Madrasah Al Muhsinin HQ

Madrasah Al Muhsinin HQ Sekolah Rendah dan Menengah Integrasi Tahfiz

27/09/2026
27/09/2026

Majlis sambutan Maulidurrasul Madrasah Al Muhsinin parit yaani 1448H/2026

πŸ“šβœ¨ TRIAL SPM 2026 βœ¨πŸ“š14 September – 2 Oktober 2026Setiap helaian soalan adalah peluang untuk menguji kemampuan, setiap us...
26/09/2026

πŸ“šβœ¨ TRIAL SPM 2026 βœ¨πŸ“š

14 September – 2 Oktober 2026

Setiap helaian soalan adalah peluang untuk menguji kemampuan, setiap usaha adalah langkah menuju kejayaan. πŸ’ͺπŸ»πŸ“–

Teruskan berusaha dengan penuh IKHLAS, ITQAN & IHSAN. 🀲🏻

Semoga dipermudahkan segala urusan, diberikan ketenangan ketika menjawab dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang buat semua calon SPM 2026. 🌷

🀲🏻 Ya Allah, permudahkanlah urusan mereka, kuatkan ingatan mereka dan kurniakanlah kejayaan yang terbaik buat mereka. Aamiin.





πŸ‡²πŸ‡Ύ SAMBUTAN PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN 2026 πŸ‡²πŸ‡ΎMadrasah Al Muhsinin As Sanawiyah, Parit Raja, Batu Pahat.Alhamdulillah, te...
26/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SAMBUTAN PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Madrasah Al Muhsinin As Sanawiyah, Parit Raja, Batu Pahat.

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh meriah Sambutan Penutup Bulan Kemerdekaan 2026. β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›

Pelbagai aktiviti dan pengisian telah dilaksanakan sepanjang bulan ini bagi menyemarakkan semangat patriotisme, memupuk rasa cinta akan tanah air serta menghargai jasa para pejuang kemerdekaan. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Semoga semangat Malaysia, cinta akan negara dan perpaduan terus subur dalam diri setiap warga sekolah.

β€œMerahmu Bara Semangat, Putihmu Bersih Budi, Kuningmu Payung Negara, Birumu Wadah Kesatuan.” πŸ‡²πŸ‡Ύ

Terima kasih kepada semua guru dan murid yang telah memberikan kerjasama serta menjayakan setiap aktiviti sepanjang Bulan Kemerdekaan.

Selamat menyambut Hari Kebangsaan & Hari Malaysia!
πŸ‡²πŸ‡Ύ Malaysia Tanah Airku! πŸ‡²πŸ‡Ύ




Assalamualaikum wrwbApabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah...
22/09/2026

Assalamualaikum wrwb

Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan, atau anak soleh yang mendoakannya." (Riwayat Muslim)

Dengan penuh hormat kami memohon pertolongan Tuan Puan untuk membantu kami menyiapkan dewan makan dan kelas baru bagi keselesaan murid-murid Madrasah Al Muhsinin HQ .

Kami mendoakan para penderma diberi oleh Allah ganjaran yang besar di dunia dan akhirat.

17/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2026 βœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ
Madrasah Al Muhsinin, Parit Yaani

Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur, telah berlangsung Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan 2026 di Madrasah Al Muhsinin, Parit Yaani. πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

Sambutan yang bermula dengan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada 15 Ogos 2026 telah berlangsung dengan penuh warna-warni sehingga 17 September 2026, dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang melibatkan murid-murid daripada Tahap 1, Tahap 2 serta setiap kelas.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah:

🎨 7 September 2026
β–ͺ️ Pertandingan Mewarna – Tahap 1
β–ͺ️ Pertandingan Kolaj Merdeka – Tahap 2

πŸ“– 8 September 2026
β–ͺ️ Pertandingan Bercerita Kemerdekaan – Tahap 1

🎀 9 September 2026
β–ͺ️ Pertandingan Sajak Kemerdekaan – Tahap 2

πŸ‡²πŸ‡Ύ 14 September 2026
β–ͺ️ Pertandingan Laman Merdeka Mengikut Kelas
β–ͺ️ Kategori Bebas
β–ͺ️ Poster Digital Merdeka
β–ͺ️ Hias Tudung Saji Merdeka – Tahap 2
β–ͺ️ Beg Kertas Merdeka – Tahap 1

β™»οΈπŸ‘— ACARA KEMUNCAK – 17 September 2026
β–ͺ️ Pertandingan Peragaan Pakaian Daripada Bahan Terbuang

Kemuncak sambutan diteruskan dengan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah kepada para pemenang bagi setiap pertandingan. Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah mengambil bahagian dengan penuh semangat, kreativiti dan kesungguhan. πŸ‘πŸ»πŸŽ‰

Majlis kemudiannya disempurnakan dengan Gimik Penutup Bulan Kemerdekaan 2026 oleh Tuan Mudir, Ustaz Ahmad Rosdi bin Bahari dan Puan Mudiran, Ustazah Salimah binti Ali sebagai simbolik berakhirnya sambutan Bulan Kemerdekaan pada tahun ini. πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan, barisan guru, murid-murid serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan setiap aktiviti sepanjang sambutan ini.

Semoga sambutan Bulan Kemerdekaan ini bukan sekadar menghidupkan suasana patriotik, tetapi turut menyemai dalam diri anak-anak rasa cinta kepada tanah air, menghargai nikmat kemerdekaan serta membentuk generasi yang berilmu, berakhlak dan bertanggungjawab. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ€

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

β€œSyukuri Kemerdekaan, perpaduan Ummah Diperkukuhkan.”






πŸ‡²πŸ‡Ύ

Address

No. 56B, Kampung, Jalan Parit Haji Yusof, Yong Peng
Batu Pahat
83700

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Sunday 08:00 - 16:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Al Muhsinin HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Madrasah Al Muhsinin HQ:

Shortcuts

Share

Category