |
| Sunday | 08:00 - 12:00 |