17/08/2026
2 Ogos 2026
Terlaksana dengan jayanya Program 3K: Pengawalan Kelawar di Bangunan Utama dan Prasekolah SK Air Putih. Program ini dilaksanakan bagi memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih, selamat, sihat dan kondusif untuk murid serta warga sekolah.
Kejayaan program ini tidak mungkin tercapai tanpa keprihatinan, kemurahan hati dan sokongan padu daripada semua pihak. Sesungguhnya, setiap sumbangan yang diberikan amat besar nilainya dan menjadi bukti kukuh bahawa kecemerlangan serta kesejahteraan anak-anak merupakan tanggungjawab yang kita galas bersama.
Pihak SK Air Putih merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa dan keprihatinan YDP dan AJK PIBG, ibu bapa/penjaga, dan semua pihak yang menyumbang dan menyokong program ini .
Terima kasih kerana bersama-sama menjadikan SK Air Putih sebuah sekolah yang lebih bersih, selamat dan kondusif untuk anak-anak kita.