Sekolah Rendah Islam Riyadhus Solihin

Sekolah Rendah Islam Riyadhus Solihin

Share

Sekolah Rendah Islam Riyadhus Solihin Official Page

KPM Reg. No.: JJAA001

Photos from Sekolah Rendah Islam Riyadhus Solihin's post 21/08/2026

🌟 JAAMUAN MERAIKAN PESERTA IHTIFAL RIYADHI DAERAH & NEGERI 🌟

Alhamdulillah, telah berlangsung pada pagi tadi Majlis meraikan Peserta Ihtifal Riyadhi Daerah dan Negeri yang melibatkan para peserta Ihtifal Riyadhi SRIRS.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran barisan pengelola sekolah serta guru-guru SRIRS sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada anak-anak yang telah membawa nama sekolah dalam pertandingan Ihtifal Riyadhi di peringkat daerah dan negeri. πŸ†

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta atas usaha, semangat dan komitmen yang telah diberikan. Semoga pengalaman ini menjadi kenangan manis serta pembakar semangat untuk terus berusaha mencapai kejayaan pada masa akan datang.

Tahniah dan syabas, anak-anak SRIRS!
Teruskan melakar kejayaan! πŸ’ͺπŸ†



Photos from Sekolah Rendah Islam Riyadhus Solihin's post 21/08/2026

AKTIVITI KOKURIKULUM | IKATAN ANDUH πŸͺ’⛑️

Aktiviti kokurikulum minggu ini diteruskan dengan Ikatan Anduh!

Murid-murid berpeluang mempelajari teknik asas ikatan dan balutan yang betul, di samping memupuk kemahiran bekerjasama, ketelitian, disiplin serta keyakinan diri.

Bukan sekadar belajar teori, tetapi ilmu dan kemahiran yang berguna dalam situasi kecemasan.

Syabas kepada semua murid yang menunjukkan semangat dan kerjasama yang sangat baik sepanjang aktiviti!





Photos from Sekolah Rendah Islam Riyadhus Solihin's post 20/08/2026

🌟 MINGGU BAHASA ARAB SRIRS 2026 🌟

Alhamdulillah, telah selesai dengan jayanya Program Minggu Bahasa Arab SRIRS yang berlangsung pada 20 hingga 30 Julai 2026. πŸ‡ΈπŸ‡¦πŸ“š

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan mengikut tahap murid, antaranya:

✍️ Pertandingan Tulisan Cantik – Tahun 1 & 2
πŸ’‘ Pertandingan Kuiz β€œMari Berfikir” – Tahun 3 & 4
🎀 Pertandingan Bicara Bahasa Arab – Tahun 5 & 6

Program ini bukan sahaja mencungkil bakat dan kreativiti murid, malah memberi peluang kepada mereka untuk mempraktikkan Bahasa Arab dengan lebih yakin dan menyeronokkan. 🌱✨

Tahniah dan syabas kepada semua murid yang telah mengambil bahagian! πŸ‘πŸ»πŸŽ‰

Setinggi-tinggi penghargaan juga buat Panitia Bahasa Arab SRIRS serta semua guru yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Semoga usaha kecil ini menjadi langkah besar dalam menyemai kecintaan terhadap Bahasa Arab dalam kalangan anak-anak SRIRS. πŸ’š

Ψ¨Ψ§Ψ±Ωƒ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ΩΩŠΩƒΩ… Ψ¬Ω…ΩŠΨΉΩ‹Ψ§
Semoga terus maju dan cemerlang! 🌟





Photos from Sekolah Rendah Islam Riyadhus Solihin's post 20/08/2026

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎLENSA AKTIVITI MERDEKA 2.0.

πŸ”Ž TAHAP 1 – AKTIVITI BUNGA MERDEKA
🎡 TAHAP 2 – PERTANDINGAN MELUKIS POSTER

πŸ‘πŸ» Tahniah dan syabas kepada semua murid atas penyertaan dan kesungguhan yang diberikan!

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
πŸ‡²πŸ‡Ύ Semangat Patriotik, Jiwa Merdeka! πŸ‡²πŸ‡Ύ







12/08/2026

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎAktiviti sepanjang Bulan Kemerdekaan yang sedang berjalan di SRIRS. Semoga sedikit usaha ini dapat mencetuskan kasih dan cintakan negara dalam kalangan anak-anak SRIRS. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

Photos from Sekolah Rendah Islam Riyadhus Solihin's post 12/08/2026

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎLENSA AKTIVITI MERDEKA 1.0.

πŸ”Ž TAHAP 1 – CARI KATA
🎡 TAHAP 2 – ISI TEMPAT KOSONG LIRIK LAGU (JAWI)

πŸ‘πŸ» Tahniah dan syabas kepada semua murid atas penyertaan dan kesungguhan yang diberikan!

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
πŸ‡²πŸ‡Ύ Semangat Patriotik, Jiwa Merdeka! πŸ‡²πŸ‡Ύ







10/08/2026

Rutin pagi anak-anak SRIRS setiap hari Isnin...


Photos from Sekolah Rendah Islam Riyadhus Solihin's post 08/08/2026

Lensa Hari Muamalat SRIRS 2026 (4.0)

TAHNIAH !!! PEMENANG-PEMENANG CABUTAN BERTUAH...



Photos from Sekolah Rendah Islam Riyadhus Solihin's post 08/08/2026

Lensa Hari Muamalat SRIRS 2026 (3.0)

Terima kasih Tabung Haji, Klinik Ezna dan Petting Zoo...



Want your school to be the top-listed School/college in Batu Pahat?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Sungai Kajang
Batu Pahat
83000

Opening Hours

Monday 07:40 - 16:00
Tuesday 07:40 - 16:00
Wednesday 07:40 - 16:00
Thursday 07:40 - 16:00
Friday 07:30 - 11:30