01/10/2026
TABUNG SUMBANGAN BUAT KELUARGA ARWAH IBU NUR SYARIFAH AMRAN Pelajar Tingkatan 5, MRSM Batu Pahat
Dengan rasa prihatin dan tanggungjawab, Muafakat MRSM Batu Pahat melancarkan kutipan Derma Kilat untuk keluarga armarhumah Rosnah binti Jamil yang telah kembali kerahmatullahpada hari Rabu bersamaan 30 September 2026 kerana menghidapi Kanser Payu Dara.
TEMPOH KUTIPAN: 30 SEPTEMBER - 6 OKTOBER 2026
๐คฒ SUMBANGAN PRIHATIN BUAT KELUARGA NUR SYARIFAH
ุฅููููุง ููููููู ููุฅููููุง ุฅููููููู ุฑูุงุฌูุนูููู
Dengan rasa dukacita, dimaklumkan bahawa ibunda tercinta kepada adik NUR SYARIFAH BINTI AMRAN, pelajar Tingkatan 5 Acacia, MRSM Batu Pahat, iaitu Allahyarhamah Rosnah binti Jamil, telah kembali ke rahmatullah setelah sekian lama berjuang melawan penyakit kanser payudara selama kira-kira satu setengah tahun, di samping mempunyai sejarah penyakit strok.
Allahyarhamah telah menghembuskan nafas terakhir di Taman Melati, Paloh, Kluang, Johor dan akan dikebumikan pada malam ini (30 September), Insya-Allah.
Sebagai tanda keprihatinan dan usaha untuk membantu meringankan beban keluarga dalam menghadapi saat yang sukar ini, pihak Muafakat MARA MRSM Batu Pahat membuka Sumbangan Prihatin Buat Keluarga Nur Syarifah.
Sumbangan ikhlas boleh disalurkan ke:
๐ฆ BANK SIMPANAN NASIONAL
๐ณ No. Akaun: 0111741100098976
๐ค REF: SYARIFAH
Segala sumbangan dan doa yang diberikan amatlah dihargai. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dan keikhlasan para penyumbang dengan pahala yang berlipat ganda.
โBarang siapa yang meringankan kesusahan seorang mukmin di dunia, nescaya Allah akan meringankan kesusahannya di akhirat.โ
โ Riwayat Muslim
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah Rosnah binti Jamil, mengampuni segala dosa-dosanya dan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Semoga Nur Syarifah dan seluruh keluarga diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang ini.
Al-Fatihah. ๐คฒ๐ป
Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua.
Daripada,
MUAFAKAT MARA MRSM BATU PAHAT
SESI 2025โ2027