Sekolah Rendah Islam Hidayah Pasirris Batu Pahat

Sekolah Rendah Islam Hidayah Pasirris Batu Pahat Ini adalah page bagi Sekolah Rendah Islam Hidayah cawangan Batu Pahat setelah hampir 30 tahun Sekolah Rendah Islam Hidayah Johor Bahru dibangunkan.

Kod KPM : JJAA002
Kod JAKIM : JJJ0004
Kod Pusat UPKK : J03113

Sekiranya mahu mendaftar sila tekan link ini, https://my20.awfatech.com/main/appsps/stureg/stureg_status.php?sysapp=hidayahjb&fbclid=IwVERDUAT3bvJwZG9mBWV4dG4DYWVtAjEwAHNydGMGYXBwX2lkDDM1MDY4N

Program tarbiah setiap minggu.
25/09/2026

Program tarbiah setiap minggu.

πŸ† OIC’26 | TAHNIAH BUAT SEMUA PESERTA!Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas usaha, komitmen dan semangat yang t...
23/09/2026

πŸ† OIC’26 | TAHNIAH BUAT SEMUA PESERTA!

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas usaha, komitmen dan semangat yang telah ditunjukkan oleh semua peserta OIC’26.

Antara acara yang telah disertai:

🏹 1. Memanah Formasi Banat
https://www.youtube.com/watch?v=PeiHSMMq67E

🍳 2. Masakan Kreatif Aulad
πŸ… Tempat Ke-4
https://youtu.be/fmb20fKzIis?si=7C6cH0YcHqRC3aiy

🏹 3. Memanah Formasi Aulad
https://www.youtube.com/watch?v=r3hkfYAJY6k

🍎 4. Gubahan Buah (Lelaki)
https://youtu.be/YrLoqwb8kgI?si=_98__AJTeP9Vwfuv

β›Ί 5. Based (Lelaki)
https://youtu.be/gQVdPaaFgl8?si=N316Vum9Fww9ZCCu

πŸ’ 6. Gubahan Bunga (Banat)
https://youtu.be/2n0Qex0p8nA?si=dJjs_rh0o2R-vu46

β›Ί 7. Based (Perempuan)
https://www.youtube.com/watch?v=5LJshYkxj1Y

πŸͺ’ 8. Ikatan (Lelaki)
https://youtu.be/md09qmJB1a0?si=bZJwrW2u5q9NO6O8

Alhamdulillah, tahniah dan syabas buat semua peserta, guru pembimbing serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Setiap penyertaan adalah satu pengalaman, setiap usaha adalah satu pembelajaran, dan setiap langkah adalah sebahagian daripada perjalanan membina potensi anak-anak. πŸ’ͺ🏻✨

Teruskan berusaha dan teruskan mengharumkan nama sekolah.

Barakallahu fikum! 🀲🏻

Penyampaian hadiah unit Kokurikulum.1) Penyerahan Sijil Sarjan TKRSM2) Taekwondo3) Kawad kaki
21/09/2026

Penyampaian hadiah unit Kokurikulum.

1) Penyerahan Sijil Sarjan TKRSM
2) Taekwondo
3) Kawad kaki

Sedang berlangsung Ujian Akhir Sesi Akademik 2026 bagi tahun 3 hingga tahun 6.Didoakan kejayaan dan dipermudahkan untuk ...
21/09/2026

Sedang berlangsung Ujian Akhir Sesi Akademik 2026 bagi tahun 3 hingga tahun 6.

Didoakan kejayaan dan dipermudahkan untuk menjawab.

Ψ§Ω„Ω„Ω‡ يفΨͺΨ­ ΨΉΩ„ΩŠΩƒΩ…!

Penyampaian Hadiah Puasa Sunat 4 dan 5 serta Mentee terbaik bulan 7 dan 8.
18/09/2026

Penyampaian Hadiah Puasa Sunat 4 dan 5 serta Mentee terbaik bulan 7 dan 8.

