Kelas Hibrid di Sekolah BP - FKEE, UTHM

Kelas Hibrid di Sekolah BP - FKEE, UTHM Dari universiti kepada komuniti.

26 MEI 2022, KHAMIS: MAJLIS PELANCARAN TIGA PROGRAM HUBUNGAN MASYARAKAT FKEE  UTHM DAN MUNSHI STUDIOS DI SMK MUNSHI SULA...
27/05/2022

26 MEI 2022, KHAMIS: MAJLIS PELANCARAN TIGA PROGRAM HUBUNGAN MASYARAKAT FKEE UTHM DAN MUNSHI STUDIOS DI SMK MUNSHI SULAIMAN, BATU PAHAT

Pasukan Projek Implementasi Kelas Hibrid Sekolah-sekolah Daerah Batu Pahat, FKEE telah menerima undangan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Batu Bahat dan SMK Munshi Sulaiman untuk sama-sama membantu pihak sekolah dalam menjayakan majlis pelancaran pada 26 Mei 2022, Khamis.

Majlis pelancaran melibatkan empat (4) program yang telah dilaksanakan di SMK Munshi Sulaiman dan sekolah-sekolah sekitar Batu Pahat iaitu:

(i) Implementasi Kelas Hibrid di Sekolah-sekolah Daerah Batu Pahat;
(ii) Implementasi Sistem Akuaponik Interaktif (IAS) kepada Pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pendidikan Khas Inklusif (PPKI);
(iii) Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM) FKEE: Sistem Fertigasi kepada Pelajar PPKI dan
(iv) Munshi Studios @ SMK Munshi Sulaiman.

Gerak kerja sebagai AJK Protokol, Montaj, Jemputan Media, Pelaporan Berita dan Kajiselidik telah dilaksanakan oleh pasukan Kelas Hibrid FKEE bagi membantu menjayakan majlis ini. Majlis telah dirasmikan oleh Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat (PPDBP), Dr. Suhaimi Ismail. Turut hadir ke majlis ini ialah Dekan FKEE, Prof. Madya Dr. Rosli Omar, pasukan penyelidik FKEE, UTHM, para pengetua, guru penyelaras, dan guru sekolah-sekolah yang terlibat.

Majlis pelancaran ini dapat dilihat di https://youtu.be/ax98LbJRkis

Video klip bagi implementasi kelas hibrid juga boleh dilihat di https://youtu.be/0RJCdZNUP0U

20 Januari 2022 | KhamisLATIHAN SISTEM kelasHibrid di SMK MUNSHI SULAIMANLatihan pengendalian sistem kelasHibrid telah d...
19/03/2022

20 Januari 2022 | Khamis

LATIHAN SISTEM kelasHibrid di SMK MUNSHI SULAIMAN

Latihan pengendalian sistem kelasHibrid telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Zuhairiah Zainal Abidin dan dibantu oleh Prof. Madya Dr. Maisara Othman dan Dr. Nabihah@Nornabihah Ahmad.

Modul teknikal sistem kelasHibrid ditulis oleh Pn. Zarina Tukiran, Ts. Sharifah Saon, Dr. Tasiransurini Ab Rahman dan Prof. Madya Dr. Zuhairiah Zainal Abidin.


19 Januari 2022 | RabuLATIHAN SISTEM kelasHibrid di SMK SURIA PERDANALatihan pengendalian sistem kelasHibrid telah disam...
19/03/2022

19 Januari 2022 | Rabu

LATIHAN SISTEM kelasHibrid di SMK SURIA PERDANA

Latihan pengendalian sistem kelasHibrid telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Zuhairiah Zainal Abidin dan dibantu oleh Prof. Madya Dr. Maisara Othman, Dr. Herdawatie Abdul Kadir, Dr. Tasiransurini Ab Rahman dan Dr. Warsuzarina Mat Jubadi.


13 Januari 2022 | KhamisLATIHAN SISTEM kelasHibrid di SMK SEMERAHLatihan pengendalian sistem kelasHibrid telah disampaik...
19/03/2022

13 Januari 2022 | Khamis

LATIHAN SISTEM kelasHibrid di SMK SEMERAH

Latihan pengendalian sistem kelasHibrid telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Zuhairiah Zainal Abidin dan dibantu oleh Prof. Madya Dr. Maisara Othman dan Dr. Herdawatie Abdul Kadir. Seramai 7 orang guru mengikuti latihan ini.


12 Disember 2021 | AhadLATIHAN SISTEM kelasHibrid di SMK SENGGARANGLatihan pengendalian sistem kelasHibrid telah dilaksa...
15/12/2021

12 Disember 2021 | Ahad

LATIHAN SISTEM kelasHibrid di SMK SENGGARANG

Latihan pengendalian sistem kelasHibrid telah dilaksanakan pada 12 Disember 2021, Ahad di SMK Senggarang yang disampaikan oleh Ts. Sharifah Saon dan dibantu oleh Prof. Madya Dr. Maisara Othman dan Dr. Zuhairiah Zainal Abidin. Seramai 10 orang guru di SMK SENGGARANG telah hadir untuk menerima latihan pengendalian sistem kelasHibrid ini.

Di penghujung latihan, alatan sistem kelasHibrid telah disampaikan kepada pihak sekolah oleh Ts. Sharifah Saon.


28 November 2021 | AhadLATIHAN PENGGUNAAN SISTEM kelasHibridLatihan penggunaan sistem kelasHibrid telah dilaksanakan pad...
15/12/2021

28 November 2021 | Ahad

LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM kelasHibrid

Latihan penggunaan sistem kelasHibrid telah dilaksanakan pada 28 November 2021, Ahad di SMK Munshi Sulaiman. Latihan disampaikan oleh Ts. Sharifah Saon kepada semua ahli kumpulan kelasHibrid. Ia bertujuan memindahkan pengetahuan tentang pengendalian sistem kelasHibrid yang telah dipasang di kesemua empat buah sekolah.

