PPK UTHM

PPK UTHM 2023/2024

28 September 2026 | SESI AUDIT EKSA PEJABAT PENGURUSAN KUALITI (PPK)Pejabat Pengurusan Kualiti (PPK) telah menjalani ses...
28/09/2026

28 September 2026 | SESI AUDIT EKSA PEJABAT PENGURUSAN KUALITI (PPK)

Pejabat Pengurusan Kualiti (PPK) telah menjalani sesi Audit EKSA yang dilaksanakan oleh pasukan juruaudit terdiri daripada Puan Siti Hasnida binti Ahmad selaku Ketua Audit, Encik Farhan Haziq bin Ishak, Puan Sarinah binti Selamat dan Encik Ahmad Muaz Safuan bin Mohd Ali. Sesi audit turut disertai oleh Pengarah Pejabat Pengurusan Kualiti, Prof. Madya Ts. Dr. Musli bin Mohammad, bersama warga PPK.

Audit ini dilaksanakan bagi menilai tahap pelaksanaan dan pematuhan amalan EKSA serta mengenal pasti ruang penambahbaikan ke arah persekitaran kerja yang lebih kondusif, sistematik dan berkualiti.

PPK merakamkan penghargaan kepada pasukan juruaudit atas pandangan dan cadangan penambahbaikan yang diberikan serta kepada seluruh warga PPK atas kerjasama dan komitmen sepanjang sesi audit.

14 September 2026 | AUDIT INTEGRASI EKSA KOMPONEN D – PEJABAT PENGURUSAN KUALITI (PPK)Pejabat Pengurusan Kualiti (PPK) t...
28/09/2026

14 September 2026 | AUDIT INTEGRASI EKSA KOMPONEN D – PEJABAT PENGURUSAN KUALITI (PPK)

Pejabat Pengurusan Kualiti (PPK) telah diaudit bagi Audit Integrasi EKSA Komponen D oleh pasukan juruaudit daripada Pejabat Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (OSHE).

Pasukan audit diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Hazli bin Mazlan bersama Puan Munirah binti Mohd Yusof. Kehadiran pasukan juruaudit telah disambut oleh Pengarah PPK, Prof. Madya Ts. Dr. Musli bin Mohammad, bersama warga PPK.

Audit ini dilaksanakan bagi menilai tahap pematuhan dan pelaksanaan amalan EKSA di PPK serta mengenal pasti ruang penambahbaikan secara berterusan.

PPK merakamkan penghargaan kepada pasukan juruaudit OSHE atas pandangan dan cadangan penambahbaikan yang diberikan sepanjang sesi audit.

27 Ogos 2026 | MESYUARAT PEMBUKAAN  AUDIT DALAMAN KUALITI MS ISO 9001:2015 UTHM 2026Pejabat Pengurusan Kualiti (PPK), Un...
22/09/2026

27 Ogos 2026 | MESYUARAT PEMBUKAAN AUDIT DALAMAN KUALITI MS ISO 9001:2015 UTHM 2026

Pejabat Pengurusan Kualiti (PPK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah melaksanakan Mesyuarat Pembukaan Audit Dalaman Kualiti MS ISO 9001:2015 UTHM 2026 pada 27 Ogos 2026 bertempat di Dewan Jemaah, Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA).

Mesyuarat pembukaan ini menandakan bermulanya Program Audit Dalaman Kualiti UTHM 2026 yang akan dilaksanakan dari 27 Ogos hingga 12 Oktober 2026 berdasarkan Pelan Audit Dalaman Kualiti yang telah diluluskan oleh Wakil Pengurusan.

Program audit dalaman kualiti pada tahun ini turut dilaksanakan secara serentak bersama Audit Good Governance Rating (GGR) bagi menilai dan memastikan pelaksanaan sistem pengurusan serta tadbir urus universiti dilaksanakan secara teratur, berkesan dan selaras dengan keperluan yang ditetapkan.

Pelaksanaan audit ini melibatkan kerjasama dan komitmen daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTj) di UTHM bagi memastikan pematuhan terhadap keperluan MS ISO 9001:2015, di samping mengenal pasti ruang penambahbaikan secara berterusan.

