13/07/2026
Tahniah BPD ๐๐
๐ FAKTA KEBOLEHPASARAN GRADUAN (GE) FPTP 2025
96.62% Graduate Employability!
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT.
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sekali lagi melakar kejayaan membanggakan apabila mencatat 96.62% Kadar Kebolehpasaran Graduan (Graduate Employability - GE) bagi tahun 2025.
"Di sebalik angka 96.62% ini, tersimpan ribuan kisah perjuangan melibatkan usaha pensyarah membimbing tanpa jemu, sokongan ibu bapa yang tidak pernah putus doa, kepercayaan rakan industri yang membuka peluang, dan semangat graduan FPTP yang berani melangkah ke alam kerjaya. Terima kasih kerana bersama-sama mencipta kejayaan ini. Ini bukan sekadar peratusan, tetapi bukti bahawa FPTP terus melahirkan graduan yang diyakini industri", kata Dr Anim Zalina binti Azizan selaku Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).
Pencapaian ini membuktikan komitmen berterusan warga FPTP dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dari aspek akademik, malah bersedia memenuhi keperluan industri serta pasaran pekerjaan.
๐ Pencapaian mengikut program:
๐ Pengurusan Teknologi (BPA) โ 96.4%
๐ Pengurusan Teknologi (Pengeluaran dan Operasi) (BPB) โ 95.3%
๐ Pengurusan Teknologi (Pembinaan) (BPC) โ 97.2%
๐ Pengurusan Harta Tanah (BPD) โ 98.0%
๐ Pengurusan Teknologi (Reka Bentuk dan Pembuatan Perabot) (BPP) โ 100% ๐
Kejayaan ini adalah hasil sinergi erat antara pensyarah, staf, alumni, rakan industri, majikan serta para graduan yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk FPTP terus memperkasa kecemerlangan akademik, memperluas jaringan industri dan melahirkan lebih ramai graduan yang kompeten, berdaya saing dan berimpak tinggi.
Tahniah dan syabas kepada seluruh warga FPTP!
"Melahirkan Graduan Berkualiti, Memenuhi Aspirasi Industri."