SRITI Tahfiz Al-Hakim , Batu Pahat

SRITI Tahfiz Al-Hakim , Batu Pahat SRITI Al-Hakim merupakan sebuah institusi pendidikan Islam peringkat rendah yang terletak di Kampung Sungai Tongkang, Rengit, Batu Pahat, Johor.

πŸ‡²πŸ‡Ύ SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SRITI AL-HAKIM πŸ‡²πŸ‡Ύ[[ Selasa, 22 September 2026 ]]Alhamdulillah, telah berlangsung ...
22/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SRITI AL-HAKIM πŸ‡²πŸ‡Ύ

[[ Selasa, 22 September 2026 ]]

Alhamdulillah, telah berlangsung Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat SRITI Al-Hakim dalam suasana yang meriah, ceria dan penuh semangat patriotik.

🎯 OBJEKTIF PROGRAM

πŸ‘‰ Memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan murid.
πŸ‘‰ Meningkatkan pengetahuan murid tentang sejarah dan erti kemerdekaan Malaysia.
πŸ‘‰ Membentuk jati diri, keyakinan diri serta semangat kerjasama dalam kalangan murid.
πŸ‘‰ Mencungkil bakat dan kreativiti murid melalui aktiviti yang berteraskan kemerdekaan.
πŸ‘‰ Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan melalui aktiviti kokurikulum dan persembahan.

πŸŽ‰ ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN:

1️⃣ Pertandingan Pakaian Beragam
2️⃣ Pertandingan Bento Kemerdekaan
3️⃣ Pertandingan Sajak Kemerdekaan
4️⃣ Kuiz Sejarah
5️⃣ Persembahan Murid Tahap 1 & Tahap 2

Pelbagai bakat, kreativiti dan semangat patriotisme dapat diserlahkan oleh para murid sepanjang program berlangsung. Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah mengambil bahagian dengan penuh semangat dan kesungguhan.

πŸ’ Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga SRITI Al-Hakim, para guru, kakitangan, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama, sokongan dan sumbangan tenaga dalam menjayakan program ini.

Semoga sambutan ini dapat menyemai rasa cinta akan tanah air, menghargai jasa pejuang kemerdekaan serta membentuk generasi yang berilmu, berakhlak dan mempunyai jati diri yang kukuh.

πŸ‡²πŸ‡Ύ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ”¬ PROGRAM REHLAH SAINS JOHOR 2026 πŸš€πŸ“… Khamis | 27 Ogos 2026πŸ“ SMKA Maahad MuarAlhamdulillah, seramai 44 orang murid Tahap ...
29/08/2026

πŸ”¬ PROGRAM REHLAH SAINS JOHOR 2026 πŸš€

πŸ“… Khamis | 27 Ogos 2026
πŸ“ SMKA Maahad Muar

Alhamdulillah, seramai 44 orang murid Tahap 2 SRITI Al-Hakim telah menyertai Program Rehlah Sains Johor 2026 yang sarat dengan aktiviti ilmiah dan inovatif.

Antara aktiviti yang disertai:
πŸ”Ή Bengkel Khat 3D Printing
πŸ”Ή Drone Challenge
πŸ”Ή Bengkel STIQ
πŸ”Ή Kuiz Sains & Teknologi dalam Tamadun Islam

Semoga pengalaman dan ilmu yang diperoleh menjadi pemangkin kepada pembentukan generasi berilmu, kreatif, inovatif dan berdaya saing, selari dengan tuntutan pendidikan masa kini.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta! πŸ‘




πŸ“š Pembentangan Sains Tahun 4 Hanbali πŸ“šTarikh: 13 Ogos 2026 (Khamis)Alhamdulillah, murid-murid Tahun 4 Hanbali telah menj...
13/08/2026

πŸ“š Pembentangan Sains Tahun 4 Hanbali πŸ“š

Tarikh: 13 Ogos 2026 (Khamis)

Alhamdulillah, murid-murid Tahun 4 Hanbali telah menjalankan aktiviti pembentangan bagi subjek Sains dengan tajuk β€œSumber Asas Bahan”. 🌱πŸͺ¨πŸŒ³

🎯 Objektif Pembelajaran:

β€’ Murid dapat mengenal pasti sumber asas bagi bahan yang digunakan dalam kehidupan seharian.

β€’ Murid dapat mengelaskan bahan berdasarkan sumber asasnya.

β€’ Murid dapat menerangkan contoh bahan yang diperoleh daripada tumbuhan, haiwan dan sumber semula jadi.

β€’ Murid dapat membentangkan hasil dapatan dengan yakin dan jelas.

✨ Aktiviti pembentangan ini memberi peluang kepada murid untuk berkongsi ilmu, meningkatkan kemahiran komunikasi serta membina keyakinan diri.

