SK Parit Sulong

SK Parit Sulong Berilmu Berbudi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera... Media Sosial dan Pengaruh Negatif: Benteng Diri Anda Media sosial itu alat, jan...
04/08/2026

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Media Sosial dan Pengaruh Negatif: Benteng Diri Anda

Media sosial itu alat, jangan biarkan ia menjadi jerat. Jadilah pengguna yang bijak.

Berikan tanda s**a sebagai sokongan kepada Izz Qisya Ariana sebagai peserta SLAD-j SK Parit Sulong 2026..

Terima kasih..🩷

Assalamualaikum dan selamat sejahtera... V**e Bukan Trend, Ia PerangkapJom pilih kesihatan dan tinggalkan perangkap mode...
04/08/2026

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

V**e Bukan Trend, Ia Perangkap

Jom pilih kesihatan dan tinggalkan perangkap moden..Trend akan berlalu, tapi kerosakan paru-paru kekal seumur hidup..

Berikan tanda s**a sebagai sokongan kepada Izz Qisya Ariana sebagai peserta SLAD-j SK Parit Sulong 2026..

Terima kasih..🩷

20/03/2026

πŸŒ™βœ¨ Salam Aidilfitri 1447H βœ¨πŸŒ™

Syawal yang dinanti akhirnya menjelma, membawa sinar kegembiraan, mengeratkan silaturahim dan menyemai kasih sayang sesama insan. Semoga hari yang mulia ini disambut dengan penuh keceriaan, senyuman yang tidak lekang, serta hati yang dipenuhi rasa syukur dan keinsafan.

Raikan kemenangan ini dengan berkongsi rezeki, menghulur kemaafan dan memperkukuh hubungan kekeluargaan. Moga setiap langkah kita di bulan Syawal ini diberkati dan dirahmati.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua murid, ibu bapa serta ahli-ahli komuniti yang dihormati.

Ikhlas daripada seluruh warga pendidik SK Parit Sulong.


🌟🌟🌟🌟 Sambil-sambil menyediakan persiapan raya tu, apa kata kita tonton sebuah drama pendek sempena Hari Raya Aidilfitri ...
18/03/2026

🌟🌟🌟🌟 Sambil-sambil menyediakan persiapan raya tu, apa kata kita tonton sebuah drama pendek sempena Hari Raya Aidilfitri yang diterbitkan oleh TV PSS SK Parit Sulong.

Drama ini dilakonkan oleh bakat-bakat pelbagai generasi di SKPS. Semoga terhibur 🀩🀩🀩

πŸŒ™πŸŒ™πŸŒ™ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI SELURUH WARGA SK PARIT SULONG πŸŒ™πŸŒ™πŸŒ™..............................

DRAMA RAYA 4 GENERASI: GEN X | GEN Y | GEN Z | GEN ALPHA

DRAMA RAYA 4 GENERASI: GEN X | GEN Y | GEN Z | GEN ALPHATERBITAN: TV PSS SK PARIT SULONGPERTANDINGAN "DRAMA PENDEK AIDILFITRI 2026"ANJURAN PERSATUAN GURU BES...

08/02/2026

MAJLIS PENUTUP PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2026πŸŽ‰πŸ’

Senyuman ceria dan wajah penuh keyakinan menghiasi Dewan Dato' Zulkurnain 😊

Pada 6 Februari 2026, telah berlangsung Majlis Penutup Program Transisi Tahun 1 yang diraikan dalam suasana santai dan penuh kegembiraan. Majlis ini diadakan bagi meraikan kejayaan murid-murid Tahun 1 yang telah berjaya menamatkan Fasa Penyesuaian dan Fasa Kesediaan dengan cemerlang sepanjang tempoh program berlangsung.

Sepanjang program ini, murid-murid bukan sahaja belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, malah semakin berani, ceria dan yakin untuk melangkah sebagai warga sekolah yang baharu. Majlis penutup ini turut bertujuan menanam rasa bangga dan gembira dalam diri murid terhadap identiti mereka sebagai sebahagian daripada keluarga besar sekolah.