Mesyuarat penutupan audit p**a akan diadakan setelah selesai keseluruhan proses audit bagi membentangkan hasil penemuan audit serta perkara-perkara berkaitan untuk tindakan dan penambahbaikan pihak yang berkaitan.

Diharapkan pelaksanaan Audit Dalaman Kualiti UTHM 2026 dapat terus memperkukuh budaya kualiti dan penambahbaikan berterusan dalam kalangan warga UTHM.

17 Ogos 2026 | KURSUS PENINGKATAN AMALAN EKSA DAN SISTEM AUDIT INTEGRASI EKSA TAHUN 2026Pejabat Pengurusan Kualiti (PPK)...
22/09/2026

17 Ogos 2026 | KURSUS PENINGKATAN AMALAN EKSA DAN SISTEM AUDIT INTEGRASI EKSA TAHUN 2026

Pejabat Pengurusan Kualiti (PPK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Kursus Peningkatan Amalan EKSA dan Sistem Audit Integrasi EKSA Tahun 2026 pada 17 Ogos 2026 bertempat di Dewan Kuliah 2, Blok B2, UTHM Kampus Parit Raja.

Kursus ini diadakan bagi meningkatkan kefahaman dan amalan warga UTHM berkaitan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) serta memberikan pendedahan mengenai pelaksanaan Sistem Audit Integrasi EKSA.

Sesi ini turut memberi penekanan kepada pemantapan amalan EKSA di PTj melalui perkongsian pengetahuan, penerangan berkaitan kriteria audit serta pemahaman terhadap kaedah pelaksanaan audit secara lebih sistematik dan berkesan.

Penganjuran kursus ini diharapkan dapat memperkukuh komitmen warga UTHM dalam membudayakan amalan EKSA, di samping memastikan persekitaran kerja yang bersih, kemas, selamat, kondusif dan berkualiti dapat dipertingkatkan secara berterusan.

✨ EKSA diperkasa, kualiti budaya kerja terus ditingkatkan ✨

3 Ogos 2026 (Selasa) | TAKLIMAT AUDIT DALAMAN KUALITI MS ISO 9001:2015 UTHM 2026Pejabat Pengurusan Kualiti (PPK), Univer...
22/09/2026

3 Ogos 2026 (Selasa) | TAKLIMAT AUDIT DALAMAN KUALITI MS ISO 9001:2015 UTHM 2026

Pejabat Pengurusan Kualiti (PPK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Taklimat bagi Penyelaras Kualiti PTj, Ketua dan Juruaudit berkaitan Audit Dalaman Kualiti MS ISO 9001:2015 UTHM 2026 pada 3 Ogos 2026 bertempat di Dewan Kuliah 2, Bangunan B2.

Taklimat ini diadakan bagi memberikan penerangan, penjelasan serta pemahaman terkini kepada para peserta berkaitan pelaksanaan Program Audit Dalaman Kualiti MS ISO 9001:2015 UTHM 2026 yang akan dilaksanakan secara bersemuka.

Program ini turut menjadi platform bagi memastikan Penyelaras Kualiti PTj, Ketua dan Juruaudit mempunyai kefahaman yang jelas mengenai peranan, tanggungjawab serta pelaksanaan audit dalaman kualiti, sekali gus menyokong kelancaran pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Universiti.

Diharapkan taklimat ini dapat memperkukuh kefahaman dan komitmen semua pihak dalam memastikan pelaksanaan audit dalaman kualiti UTHM berjalan dengan teratur serta berkesan.

✨ Komitmen bersama, kualiti diperkasa ✨

11 Ogos 2026 (Selasa) | LAWATAN PENANDA ARAS EKSA ILKKM (KEJURURAWATAN) BATU PAHAT KE UTHMUTHM telah menerima kunjungan ...
12/08/2026

11 Ogos 2026 (Selasa) | LAWATAN PENANDA ARAS EKSA ILKKM (KEJURURAWATAN) BATU PAHAT KE UTHM

UTHM telah menerima kunjungan seramai 25 orang delegasi daripada Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Kejururawatan Batu Pahat bagi program Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

Program dimulakan dengan sesi taklimat berkaitan pelaksanaan EKSA yang telah disampaikan oleh wakil daripada Pejabat Pengurusan Kualiti (PPK). Taklimat tersebut memberi pendedahan mengenai pelaksanaan EKSA di UTHM, amalan terbaik yang dilaksanakan serta pendekatan yang digunakan dalam membudayakan persekitaran kerja yang sistematik, kondusif dan berkualiti.

