11/06/2026
[๐๐๐๐๐ ๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ง๐๐ญ๐ข๐จ๐ง๐๐ฅ ๐๐จ๐ฅ๐ฎ๐ง๐ญ๐๐๐ซ๐ข๐ง๐ ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ๐ฆ๐ ๐.๐]
Pusat Pembangunan Pelajar (PBP) UTHM dan seluruh warga UTHM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada tiga orang mahasiswa antarabangsa UTHM yang telah terpilih untuk menyertai ๐๐๐๐๐ ๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ง๐๐ญ๐ข๐จ๐ง๐๐ฅ ๐๐จ๐ฅ๐ฎ๐ง๐ญ๐๐๐ซ๐ข๐ง๐ ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ๐ฆ๐ ๐.๐ yang berlangsung pada 21 hingga 25 Mei 2026 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), serta di Kampung Sungai Bogak dan Kampung Batu 3, Bagan Serai, Perak.
Delegasi UTHM terdiri daripada:
โข ๐๐๐ฌ๐ฎ๐ซ๐๐๐๐ง ๐๐จ๐ก๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐ฃ๐ข (๐
๐๐๐๐)
โข ๐๐ฒ๐๐ข๐๐ง๐ ๐๐ฎ๐ญ๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐ ๐๐ก๐๐ณ๐๐ฅ๐ข (๐
๐๐๐๐)
โข ๐๐ก๐ฆ๐๐ ๐๐จ๐ก๐๐ฆ๐๐ ๐๐ฎ๐ฌ๐ฌ๐๐ข๐ง (๐
๐๐๐)
Program ini menghimpunkan mahasiswa antarabangsa daripada 20 buah negara yang sedang menuntut di pelbagai institusi pengajian tinggi di Malaysia, antaranya Multimedia University (MMU), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Program ini turut melibatkan delegasi khas dari Universitas Islam Negeri Sultan Maulana Hasanuddin, Banten, Indonesia.
Penganjuran program ini bertujuan memupuk semangat kesukarelawanan, mengeratkan hubungan silaturahim serta membuka ruang kepada perkongsian budaya antara peserta tempatan dan antarabangsa. Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk khidmat masyarakat, penginapan bersama keluarga angkat serta kenduri rakyat yang menyemarakkan semangat kebersamaan dalam komuniti.
PBP UTHM amat berbangga dengan komitmen, dedikasi dan semangat kesukarelawanan yang ditunjukkan oleh para mahasiswa sepanjang program berlangsung. Diharapkan pengalaman dan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam melaksanakan lebih banyak aktiviti kesukarelawanan pada masa hadapan, sekali gus memberi impak positif kepada masyarakat dan komuniti yang memerlukan.
Syabas dan tahniah diucapkan!
Teruskan menyemarakkan semangat kesukarelawanan demi kesejahteraan masyarakat dan negara.