SK SERI BUNUT

SK SERI BUNUT Sekolah Kebangsaan

1°54'12.2"N 103°06'55.5"E
https://goo.gl/maps/BkQmabQfLTATrUqA9

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 🇲🇾14 SEPTEMBER 2026Pada 14 September 2026 (Isnin), telah berlangsung Majlis Penutupan...
20/09/2026

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 🇲🇾

14 SEPTEMBER 2026

Pada 14 September 2026 (Isnin), telah berlangsung Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan yang meriah dengan pelbagai aktiviti menarik dan penuh semangat patriotik. Antara acara yang dijalankan ialah Pertandingan Topi Merdeka, Pertandingan Sajak dan Pertandingan Lagu Patriotik yang melibatkan penyertaan murid-murid.

Bagi memeriahkan lagi suasana, murid-murid hadir dengan pakaian bertemakan Kemerdekaan sekaligus menyerlahkan semangat cinta akan negara. Semoga semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap negara terus mekar dalam diri setiap murid. Merdeka! Merdeka! Merdeka!.

PROGRAM KEMBARA BASIKAL MERDEKA 🚴🏻‍♂️🇲🇾9 SEPTEMBER 2026Semangat patriotik terus disemarakkan menerusi Program Kembara Ba...
17/09/2026

PROGRAM KEMBARA BASIKAL MERDEKA 🚴🏻‍♂️🇲🇾

9 SEPTEMBER 2026

Semangat patriotik terus disemarakkan menerusi Program Kembara Basikal Merdeka yang menghimpunkan warga sekolah dalam aktiviti berbasikal sambil menghayati erti kemerdekaan. Program ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah memupuk semangat cinta akan negara, perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan warga sekolah. Semoga semangat Merdeka terus subur dalam jiwa setiap peserta.

MAJLIS MAULIDURRASUL S.A.W🌙28 OGOS 2026 Alhamdulillah, Majlis Maulidurrasul S.A.W. SK Seri Bunut telah berlangsung denga...
11/09/2026

MAJLIS MAULIDURRASUL S.A.W🌙

28 OGOS 2026

Alhamdulillah, Majlis Maulidurrasul S.A.W. SK Seri Bunut telah berlangsung dengan lancar dan penuh penghayatan. Majlis diserikan dengan bacaan Rawi dan Marhaban Selawat serta persembahan murid.

Turut diadakan slot ceramah agama, latihan praktikal umrah dan kuiz agama yang memberikan pengalaman serta pengetahuan baharu kepada anak-anak murid.

Semoga program ini dapat menyemai rasa cinta kepada Rasulullah S.A.W. serta menjadi inspirasi buat anak-anak murid untuk mencontohi akhlak mulia dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

KARNIVAL TAUTAN UKHWAH PUTERI MADANI PERGERAKAN PUTERI ISLAM22 OGOS 2026Pada 22 Ogos yang lalu, SK Seri Bunut telah meny...
08/09/2026

KARNIVAL TAUTAN UKHWAH PUTERI MADANI PERGERAKAN PUTERI ISLAM

22 OGOS 2026

Pada 22 Ogos yang lalu, SK Seri Bunut telah menyertai Karnival Tautan Ukhwah Puteri Madani Pergerakan Puteri Islam yang bertempat di SK Parit Sulong dengan menghantar wakil dalam Pertandingan Diorama 3D. Tahniah dan syabas diucapkan kepada peserta atas usaha, kreativiti dan komitmen yang diberikan sehingga berjaya meraih tempat Ke-4. Semoga pengalaman dan kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

LATIHAN KEBAKARAN FASA 2 🔥🚨20 OGOS 2026Latihan Kebakaran Fasa 2 telah berjaya dilaksanakan di SK Seri Bunut dengan melib...
27/08/2026

LATIHAN KEBAKARAN FASA 2 🔥🚨

20 OGOS 2026

Latihan Kebakaran Fasa 2 telah berjaya dilaksanakan di SK Seri Bunut dengan melibatkan kerjasama daripada anggota Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam. Kehadiran anggota bomba telah memberikan pendedahan kepada murid dan warga sekolah tentang tindakan yang perlu diambil ketika berlaku kecemasan.