Bakat - bakat cilik murid Tahun 1 telah mewarnai majlis dengan pelbagai persembahan yang menarik.πŸ₯°

Kemuncak majlis diserikan dengan penyampaian hadiah kepada murid-murid yang berjaya dalam pelbagai pertandingan sepanjang program Transisi diadakan.Pengiktirafan ini diharapkan dapat menjadi pembakar semangat untuk murid terus berdisiplin dan berkelakuan baik dalam perjalanan pendidikan mereka.

Tahniah dan syabas kepada semua murid Tahun 1! Terima kasih juga kepada barisan guru serta ibu bapa atas sokongan dan kerjasama yang padu. Semoga langkah awal ini menjadi permulaan yang indah dalam dunia persekolahan anak-anak kita 🌈πŸ₯°

Langkah demi langkah, semangat terus membara! πŸƒβ€β™‚οΈπŸ”₯Kejohanan Merentas Desa Peringkat SK Parit Sulong telah berlangsung d...
22/01/2026

Langkah demi langkah, semangat terus membara! πŸƒβ€β™‚οΈπŸ”₯

Kejohanan Merentas Desa Peringkat SK Parit Sulong telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Januari 2026, bermula dan berakhir di Mini Stadium Parit Sulong. Program tahunan ini menyaksikan penyertaan penuh semangat daripada murid-murid yang berani mencabar keupayaan diri dalam suasana penuh keceriaan dan kes**anan.

Penganjuran kejohanan ini bertujuan membina kecerdasan fizikal dan mental, di samping mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan murid. Melalui acara ini juga, bakat-bakat s**an dapat dicungkil secara tidak langsung, sejajar dengan usaha sekolah melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan sahsiah.

Bukan sekadar larian, kejohanan ini turut menjadi medan mengukuhkan semangat kerjasama, disiplin diri serta keyakinan pelajar. Setiap rumah s**an bersaing secara sihat untuk mengumpul mata, menjadikan acara ini lebih bermakna dan dinanti-nantikan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid atas komitmen yang ditunjukkan, serta jutaan terima kasih kepada barisan guru, barisan PIBG SK Parit Sulong, para s**arelawan ibu bapa dan warga sekolah yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran program ini πŸ‘
Semoga semangat ini terus kekal dalam setiap langkah anak-anak SK Parit Sulong!

πŸ”ŠπŸ”ŠπŸ”Š MAKLUMAN KEPADA SELURUH WARGA SK PARIT SULONG SEMPENA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI 2026 πŸ”ŠπŸ”ŠπŸ”ŠπŸŒŸπŸŒŸ Tatacara pemakaian murid min...
10/01/2026

πŸ”ŠπŸ”ŠπŸ”Š MAKLUMAN KEPADA SELURUH WARGA SK PARIT SULONG SEMPENA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI 2026 πŸ”ŠπŸ”ŠπŸ”Š

🌟🌟 Tatacara pemakaian murid minggu pertama persekolahan (12-16 Januari 2026)

πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰ SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2026 KEPADA SEMUA πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰
10/01/2026

πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰ SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2026 KEPADA SEMUA πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰

08/01/2026

PROGRAM POTONG RAMBUT PERCUMA DI PEJABAT ADUN SERI MEDAN (BERSEBELAHAN PEJABAT POS PARIT SULONG) BERMULA JAM 9.00 PAGI (08/01/2026).
JANGAN LEPASKAN PELUANG!!

πŸ•‹πŸ•‹ PROGRAM UMRAH CILIK SK PARIT SULONG πŸ•‹πŸ•‹πŸ•°οΈ8.00 PAGIπŸ“… 11 DISEMBER 2025 / KHAMISπŸ“DEWAN TERBUKA SK PARIT SULONG🌟🌟 Anjuran ...
11/12/2025

πŸ•‹πŸ•‹ PROGRAM UMRAH CILIK SK PARIT SULONG πŸ•‹πŸ•‹

πŸ•°οΈ8.00 PAGI
πŸ“… 11 DISEMBER 2025 / KHAMIS
πŸ“DEWAN TERBUKA SK PARIT SULONG

🌟🌟 Anjuran PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
dengan kerjasama ANDALUSIA TRAVEL & TOURS CAWANGAN BATU PAHAT 🌟🌟

Address

Batu Pahat

Telephone

+6074186814

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Parit Sulong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Parit Sulong:

Shortcuts

Share

Category