Delegasi kemudiannya dibawa mengadakan lawatan penanda aras ke Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA) dan Kolej Kediaman Tun Fatimah (KKTF) bagi melihat secara langsung pelaksanaan EKSA, pengurusan ruang kerja, sistem dokumentasi, inovasi serta amalan penambahbaikan berterusan yang dilaksanakan di lokasi berkenaan.

Semoga lawatan penanda aras ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua institusi melalui perkongsian amalan terbaik dan pengalaman dalam pelaksanaan EKSA. Diharapkan program ini dapat memperkukuh hubungan kerjasama strategik, menyemarakkan budaya penambahbaikan berterusan serta menyokong usaha mewujudkan persekitaran kerja yang cemerlang, kondusif dan berkualiti.

6 Ogos 2026 (Khamis) | UTHM CEMERLANG DI KONVENSYEN HORIZON BAHARU KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) PERINGKAT KEBANGS...
07/08/2026

6 Ogos 2026 (Khamis) | UTHM CEMERLANG DI KONVENSYEN HORIZON BAHARU KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) PERINGKAT KEBANGSAAN

UTHM telah menyertai Konvensyen Horizon Baharu Kump**an Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 4 hingga 6 Ogos 2026.

Penyertaan UTHM dalam konvensyen ini telah diselaraskan oleh Pejabat Pengurusan Kualiti yang bertanggungjawab menyelaras persediaan dan penyertaan kontinjen UTHM sepanjang program berlangsung. UTHM telah menghantar dua kump**an bagi mewakili universiti iaitu INOCEDS dan eNCORe untuk bertanding dalam kategori yang dipertandingkan.

Penyertaan kedua-dua kump**an telah membuahkan hasil yang membanggakan apabila berjaya merangkul anugerah di peringkat kebangsaan. Pasukan INOCEDS telah menerima Anugerah Inovasi Harapan bagi Kategori Inovasi Sosial (Penciptaan), manakala pasukan eNCORe berjaya meraih Johan Kategori Inovasi Sosial (Penciptaan).

Lebih membanggakan, pasukan eNCORe turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Terbaik Keseluruhan Kategori Inovasi Sosial, sekali gus mengharumkan nama UTHM di pentas kebangsaan.

Kejayaan ini mencerminkan komitmen warga UTHM dalam membudayakan inovasi, kreativiti dan penambahbaikan berterusan. Pencapaian ini diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada seluruh warga universiti untuk terus menghasilkan inovasi yang berimpak tinggi serta menyumbang kepada kecemerlangan organisasi dan masyarakat.

29 Julai 2026 (Rabu) | MAJLIS PELANCARAN WALKABOUT DAN GOTONG-ROYONG EKSA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA TAHUN 2026...
04/08/2026

29 Julai 2026 (Rabu) | MAJLIS PELANCARAN WALKABOUT DAN GOTONG-ROYONG EKSA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA TAHUN 2026

Pejabat Pengurusan Kualiti telah menganjurkan Majlis Pelancaran Walkabout EKSA UTHM 2026. Sebelum pelancaran program tersebut, sesi Walkabout telah dilaksanakan di beberapa lokasi terpilih iaitu Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTV), Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (FKAAB). Sesi ini bertujuan meninjau dan menilai tahap pelaksanaan EKSA di PTj yang terlibat serta mengenal pasti kekuatan dan peluang penambahbaikan bagi memperkukuh pembudayaan EKSA di UTHM.

