SMK Dato' Syed Esa, Batu Pahat

SMK Dato' Syed Esa, Batu Pahat Laman Facebook rasmi SMK Dato' Syed Esa, Batu Pahat. Alamat: Peti Surat 32, Jalan Indah 83007 Batu Pahat, JohorTel: 07-4341448 / Fax: 07-4324279

Sejarah Sekolah Menengah Jalan Kolam Air, Batu Pahat bermula pada 8 Mei 1962. Pada mulanya, SMKA merupakan sebuah sekolah yang menumpang bangunannya di Sekolah Tinggi Batu Pahat , ketika itu ia dikenali sebagai Sekolah Lanjutan yang menampung pelajar-pelajar aliran Melayu dan Inggeris yang gagal masuk ke Sekolah Menengah melalui Sistem Peperiksaan Penilaian M.S.S.E.E (Peperiksaan Memasuki Sekolah Menengah). Apabila sistem peperiksaan MSSEE itu dimansuhkan pada tahun 1964 dengan sendirinya Sistem Sekolah Lanjutan juga terhapus, maka pelajar-pelajar lelaki dan aliran Melayu diserapkan ke SDBL, manakala pelajar perempuannya ke STA. Kepada mereka yang mengikuti aliran Inggeris meneruskan persekolahannya di sekolah ini yang telah diubah namanya kepada Secondary English School, Jalan Kluang, Batu Pahat, yang pada ketika itu menumpang p**a bangunannya di Sekolah Rendah Hwa Nan, Batu 3, Jalan Kluang, Batu Pahat. Tetapi pada tahun 1967 nama sekolah ini telah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Inggeris (2) dan berpindah menumpang di Sekolah Tinggi apabila sebuah sekolah baru didirikan di Jalan Kluang dengan nama Sekolah Menengah Rendah Inggeris (sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Munshi Sulaiman), ia menumpang p**a di situ. Setelah menumpang dibanyak bangunan sekolah lain termasuk juga di SDBL pada tahun 1970 maka mulai 1 Jun, 1973 Sekolah Menengah Inggeris (2) memulakan sejarah barunya dengan memulakan persekolahan di bangunan sendiri dengan nama barunya iaitu Sekolah Menengah Jalan Kolam Air, Batu Pahat. Pada ketika itu muridnya berjumlah 592 orang dengan 27 orang guru yang diketuai oleh Encik Gorbax Singh. Adalah diharapkan dengan kerja keras murid dan guru dan disokong penuh oleh semua pihak khususnya ibu bapa. Prestasi akademik juga ko kurikulum sekolah ini terus meningkat dari masa ke semasa. Pada hari ini, sekolah ini menampung seramai kira-kira 3000 murid dan 93 orang guru dengan kelas dari Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan Lima dalam dua sesi persekolahan pagi dan petang. Sekolah ini juga telah menampung pelajar Pendidikan Khas (Pekak dan Bisu) seramai kira-kira 20 orang pelajar dari Tingkatan 1,2,3 belajar di sekolah ini. Pelajar Rancangan Khas Agama dari Tingkatan 1 hingga 5 seramai 200 orang pelajar ditempatkan di Asrama Pusat SMKA. Sekolah ini akan terus memainkan peranannya sesuai dengan kehendak matlamat dan objektifnya yang telah ditentukan ke arah kecemerlangan pendidikan seluruhnya.

PERMOHONAN KE PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA DI INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIANhttp://apps.moe.gov.my/esptv/ILP_2013...
22/05/2013

PERMOHONAN KE PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA DI INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN

http://apps.moe.gov.my/esptv/ILP_2013/

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 5 & 6, Blok E14 Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya

22/05/2013
22/05/2013

Esok merupakan hari terakhir sekolah sebelum cuti sekolah penggal pertama. Pastikan anak-anak murid cikgu sekolah ya esok. Cikgu tunggu kalian !

03/01/2013

PERMOHONAN KE KOLEJ VOKASIONAL & SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TAHUN 2013

Makluman kepada semua calon PMR 2012 yang berminat untuk menyambung pembelajaran dalam bidang kemahiran dan vokasional. Boleh membuat permohonan di laman sesawang.
http://apps.moe.gov.my/esptv/2012_mohon/login.cfm

03/01/2013

Selama Berkhidmat untuk Negara buat bekas anak-anak pelajar SMK Dato' Syed Esa, Batu Pahat yang akan menjalani Latihan Khidmat Negara selama 3 bulan di kem masing-masing. Selamat Maju Jaya. Salam Gemilang !

03/01/2013

Esok merupakan hari terakhir orientasi bagi pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4. Pastkan anda hadir untuk mendapatkan maklumat lanjut pembahagian kelas bagi tingkatan 4 dan lain-lain.

03/01/2013

Selamat Datang sekali lagi untuk anak-anak didik baru SMK Dato' Syed Esa, Batu Pahat. Selamat Menuntut Ilmu di sini.

"You're The One Who Decide Your Future"

02/12/2012

Penjualan buku & alat tulis bagi pelajar tingkatan 2,3,4 & 5 tahun 2013:
Tingkatan 2 & 3: RM 35.60
Tingkatan 4 & 5: RM 28.40

Koperasi akan dibuka seminggu sebelum sesi persekolahan 2013 bermula. Tarikh akan diberitahu kemudian. Terima kasih.

20/11/2012

Permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik/ILKA bagi lepasan SPM,Asasi, Matrikulasi,STPM,STAM,Diploma atau SETARAF dengannya dan jualan No.Unik ID di BSN bagi Sesi Akademik 2013/2014 akan dibuka pada bulan Januari 2013.

http://upu.mohe.gov.my/

Permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik/ILKA bagi lepasan SPM,Asasi, Matrikulasi,STPM,STAM,Diploma atau SETARAF denganny...
20/11/2012

Permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik/ILKA bagi lepasan SPM,Asasi, Matrikulasi,STPM,STAM,Diploma atau SETARAF dengannya dan jualan No.Unik ID di BSN bagi Sesi Akademik 2013/2014 akan dibuka pada bulan Januari 2013.

http://upu.mohe.gov.my/

29/10/2012

Salam Gemilang !
Buat anak-anak didik yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada minggu hadapan. Kami guru-guru sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian. Lakukan yang terbaik. Ingatlah, kejayaan itu datang daripada insan biasa yang berusaha secara luar biasa !

Address

Batu Pahat
83000

Telephone

+6074341448

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Dato' Syed Esa, Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category