Dalam kita beraktiviti, jangan sesekali lupa tujuan kita berpersatuan. Matlamat utama kita adalah penyatuan.. Maka kena usahakan penyatuan.. Sebab banyak sekarang usaha memecahkan dilakukan oleh pihak berkepentingan.
Silat Seni Sukma Perkasa
Konsep memintas serangan yg ringkas, merangkumi pelbagai aspek kesenian dan sudut kesukanan, berpaksikan silaturahim antara ahli dan antara perguruan silat
04/06/2026
Video ini untuk disimpan sebagai kenangan pahit manis pasukan yang mana latihan bertembung dengan musim perayaan Hari Raya Aidiladha tahun ni. Pengorbanan keluarga yang tak dapat pulang beraya kerana fokus pada latihan ahli2 yang terlibat sangat dihargai.
Pasukan Usia Dini Sukma Perkasa 2026 Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.
04/06/2026
Kami kongsikan antara program yang dijalankan untuk atlit dan suntikan motivasi untuk mereka dan para jurulatih supaya usaha bersungguh-sungguh menggapai kejayaan.
02/06/2026
Inilah juara-juara kita.
Ammar dan Alisya dari SK Penghulu Salleh
Mardhiah dan Aisyah dari SK Peserai
Dhia dari SK Sungai Kajang
JUARA TUNGGAL PUTERA.
JUARA KEDUA TUNGGAL PUTERI
TEMPAT KEEMPAT TUNGGAL PUTERI
JUARA GANDA PUTERI
JUARA GANDA PUTERI
Ahli-ahli kami yang akan menyertai Kejohanan Silat Terbuka Kebangsaan Tangkak dan Jemputan Antarabangsa 2026, Edisi ketiga pada 02-06 Jun 2026.
Persembahan Silat Sambut Pengantin. 24/5/2026
17/05/2026
Asal usul Silat ini ditubuhkan adalah sebagai wadah untuk anak2 muda bersatu melakukan aktiviti berfaedah dan menjauhi perkara yg mungkar dan sia-sia. Bermula dgn pakaian lama tapi ditadbir oleh orang lama dan cara lama.. Kini dengan keredhaan dan restu guru, kami bebas membawa diri dengan matlamat 'penyatuan'. Sekiranya nanti di masa hadapan.. Apabila para ahli telah berpecah apalagi berlaku perbalahan.. Maka Wadah ini menjadi tidak relevan lagi.
11/05/2026
Terima kasih S**a Filem kongsi pendapat kami 😁. Setiap orang, setiap pihak ada pendapat masing2. Kita raikan sahaja pendapat mereka. Naskhah filem ini pun adalah hasil garapan pendapat pengarah dan pengarang cerita.. Dalam seni silat, kadang yang "indah" itu belum tentu berfungsi, mungkin hanya sulaman kepada "isi".. Boleh jadi yg "buruk" juga yg dipakai di situasi sebenar.
Geng silat sendiri approved Tarung: Unforgiven!
Filem ni bukan sekadar aksi. Tapi ianya filem yang mempersembahkan silat dalam gaya moden!
Tarung: Unforgiven kini di pawagam.
Tarung: Unforgiven: https://youtu.be/16h4xbDWoNk
Latihan Mingguan
9/5/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Address
37, Kg. Peserai Kecil
Batu Pahat
83020