21/05/2026
KELEBIHAN SEORANG GURU DI SISI ISLAM...
✳️ Sebagai renungan bersama, marilah kita lihat apakah kelebihan seorang guru disisi islam...
🔷Terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran & Hadis yang menceritakan akan kelebihan guru. Antaranya:
◼️Firman Allah :
" وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّنْ دَعَآ إِلَى اللهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَالْمُسْلِمِينَ "
"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri".
◼️Sabda Nabi SAW mafhumnya :
"Apabila meninggal dunia seorang manusia, maka terputuslah pahla amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakannya". (Riwayat Muslim)
◼️"Bahawasaya Allah SWT, malaikat-malaikat, isi langit dan bumiNya sehinggalah semut di dalam lubang dan ikan di dalam laut, semuanya berdoa untuk orang yang mengajarkan manusia " (Riwayat Tarmidzi, Katanya Hadis Gharib)
*Hadis Gharib bermaksud hadis yg diriwayatkan oleh seorang perawi dalam stu lapisan perawi atau lebih.
🔷Daripada ayat & hadis ini dapatlah kita ketahui bahawasanya Kedudukan guru disisi islam amatlah tinggi nilainya, mendapat ganjaran yang tidak putus-putus disisi Allah SWT. Beruntunglah mereka yang memikul tanggungjawab sebagai seorang guru.
🔷Antara kelebihan guru :
▪️ Guru ialah insan mulia dan tinggi kedudukannya.
▪️ Guru memiliki kebijaksanaan dalam membentuk dan mengembangkan daya keilmuan serta kebijaksanaan dalam diri muridnya untuk melahirkan generasi yang cemerlang akhlak dan peribadinya.
▪️ Guru menyumbang bakti yang sangat besar dalam membimbing hidup manusia seluruhnya dengan ilmu yang diajarnya.
💞 Semoga bermanfaat...
⚡Energi Tanpa Batasan.
21/05/2026
Dengan Samson Subari – Saya sedang dalam deretan! Saya telah menjadi peminat teratas selama 4 bulan berturut-turut. 🎉
21/05/2026
Dengan Seni Gerakpanca – Saya sedang dalam deretan! Saya telah menjadi peminat teratas selama 6 bulan berturut-turut. 🎉
21/05/2026
Dengan Pusat Terapi Rawatan Quantum Hikmah Johor – Saya sedang dalam deretan! Saya telah menjadi peminat teratas selama 6 bulan berturut-turut. 🎉
21/05/2026
Dengan Akademi Quantum Aura Sukses – Saya sedang dalam deretan! Saya telah menjadi peminat teratas selama 6 bulan berturut-turut. 🎉
20/05/2026
TERAPI MANDI BUNGA
(Pemulihan Aura Positif)
✳️Mengikut tradisi orang Melayu, upacara mandi bunga selalu dijalankan untuk membuang bala, mempercepatkan jodoh, menaikkan semangat diri, menghindarkan dari gangguan semangat jahat dan lain-lain lagi.
🔷Namun begitu, dari segi saintifik, mandi bunga dilihat sebagai sesuatu yang baik, dapat menaikkan seri wajah kerana badan manusia akan kembali segar disebabkan oleh khasiat yang terdapat di dalam bunga yang digunakan terserap ke dalam tubuh badan.
🔷Mandi bunga dengan berniat yang baik kerana Allah swt. boleh membawa feadah yang banyak kepada pengamalnya.
💥Bunga dikatakan sebagai penyerap tenaga matahari yang terbaik dan kebaikannya akan diturunkan kepada si pengamal mandi bunga.
💥Sekiranya rawatan mandi bunga diamalkan, ia mengurangkan kelesuan badan, menghilangkan bau badan dan mengembalikan aura positif pada tubuh manusia.
🔷Di bawah ini merupakan beberapa tip untuk mencuba terapi mandi bunga di rumah.
🌹Gunakan bunga yang wangi dan tidak berduri. Pilih tujuh atau sembilan jenis bunga dari pelbagai warna tetapi bukan berwarna hitam. Sebaik-baiknya bunga cempaka dan melur digunakan untuk rawatan ini. Anda boleh memilih jumlah bunga mengikut angka ganjil (7, 9, 11, 13 jenis)
🍋🍋🟩Kesemua bunga segar tersebut harus dicampurkan dengan sebotol air mawar dan dua biji limau purut.
🤲Kemudian bacakan Surah Al-Fatihah, 3 Qul, Ayat Qursi dan Selawat 3 kali.
🤲Baca zikir ini sebanyak 3 kali.
