Maahad Pondok Tahfiz Darul Hikmah

Maahad Pondok Tahfiz Darul Hikmah Pusat Pengajian dan Hafazan Al Quran khas untuk pelajar perempuan di Batu Pahat Johor.

🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-69 🇲🇾31 Ogos 2026Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita, menyemai rasa...
31/08/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-69 🇲🇾
31 Ogos 2026
Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita, menyemai rasa syukur dan cinta kepada tanah air.
“Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni, Negara Harmoni.”
🇲🇾 Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾
Daripada
Maahad Pondok Tahfiz Darul Hikmah
Membina Generasi Al-Quran Yang Berilmu, Beriman dan Beramal

Alhamdulillah syukur Anak2 berkesempatan menghadiri majlis Maulidur Rasul Anjuran guru Al-Quran Dun Parit Raja.Semoga se...
26/08/2026

Alhamdulillah syukur Anak2 berkesempatan menghadiri majlis Maulidur Rasul Anjuran guru Al-Quran Dun Parit Raja.
Semoga segala ilmu yang diperolehi dapat di Amalkan.

Sempat bergambar dengan YB.

Assalamualaikum wbt Buat pertama kalinya Mptdh membuka peluang kepada semua anak perempuan antara 5-15 tahun untuk menye...
25/08/2026

Assalamualaikum wbt
Buat pertama kalinya Mptdh membuka peluang kepada semua anak perempuan antara 5-15 tahun untuk menyertai program yang akan dijalankan di madrasah bersama pelajar tahfiz .

Sekiranya berminat sila hubungi nombor yang tertera di poster. Marilah menguar-uarkan poster ini supaya mendapat manfaat bersama.

21/08/2026

Assalamualaikum.
Salam jumaat.

Update terkini surau.

Kami warga Mptdh mengucap kan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih tidak terhingga buat yang menyumbang dari pelbagai sudut bagi menyiapkan surau dan juga segala kelengkapan untuk kegunaan pelajar Maahad.

Alhamdulillah.
21 ogos 2026
8 Rabiulawal 1448h

SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِاللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد ﷺMaahad Pondok Tahfiz Dar...
16/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد ﷺ

Maahad Pondok Tahfiz Darul Hikmah mengucapkan Salam Maulidur Rasul ﷺ kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat serta meneladani akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ dalam kehidupan seharian.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ﷺ terus subur dalam hati dan menjadi asbab kita mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak.

“Membina Generasi Al-Quran Yang Berilmu, Beriman dan Beramal.”

Salam Maulidur Rasul
1448H / 2026M
Ikhlas daripada seluruh warga Maahad Pondok Tahfiz Darul Hikmah

Tahniah buat Muna Aisyah atas tamatnya khidmat 6 bulan.Semoga setiap pengorbanan, kesabaran dan ketaatan sepanjang berkh...
25/05/2026

Tahniah buat Muna Aisyah atas tamatnya khidmat 6 bulan.
Semoga setiap pengorbanan, kesabaran dan ketaatan sepanjang berkhidmat menjadi amal yang diberkati Allah.
Teruskan melangkah dengan ilmu, adab dan semangat yang baik.
Semoga lebih berjaya pada masa akan datang, dipermudahkan segala urusan serta sentiasa berada dalam rahmat dan redha Allah. 🤍

26/04/2026

Alhamdulillah… satu fasa telah selesai.
Ummu Sumayyah,
tamat sudah khidmat 6 bulan di MPTDH.

Bukan tempoh yang singkat,
tetapi cukup panjang untuk membentuk sabar,
mengajar erti taat,
dan mendidik jiwa menjadi lebih kuat.
Setiap langkahmu bukan mudah,
namun engkau memilih untuk terus bertahan—
dalam diam, dalam lelah,
demi amanah yang dipikul dengan penuh keikhlasan.
Taatmu pada peraturan,
patuhmu pada didikan,
bukan sekadar dilihat manusia…
tetapi insyaAllah dinilai tinggi di sisi Allah.

