11/09/2024
*Permohonan Maaf*
Kami Dari Singgah Tapaw Peserai ingin memohon maaf kepada pelanggan kami semua terutamanya yang pernah membeli produk di tempat kami tetapi mendapati ianya tidak boleh di makan kerana rasa yang berlainan dari biasa, kondusi makanan yang dah tak elok atau rosak mahupun rasa tidak puashati dari pelanggan kami.
Yang buruk itu memang datangnya dari kami dan kami amat berharap agar mana mana individu yang merasa tidak puashati boleh berhubung dengan kami ataupun datang terus di tapak niaga kami untuk menuntut gantirugi. Datang sahaja dan beritahu pada staff kami, Kami amat berbesar hati untuk mengantikannya. Sekali lagi kami mohon maaf Dan semoga semuantidak serik membeli dengan kami...
Update kes : bubur pulut hitam hari ini (11/09/24) berasa sabun.. maaf ye..!