Demo penggunaan sistem juga diberikan kepada Tuan Hj. Ramlan, Encik Shamsudin bin Awang, Encik Zainal bin Mohtar, dan Encik Nirmalkumar A/L Chelvan.

Di penghujung program, semua kelengkapan alatan bagi sistem kelasHibrid SMK Munshi Sulaiman diserahkan kepada Tuan Hj. Ramlan.


7 November 2021 | AHAD PEMASANGAN PENDAWAIAN DAN PERKAKASAN KELAS HIBRID DI SMK SURIA PERDANA, BATU PAHATSelesai sudah a...
07/11/2021

7 November 2021 | AHAD

PEMASANGAN PENDAWAIAN DAN PERKAKASAN KELAS HIBRID DI SMK SURIA PERDANA, BATU PAHAT

Selesai sudah aktiviti instalasi perkakasan kelas hibrid di SMK Suria Perdana oleh pasukan instalasi iaitu Dr Herdawatie Abdul Kadir, Ts. Sharifah Saon, En. Mohd Shamsuddin Muslim, En. Azrul Tugiman, En. Mohd. Zaki Zakaria, En. Aidi Basar, En. Rosley Sawarno dan En. Md. Hapic Mohamad.

Turut serta adalah pasukan operasi kelas hibrid diwakili oleh Dr Warsuzarina Mat Jubadi dan Pn Zarina Tukiran.

Syukur!


1 November 2021 | ISNIN PEMASANGAN PENDAWAIAN DAN PERKAKASAN KELAS HIBRID DI SMK SEMERAH, BATU PAHATProf. Madya Dr. Mais...
06/11/2021

1 November 2021 | ISNIN

PEMASANGAN PENDAWAIAN DAN PERKAKASAN KELAS HIBRID DI SMK SEMERAH, BATU PAHAT

Prof. Madya Dr. Maisara Othman bersama-sama pasukan penolong jurutera Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik iaitu En. Mohd Shamsuddin Muslim, En. Azrul Tugiman, En. Mohd. Zaki Zakaria, En. Aidi Basar, En. Rosley Sawarno dan En. Md. Hapic Mohamad melaksanakan instalasi perkakasan kelas hibrid di SMK Semerah.


31 Oktober 2021 | Ahad PEMASANGAN PENDAWAIAN DAN PERKAKASAN KELAS HIBRID DI SMK SENGGARANG, BATU PAHATSetup perkakasan k...
06/11/2021

31 Oktober 2021 | Ahad

PEMASANGAN PENDAWAIAN DAN PERKAKASAN KELAS HIBRID DI SMK SENGGARANG, BATU PAHAT

Setup perkakasan kelas hibrid di SMK Senggarang dilaksanakan oleh Prof. Madya Dr. Maisara Othman dan Dr. Herdawatie Abdul Kadir. Bersama-sama pasukan pendawaian iaitu En. Mohd Shamsuddin Muslim, En. Azrul Tugiman, En. Mohd. Zaki Zakaria, En. Aidi Basar, En. Rosley Sawarno dan En. Md. Hapic Mohamad.


27 Oktober 2021 | Rabu PEMASANGAN PENDAWAIAN DAN PERKAKASAN KELAS HIBRID DI SMK MUNSHI SULAIMAN, BATU PAHATTerima kasih ...
30/10/2021

27 Oktober 2021 | Rabu

PEMASANGAN PENDAWAIAN DAN PERKAKASAN KELAS HIBRID DI SMK MUNSHI SULAIMAN, BATU PAHAT

Terima kasih kepada ketua fasa instalasi kelas hibrid, Ts. Sharifah Saon bersama Dr Nabihah Ahmad, En. Mohd Shamsuddin Muslim, En. Azrul Tugiman, En. Mohd. Zaki Zakaria, En. Aidi Basar, En. Rosley Sawarno dan En. Md. Hapic Mohamad.


9 Oktober 2021 | Sabtu | Sesi Perkongsian di IEEE Day 2021 Malaysia SectionJemputan untuk berkongsi tentang kelas hibrid...
09/10/2021

9 Oktober 2021 | Sabtu | Sesi Perkongsian di IEEE Day 2021 Malaysia Section

Jemputan untuk berkongsi tentang kelas hibrid di IEEE Day 2021 Malaysia Section telah diterima dan dilaksanakan oleh ketua projek - Prof. Madya Dr. Fauziahanim Che Seman melalui tajuk - Implementation of Implementation of Hybrid Classroom for SPM Candidates during COVID-19 Pandemic.

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli pasukan yang melaksanakan gerak kerja yang padu dalam penyediaan bahan dan slaid pembentangan. Tidak lupa juga kepada ahli pasukan yang mempromosikan program ini di kalangan ahli fakulti dan sekolah yang terbabit.

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera;Kami akan bersiaran bersempena IEEE Open Day 2021 pada pkl 11.40 pg dan membinca...
07/10/2021

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera;

Kami akan bersiaran bersempena IEEE Open Day 2021 pada pkl 11.40 pg dan membincangkan impak dan perlaksanaan projek kelas hibrid kepada masyarakat setempat. Jemput hadir dan panjangkan hebahan kepada sekolah atau rakan2 yang berminat.

Daftar di sini: https://bit.ly/3kXbhSr

Address

Universiti Tun Hussein Onn
Batu Pahat
86400

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelas Hibrid di Sekolah BP - FKEE, UTHM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Kelas Hibrid di Sekolah BP - FKEE, UTHM:

Shortcuts

Share