20/08/2025
🌊 Jaulah MADLAH 2025 🌊
Pada 13–14 Ogos 2025, para pelajar Maahad Tahfiz Luqman Al Hakim (MADLAH) telah berpeluang mengikuti Program Jaulah MADLAH 2025.
Sebagai pemanas badan sebelum bercuti, pelajar singgah dulu di Daiman Bowl Johor Jaya untuk main bowling bersama-sama. Memang riuh & meriah suasana bila semua cuba strike ✨.
Selepas itu, perjalanan diteruskan ke Tanjung Sepang Beach Resort Di sini, pelajar menginap dan menikmati pelbagai aktiviti santai seperti mandi kolam, mandi pantai, serta bola tampar pantai. Suasana jadi makin mesra bila semua bergelak ketawa sambil beriadah bersama.
Malamnya p**a lebih istimewa ❤️. Pelajar menikmati BBQ santai beramai-ramai, selepas mendengar tausiyah daripada Ustaz Muhammad Taufiq Haq tentang amali solat yang betul. Suasana kebersamaan & pengisian ilmu ini menjadikan malam jaulah lebih bermakna.
Sepanjang program juga, pelajar berpeluang mempraktikkan secara terus tatacara Solat Jamak, pengalaman berharga yang memberi kefahaman lebih jelas tentang amalan musafir.
Keesokan paginya, wajah pelajar makin ceria bila dapat meneruskan aktiviti di Adventure Waterpark Desaru Coast🏖️. Gelak tawa & senyuman jelas terukir, menggambarkan betapa mereka gembira dengan sedikit cuti yang diisi dengan aktiviti bermanfaat ini.
✨ **Semoga pengalaman, ilmu, dan cuti pendek yang dilalui ini memberi semangat baru kepada semua pelajar dalam meneruskan hafalan Al-Quran mereka.**