πŸ“ SESI VERIFIKASI STANDARD KUALITI INSTITUT PENDIDIKAN SWASTA (SKIPS)Alhamdulillah, Sekolah Rendah Islam Hidayah Batu Pa...
14/09/2026

πŸ“ SESI VERIFIKASI STANDARD KUALITI INSTITUT PENDIDIKAN SWASTA (SKIPS)

Alhamdulillah, Sekolah Rendah Islam Hidayah Batu Pahat (SRIHBP) telah menerima kunjungan pegawai verifikasi daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat (PPD BP) bagi pelaksanaan Verifikasi Standard Kualiti Institut Pendidikan Swasta (SKIPS), Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sesi verifikasi ini merupakan antara usaha penting dalam memastikan pengurusan dan pengoperasian institusi pendidikan swasta sentiasa memenuhi standard serta kualiti yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

πŸ”– Pegawai verifikasi yang hadir ialah:

β–ͺ️ Tn. Haji Mohd Irsham bin Takril
Penolong Pengarah, Unit Bahagian Swasta
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

β–ͺ️ En. Syfulnizan bin A. Rahman
Penolong Pengarah, Unit Bahagian Swasta
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

β–ͺ️ Pn. Nurhashila
Penolong Pegawai, Unit Bahagian Swasta
Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat

Pihak Sekolah Rendah Islam Hidayah Batu Pahat (SRIHBP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor serta Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat atas kunjungan, komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang sesi verifikasi berlangsung.

Semoga pelaksanaan verifikasi ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan SRIHBP dalam memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kualiti pengoperasian serta memastikan penyampaian pendidikan yang terbaik kepada para pelajar.

Sekolah Rendah Islam Hidayah Batu Pahat (SRIHBP)
Melahirkan Generasi Soleh, Berilmu dan Berakhlak Mulia.

14/09/2026

Audit Kualiti dari Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta (SKIPS).

πŸ† TAHNIAH TEAM KAWAD! πŸ†Syukur Alhamdulillah!Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Kawad Kaki atas kejayaan merangk...
14/09/2026

πŸ† TAHNIAH TEAM KAWAD! πŸ†

Syukur Alhamdulillah!

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Kawad Kaki atas kejayaan merangkul JOHAN Pertandingan Kawad Kaki, Karnival Pasukan Badan Beruniform Peringkat Kebangsaan 2026! πŸ₯‡πŸ†

Kejayaan ini merupakan hasil daripada disiplin, latihan yang konsisten, kerjasama serta semangat juang yang tinggi daripada seluruh pasukan.

Setiap langkah yang tepat, setiap arahan yang dipatuhi dan setiap titisan keringat akhirnya membuahkan hasil.

πŸŽ₯ Jom saksikan aksi Team Kawad:
https://youtu.be/6Fce_cLXGag?si=OBh8hDJmSmppsabF

Bangga dengan kalian! Teruskan melangkah dengan lebih yakin dan bawa nama sekolah ke tahap yang lebih tinggi!

πŸ₯‡ JOHAN PERINGKAT KEBANGSAAN

ALHAMDULILLAH, SELESAI!Alhamdulillah, selesai sudah Pertandingan Kemahiran (Kawad & Based) TKRS MUSLEH bagi Tahun 2026 y...
12/09/2026

ALHAMDULILLAH, SELESAI!

Alhamdulillah, selesai sudah Pertandingan Kemahiran (Kawad & Based) TKRS MUSLEH bagi Tahun 2026 yang telah berlangsung di Sekolah Rendah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan disiplin, kemahiran, kerjasama dan semangat juang yang tinggi sepanjang pertandingan.

Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada para guru, urus setia dan semua pihak yang telah bertungkus-lumus memastikan program berjalan dengan lancar.

Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan untuk membentuk generasi yang berilmu, beriman dan beramal. l

Gambar
https://photos.app.goo.gl/nErVjzxJvLpAFP2i8

Video
https://youtu.be/SRl7BHt-l4s?si=QCWG-0IWsjnEwmBU

12/09/2026

Pertandingan Kawad Kaki dan BaSeD. TKRSM SRIHBP. 2026.

Address

Sekolah Rendah Islam Hidayah Batu Pahat, 83, Kampung Olak Batu, Parit Raja
Batu Pahat
86400

Opening Hours

Monday 07:40 - 15:30
Tuesday 07:40 - 15:30
Wednesday 07:40 - 15:30
Thursday 07:40 - 15:30
Sunday 07:40 - 15:30

Telephone

+6074530148

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Islam Hidayah Pasirris Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Rendah Islam Hidayah Pasirris Batu Pahat:

Shortcuts

Share