بِسْمِ اللهِ مَا شَاءَ اللهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ ، مَا شَاءَ اللهُ كُلُّ نِعْمَةٍ مِنَ اللهِ ، مَا شَاءَ اللهُ اْلخَيْرُ كُلُّهُ بِيَدِ اللهِ ، مَا شَاءَ اللهُ لَا يَصْرِفُ السُّوْءَ إِلَّا اللهُ
Bismillahi ma sya-allahu la quwwata illa billahi ma sya-allahu kullun ni’matin minallahi ma sya-allahu al-khoiru kulluhu biyadillahi ma sya-allahu la yashrifus su-a illallahu.
“Dengan menyebut nama Allah, segala sesuatu atas kehendak Allah, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah. Segala sesuatu atas kehendak Allah, segala nikmat dari Allah. Segala sesuatu atas kehendak Allah, segala kebaikan atas kuasa Allah. Segala sesuatu atas kehendak Allah, tak ada yang mampu menghindarkan keburukan kecuali Allah.”
◼️Pastikan kesemua dahan bunga dibuang dan campuran bunga, air mawar dan limau purut dibiarkan semalaman.
🔷Cara Mandi Bunga :
◼️Rawatan mandi bunga seeloknya dilakukan pada waktu pagi.
◼️Mulakan amalan dengan BUKA KUNCI ILMU HIKMAH.
🤲Buka Kunci Ilmu Hikmah adalah wasilah untuk mengaktifkan Energi Quantum Spiritual yang sangat luar biasa sebagai Booster semua amalan ilmu hikmah bagi tujuan :
⚡Memudahkan kesan Hebat semua amalan ilmu hikmah.
⚡Membuka hijab.
⚡Mendatangkan firasat dan Ilham.
⚡Melindungi diri dari tipu daya makhluk ghaib.
🔯Sesiapa yang belum mempelajari Buka Kunci Ilmu Hikmah boleh mendapatkan Ijazahnya.
👉Sila klik pautan whatsapp berikut:
https://bit.ly/IjazahBukaKunciIlmuHikmah
◼️Mandi seperti biasa dan jadikan air bunga tersebut sebagai air bilasan terakhir.
◼️Siram bahagian kiri badan sebanyak tiga kali dan diikuti dengan bahagian kanan. Selebihnya siram dari bahagian kepala sehingga air bunga habis.
◼️Anda digalakkan untuk membiarkan badan kering sendiri daripada menggunakan tuala untuk mengeringkannya.
📋IJAZAH UMUM AMALAN ILMU HIKMAH
💞Sebelum mengamalkan sesuatu amalan ilmu hikmah jangan lupa untuk mengambil ijazah amalannya dari guru agar ilmu yang hendak diamalkan menjadi berkah di dunia dan di akhirat.
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
Bismillahirrahmanirrahim
"Saya berikan Ijazah Umum amalan ini dengan mengikhlaskan bacaan surah al fatihah kerana Allah Taala".
🖥️Taipkan pada komen sebagai tanda telah mengambil ijazah amalannya...
☸️Semua amalan ilmu hikmah telah diberikan ijazah umum secara Percuma.
💥Anda hanya perlu mengaktifkannya dengan Energi Quantum Spiritual melalui Buka Kunci Ilmu Hikmah.
💞Semoga bermanfaat.
⚡Energi Tanpa Batasan.
19/05/2026
Dengan Pusat Terapi Rawatan Quantum Hikmah Johor – Saya sedang dalam deretan! Saya telah berjaya masuk ke dalam senarai penglibatan mingguan mereka selama 5 minggu berturut-turut. 🎉
19/05/2026
Dengan Akademi Quantum Hikmah – Saya sedang dalam deretan! Saya telah berjaya masuk ke dalam senarai penglibatan mingguan mereka selama 11 minggu berturut-turut. 🎉
19/05/2026
Dengan Pusat Terapi Rawatan Quantum Hikmah Johor – Saya sedang dalam deretan! Saya telah berjaya masuk ke dalam senarai penglibatan mingguan mereka selama 11 minggu berturut-turut. 🎉
19/05/2026
Dengan Akademi Quantum Aura Sukses – Saya sedang dalam deretan! Saya telah berjaya masuk ke dalam senarai penglibatan mingguan mereka selama 11 minggu berturut-turut. 🎉
19/05/2026
Dengan Metafizik Quantum Spiritual – Saya sedang dalam deretan! Saya telah berjaya masuk ke dalam senarai penglibatan mingguan mereka selama 11 minggu berturut-turut. 🎉