SK Seri Jasa Sepakat

SK Seri Jasa Sepakat Kampung Batu Puteh, Simpang Lima, Batu Pahat, Johor
: PRIDE IN EXCELLENCE

Semakkan Permohonan Prasekolah Sesi 2027
05/08/2026

Semakkan Permohonan Prasekolah Sesi 2027

J-SAFE 2026: Cek beg anak, cegah risiko. Bersama wujudkan persekitaran sekolah yang selamat, kondusif dan sejahtera.
24/07/2026

J-SAFE 2026: Cek beg anak, cegah risiko. Bersama wujudkan persekitaran sekolah yang selamat, kondusif dan sejahtera.

J-SAFE 2026: Tiada kompromi dalam aspek keselamatan. Bersama-sama memperkukuh kawalan, pencegahan dan kerjasama demi mem...
24/07/2026

J-SAFE 2026: Tiada kompromi dalam aspek keselamatan. Bersama-sama memperkukuh kawalan, pencegahan dan kerjasama demi memastikan sekolah kekal selamat untuk semua.

πŸŽ’ CEK BEG ANAK, SEKOLAH LEBIH SELAMATπŸŽ’πŸ“’ Perhatian kepada semua ibu bapa dan penjaga murid SK Seri Jasa Sepakat.Marilah k...
23/07/2026

πŸŽ’ CEK BEG ANAK, SEKOLAH LEBIH SELAMATπŸŽ’

πŸ“’ Perhatian kepada semua ibu bapa dan penjaga murid SK Seri Jasa Sepakat.

Marilah kita bersama-sama menjayakan kempen "Cek Beg Anak, Sekolah Lebih Selamat" sebagai langkah proaktif dalam memastikan persekitaran sekolah sentiasa selamat, kondusif dan bebas daripada sebarang barang terlarang.

Sebelum anak hadir ke sekolah, luangkan sedikit masa untuk:
βœ… Membuka dan memeriksa beg bersama anak.
βœ… Memastikan hanya keperluan pembelajaran dibawa ke sekolah.
βœ… Memastikan tiada barang terlarang atau berbahaya berada di dalam beg.
βœ… Berbual dan mengingatkan anak tentang kepentingan menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan.

🀝 Kerjasama erat antara ibu bapa dan pihak sekolah merupakan kunci dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, harmoni dan sejahtera.

Luangkan 2 minit di rumah, demi keselamatan anak-anak di sekolah.

Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan semua.






ππ„πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π π‚π”π“πˆ π’π„πŒππ„ππ€ π‡π€π‘πˆ π‡πŽπ‹Dimaklumkan bahawa : πŸ—“Selasa, 21 Julai 2026 bersamaan 6 Safar 1447H merupakan Hari Hol N...
20/07/2026

ππ„πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π π‚π”π“πˆ π’π„πŒππ„ππ€ π‡π€π‘πˆ π‡πŽπ‹

Dimaklumkan bahawa :

πŸ—“Selasa, 21 Julai 2026 bersamaan 6 Safar 1447H

merupakan Hari Hol Negeri Johor bagi memperingati ulang tahun kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Sehubungan itu, sekolah SK Seri Jasa Sepakat akan bercuti pada tarikh tersebut dan sekolah akan beroperasi semula seperti biasa pada

πŸ—“Rabu , 22 Julai 2026

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah sebagai tanda ingatan dan penghormatan.

β€œSesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepadaNya kami kembali.”

Program Kem Bestari Solat tahap 2Hari     : SabtuTarikh  : 4 Julai 2026Tempat: Surau SK Seri Jasa Sepakat Alhamdulillah,...
16/07/2026

Program Kem Bestari Solat tahap 2
Hari : Sabtu
Tarikh : 4 Julai 2026
Tempat: Surau SK Seri Jasa Sepakat
Alhamdulillah, program Kem Bestari Solat telah berjaya dilaksanakan. Program ini bertujuan membimbing murid agar lebih memahami ibadah solat melalui aktiviti yang dilaksanakan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada guru-guru Panitia Pendidikan Islam serta murid yang telah memberi kerjasama dan komitmen sepanjang program berlangsung. Semoga ilmu yang diperoleh menjadi bekalan untuk menjadi anak yang mencintai agama.

πŸ“’ *MAKLUMAN CUTI PERISTIWA SEMPENA PRN JOHOR 2026* Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa *Isnin, 13 Jul...
12/07/2026

πŸ“’ *MAKLUMAN CUTI PERISTIWA SEMPENA PRN JOHOR 2026*

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa *Isnin, 13 Julai 2026* merupakan *Cuti Peristiwa sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.*

Sehubungan dengan itu, tiada sesi persekolahan pada tarikh tersebut. Sesi persekolahan akan disambung semula pada hari *Selasa, 14 Julai 2026* seperti biasa.

Mohon perhatian dan kerjasama semua ibu bapa/penjaga serta warga SK Seri Jasa Sepakat

Terima kasih.

Program Bento Sihat Prasekolah telah diadakan hari ini..πŸ˜πŸ‘
30/06/2026

Program Bento Sihat Prasekolah telah diadakan hari ini..πŸ˜πŸ‘

πŸ“’ MAKLUMAN KEPADA SEMUA IBU BAPA/PENJAGA SK SERI JASA SEPAKATAssalamualaikum dan salam sejahtera.Mohon kerjasama semua i...
21/06/2026

πŸ“’ MAKLUMAN KEPADA SEMUA IBU BAPA/PENJAGA SK SERI JASA SEPAKAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mohon kerjasama semua ibu bapa/penjaga untuk memastikan anak-anak hadir ke sekolah setiap hari kecuali mempunyai sebab yang munasabah.

Pihak sekolah akan mengambil tindakan terhadap murid yang ponteng mengikut Garis Panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagaimana yang ditunjukkan dalam poster di bawah.

Kehadiran yang konsisten bukan sahaja membantu kecemerlangan akademik, malah membentuk disiplin dan sahsiah murid.

❀️ Anak hadir ke sekolah hari ini, langkah menuju kejayaan pada masa hadapan.

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua ibu bapa/penjaga.



🌹 MAJLIS PERPISAHAN PN. SITI NURHERLINA BINTI MUHAMAD RUSLAN, PEMBANTU TADBIR SK SERI JASA SEPAKAT🌹Setiap pertemuan past...
16/06/2026

🌹 MAJLIS PERPISAHAN PN. SITI NURHERLINA BINTI MUHAMAD RUSLAN, PEMBANTU TADBIR SK SERI JASA SEPAKAT🌹

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, pengorbanan, komitmen serta dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat dari Mac 2016 sehingga Mei 2026 bersama warga sekolah.

Semoga segala kenangan indah yang tercipta akan terus terpahat dalam ingatan, dan semoga perjalanan baharu yang bakal ditempuhi dipermudahkan serta dipenuhi dengan kejayaan dan kebahagiaan.

Warga SK Seri Jasa Sepakat mengucapkan selamat maju jaya dan semoga terus cemerlang walau di mana jua berada.

"Jauh di mata, dekat di hati."

Address

Simpang Lima
Batu Pahat
83020

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Seri Jasa Sepakat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Seri Jasa Sepakat:

Shortcuts

Share

Category