Susulan daripada sesi walkabout tersebut, Majlis Pelancaran Walkabout EKSA UTHM 2026 telah diadakan di Dewan Banquet, Dewan Sultan Ibrahim, UTHM dan telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ibrahim bin Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Majlis turut diserikan lagi dengan gimik pelancaran “Touch Map Zon EKSA UTHM” sebagai simbolik komitmen universiti dalam memperkasakan pelaksanaan EKSA secara menyeluruh.

Selain itu, majlis turut menyaksikan penyampaian sijil penghargaan dan replika cek kepada para pemenang Pertandingan Kaizen Bulanan sebagai pengiktirafan terhadap usaha dan komitmen PTj dalam melaksanakan amalan penambahbaikan berterusan.
Program ini berjaya meningkatkan kesedaran warga universiti terhadap kepentingan EKSA, menggalakkan budaya penambahbaikan berterusan serta memperkukuh komitmen PTj dalam mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, kemas, selamat dan kondusif selaras dengan aspirasi kecemerlangan UTHM.

16 Julai 2026 (Khamis) | TAKLIMAT MYPORTFOLIO BERSAMA FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK Satu Taklimat MyPortf...
04/08/2026

16 Julai 2026 (Khamis) | TAKLIMAT MYPORTFOLIO BERSAMA FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

Satu Taklimat MyPortfolio telah diadakan bersama warga Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE). Taklimat ini telah disampaikan oleh Ts. Ng Wee Fern, Ketua Bahagian Peningkatan Kualiti, Pejabat Pengurusan Kualiti (PPK).

Sesi perkongsian ini bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman peserta mengenai penyediaan, pengemaskinian serta penggunaan MyPortfolio sebagai dokumen rujukan utama dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab. Peserta turut diberi penerangan mengenai kepentingan MyPortfolio dalam memperjelaskan fungsi, akauntabiliti dan skop tugas setiap jawatan di samping menyokong pengurusan kerja yang lebih sistematik dan teratur.

Melalui taklimat ini, peserta memperoleh pemahaman yang lebih jelas mengenai penyediaan dan penggunaan MyPortfolio serta kepentingannya dalam memperkukuh tadbir urus organisasi. Taklimat ini diharapkan dapat membantu meningkatkan kecekapan pengurusan dokumentasi kerja, memperjelaskan peranan warga kerja serta menyokong pelaksanaan sistem pengurusan kualiti yang berkesan di UTHM.

14 & 15 Julai 2026 (Selasa & Rabu) | KURSUS JURUAUDIT DALAMAN ISO 9001:2015Pejabat Pengurusan Kualiti telah menganjurkan...
04/08/2026

14 & 15 Julai 2026 (Selasa & Rabu) | KURSUS JURUAUDIT DALAMAN ISO 9001:2015

Pejabat Pengurusan Kualiti telah menganjurkan Kursus Juruaudit Dalaman ISO 9001:2015 yang berlangsung di Bilik Lestari 1, Aras 3, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM. Kursus ini telah dihadiri oleh para penyelaras kualiti daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTj) di UTHM.

Kursus ini telah disampaikan oleh Dr. Edly Ramly, Felo Persatuan Pengurusan Operasi dan Kejuruteraan Industri. Penganjuran kursus ini bertujuan memberi pendedahan, latihan serta meningkatkan kecekapan peserta dalam penyediaan dokumentasi dan pelaksanaan audit dalaman berdasarkan keperluan piawaian ISO 9001:2015.

Sepanjang kursus berlangsung, peserta didedahkan dengan prinsip-prinsip audit, kaedah pelaksanaan audit dalaman yang berkesan serta teknik mengenal pasti ketidakpatuhan dan peluang penambahbaikan dalam sistem pengurusan kualiti. Selain itu, peserta turut berpeluang meningkatkan kefahaman mengenai peranan dan tanggungjawab juruaudit dalaman dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di PTj masing-masing.

Melalui kursus ini, peserta diharapkan dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh bagi memperkukuh pelaksanaan audit dalaman serta menyokong usaha penambahbaikan berterusan dalam sistem pengurusan kualiti di UTHM.

Address

Parit Raja
Batu Pahat

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPK UTHM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PPK UTHM:

Shortcuts

Share