Semoga setiap langkah yang telah dilalui
menjadi asbab keredhaan Allah,
kerana taatmu itu lahir dalam keredhaan semua pihak.
Teruskan melangkah…
membawa ilmu, adab dan kenangan madrasah
ke mana jua destinasi selepas ini.
Barakallahu fiik, Ummu Sumayyah.

Setinggi tinggi penghargaan kepada semua.Alhamdulillah, sepanjang Ramadhan ini begitu banyak kebaikan yang Allah gerakka...
13/03/2026

Setinggi tinggi penghargaan kepada semua.
Alhamdulillah, sepanjang Ramadhan ini begitu banyak kebaikan yang Allah gerakkan melalui hati-hati yang pemurah.
Pihak warga MPTDH dengan penuh rasa syukur dan rendah hati merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang makanan serta berinfaq sepanjang bulan Ramadhan ini. Setiap hidangan yang sampai, setiap sumbangan yang diberikan, bukan sekadar mengenyangkan perut, tetapi menjadi tanda kasih, keprihatinan dan sokongan tuan puan terhadap perjuangan ilmu.
Sesungguhnya kami menyedari, mungkin nilainya pada pandangan manusia tidak besar, namun di sisi Allah ia adalah amal yang sangat bernilai apabila dilakukan dengan penuh keikhlasan.
Semoga Allah SWT menerima setiap sumbangan sebagai amal soleh, melimpahkan keberkatan dalam rezeki para penyumbang, menggandakan pahala, serta menjadikannya saham akhirat yang terus mengalir pahalanya.
Bagi yang masih ingin berkongsi rezeki, sumbangan untuk kegunaan semasa pihak MPTDH masih dibuka dan amat dialu-alukan. Mudah-mudahan setiap kebaikan yang diberikan menjadi asbab keberkatan hidup di dunia dan keselamatan di akhirat.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada kebaikan Ramadhan bersama kami.
Semoga Allah membalas segala kebaikan dengan sebaik-baik ganjaran. 🤲🏻✨

Sekalung PenghargaanDengan penuh rasa syukur dan rendah hati, pihak Maahad Pondok Tahfiz Darul Hikmah merakamkan setingg...
06/03/2026

Sekalung Penghargaan
Dengan penuh rasa syukur dan rendah hati, pihak Maahad Pondok Tahfiz Darul Hikmah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pelajar kami:
Nur Fasiha Binti Ahmad Sa’id
atas kejayaan menyempurnakan Imtihan Syahadah 30 Juz.
Bagi seorang guru, setiap perjalanan anak didik menghafaz Al-Quran bukan sekadar tentang hafalan ayat demi ayat. Ia adalah perjalanan sabar, air mata, keletihan, bangun dan jatuh, serta doa yang tidak pernah putus. Setiap kali melihat anak didik berdiri untuk diuji dengan kalam Allah, hati guru sentiasa berdoa agar Allah memandang usaha itu dengan rahmat-Nya.
Sesungguhnya apa yang kita saksikan hari ini bukan hanya hasil usaha semata-mata, tetapi juga perancangan Allah yang penuh hikmah. Allah memilih hati-hati tertentu untuk memikul amanah Al-Quran, dan itulah kemuliaan yang tidak semua orang dipilih untuk merasainya.
Sebagai guru, tiada yang lebih membahagiakan selain melihat anak didik melangkah satu demi satu dalam menjaga kalam Allah. Semoga hafazan ini menjadi cahaya dalam kehidupan, penenang di dalam hati, dan syafaat di akhirat kelak.
Doa kami, semoga Allah terus memelihara hafazan ini, memberkati perjalanan ilmu ini, dan menjadikan Al-Quran sebagai sahabat yang tidak pernah terpisah sepanjang hayat.
Tahniah dan syabas. Semoga langkah ini menjadi permulaan kepada perjalanan yang lebih besar dalam khidmat kepada Al-Quran.

Salam nuzul Quran

Salam  1Ramadhan1447
19/02/2026

Salam 1Ramadhan1447

Address

T/L7/9 Kampung Parit Kaspan, Parit Raja
Batu Pahat

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Pondok Tahfiz Darul Hikmah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Pondok Tahfiz Darul Hikmah:

Shortcuts

Share