Latihan ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan warga sekolah dalam menghadapi situasi kebakaran serta memastikan proses pemindahan dapat dilakukan dengan cepat, teratur dan selamat. Bersama-sama kita wujudkan persekitaran sekolah yang lebih selamat dan bersedia menghadapi sebarang kecemasan.

PERKHEMAHAN BADAN UNIFORM 🏕️13 - 14 OGOS 2026Alhamdulillah, Program Perkhemahan Badan Beruniform SK Seri Bunut 2026 tela...
24/08/2026

PERKHEMAHAN BADAN UNIFORM 🏕️

13 - 14 OGOS 2026

Alhamdulillah, Program Perkhemahan Badan Beruniform SK Seri Bunut 2026 telah berjaya dilaksanakan selama 2 hari 1 malam di PuMAS, UTHM. Pelbagai aktiviti menarik, mencabar dan penuh bermakna telah dilalui oleh para murid sepanjang program berlangsung.

Program ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal dan mental, malah turut memupuk semangat kerjasama, disiplin, kepimpinan serta keberanian dalam diri murid. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan fasilitator yang telah membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada para peserta sepanjang perkhemahan.

Terima kasih juga kepada semua guru serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga segala pengalaman dan ilmu yang diperoleh menjadi kenangan indah serta memberi manfaat kepada semua peserta.

PROGRAM GEN MADANI KHATAM AL-QURAN11 OGOS 2026
20/08/2026

PROGRAM GEN MADANI KHATAM AL-QURAN

11 OGOS 2026

INTERNATIONAL ECO NATURE VIRTUAL RUN 2026 🌿 12 OGOS 2026Warga SK Seri Bunut turut mengambil bahagian dalam International...
17/08/2026

INTERNATIONAL ECO NATURE VIRTUAL RUN 2026 🌿

12 OGOS 2026

Warga SK Seri Bunut turut mengambil bahagian dalam International Eco Nature Virtual Run 2026 sebagai salah satu usaha menggalakkan gaya hidup sihat serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan menjaga alam sekitar. Terima kasih dan tahniah kepada semua warga sekolah yang telah menyertai serta memberikan sokongan dalam menjayakan program ini.

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 🇲🇾 10 OGOS 2026Dengan penuh semangat patriotik, warga SK Seri Bunut telah bersama-sa...
15/08/2026

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 🇲🇾

10 OGOS 2026

Dengan penuh semangat patriotik, warga SK Seri Bunut telah bersama-sama menjayakan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dalam suasana yang meriah dan penuh semangat kecintaan terhadap tanah air.

Pelbagai aktiviti menarik dan bermakna bakal berlangsung sepanjang bulan ini bagi menyemarakkan semangat patriotisme, memupuk perpaduan serta menyemai rasa cinta dan bangga terhadap negara dalam kalangan murid. Nantikan kemeriahan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan dan ayuh kita semarakkan Bulan Kemerdekaan 2026 bersama-sama.

KEJOHANAN BOLA SEPAK SKM 5S B11 PERINGKAT NEGERI JOHOR 2026 25 JULAI 2026Alhamdulillah, Kejohanan Bola Sepak (5s) Pering...
02/08/2026

KEJOHANAN BOLA SEPAK SKM 5S B11 PERINGKAT NEGERI JOHOR 2026

25 JULAI 2026

Alhamdulillah, Kejohanan Bola Sepak (5s) Peringkat Negeri Johor telah berjaya dilaksanakan dengan lancar. Terima kasih kepada semua pasukan yang hadir dari pelbagai daerah di Johor atas penyertaan, kerjasama dan semangat kesukanan yang dipamerkan sepanjang kejohanan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga SK Seri Bunut yang telah bertungkus-lumus menjayakan kejohanan ini. Ucapan terima kasih juga kepada barisan PIBG SK Seri Bunut atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.

Semoga segala usaha yang dicurahkan menjadi kenangan bermakna dan terus mengeratkan hubungan antara semua pihak. Jumpa lagi pada kejohanan akan datang. ⚽🏆

Address

Batu Pahat
86400

Opening Hours

Monday 07:00 - 16:00
Tuesday 07:00 - 16:00
Wednesday 07:00 - 16:00
Thursday 07:00 - 16:00
Friday 07:00 - 16:30

Telephone

+6074531913

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK SERI BUNUT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK SERI BUNUT:

Shortcuts

Share

Category