Tahniah dan syabas kepada semua murid 4 Hanbali atas usaha dan kerjasama yang diberikan! πŸ‘πŸ»πŸŒŸ


πŸ† KEJOHANAN SUKAN & OLAHRAGA (KESUGA) 2026 πŸ†[[ 25 Julai 2026 - 26 Julai 2026 ]]Alhamdulillah, tirai Kejohanan Sukan & Ol...
26/07/2026

πŸ† KEJOHANAN SUKAN & OLAHRAGA (KESUGA) 2026 πŸ†

[[ 25 Julai 2026 - 26 Julai 2026 ]]

Alhamdulillah, tirai Kejohanan Sukan & Olahraga (KESUGA) 2026 telah pun melabuhkan tirainya. Tahun ini, kejohanan berlangsung di Invictus International School dan UiTM Pasir Gudang.

Tahniah diucapkan kepada seluruh kontinjen SRITI Al-Hakim atas semangat juang dan usaha yang ditunjukkan sepanjang kejohanan.

Berikut merupakan pencapaian yang berjaya diraih :

πŸ₯‡ Johan Pecut 100m Lelaki (Tahap 2)
πŸ₯‡ Johan 4Γ—100m Lelaki (Tahap 2)
πŸ₯‰ Tempat Ketiga Bola Jaring
πŸ₯‰ Tempat Ketiga 4Γ—100m Perempuan (Tahap 1)
πŸ₯‰ Tempat Ketiga 4Γ—100m Lelaki (Tahap 1)

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru, ibu bapa serta para penyumbang yang telah menghulurkan sumbangan sama ada dari segi kewangan, tenaga mahupun doa demi menjayakan kontinjen SRITI Al-Hakim pada tahun ini.

Semoga segala pengorbanan dan kebaikan yang dicurahkan mendapat ganjaran sebaik-baiknya daripada Allah SWT. Hanya Allah jualah yang mampu membalas segala jasa dan pengorbanan kalian.

Tahniah buat semua atlet, jurulatih dan warga SRITI Al-Hakim! Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan. πŸ’šπŸ€

π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π—•π—˜π—₯π—π—¨π—”π—‘π—š 𝗗𝗔𝗑 π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ 𝗠𝗔𝗝𝗨 𝗝𝗔𝗬𝗔Pihak sekolah SRITI Al-Hakim mengucapkan selamat berjuang & selamat maju jaya kepa...
20/06/2026

π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π—•π—˜π—₯π—π—¨π—”π—‘π—š 𝗗𝗔𝗑 π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ 𝗠𝗔𝗝𝗨 𝗝𝗔𝗬𝗔

Pihak sekolah SRITI Al-Hakim mengucapkan selamat berjuang & selamat maju jaya kepada 3 orang murid yang berjaya melayakkan diri ke acara hafazan tahap 2 (L) , bercerita (L) & khutbah sempena Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS) peringkat kebangsaan.

MAIS peringkat kebangsaan kali ke-8 akan berlangsung di UniSHAMS Kedah pada 20-21 Jun 2026.

Semoga para peserta SRITI Al-Hakim yang mewakili kontinjen SRITI Negeri Johor dapat beraksi dengan cemerlang dan membawa pulang kejayaan ke Darul Takzim JDT.

سيروا ΨΉΩ„Ω‰ Ψ¨Ψ±ΩƒΨ© Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ..

πŸŽ‰ SEKALUNG TAHNIAH : PELAJAR TERBAIK PEREMPUAN DAERAH BATU PAHAT UPKK 2025 πŸŽ‰β€‹Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada ad...
08/06/2026

πŸŽ‰ SEKALUNG TAHNIAH : PELAJAR TERBAIK PEREMPUAN DAERAH BATU PAHAT UPKK 2025 πŸŽ‰

​Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada adik Ulya Binti Mohamad Khaidir atas pencapaian yang amat cemerlang & membanggakan dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2025 sekaligus dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Perempuan Daerah Batu Pahat.

Kejayaan ini merupakan satu kebanggaan besar buat seluruh warga SRITI Al-Hakim, Batu Pahat.

​Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat rakan-rakan yang lain dan menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang di dunia dan di akhirat. Syabas, Ulya! Terus melangkah gagah sebagai generasi Murabbi Rabbani. 🌟✨

​

[[ 22 Mei 2026 : Khamis ]]Sambutan Hari Guru Peringkat SRITI Al-HakimTema pakaian : Colour Block 🎨Alhamdulillah, sambuta...
23/05/2026

[[ 22 Mei 2026 : Khamis ]]

Sambutan Hari Guru Peringkat SRITI Al-Hakim

Tema pakaian : Colour Block 🎨

Alhamdulillah, sambutan Hari Guru tahun ini berlangsung dengan meriah, ceria dan penuh warna-warni.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua AJK yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini dengan begitu baik. Semoga segala usaha, kerjasama dan pengorbanan yang diberikan mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT.

Terima kasih juga kepada semua ibu bapa atas ingatan dan hadiah yang diberikan kepada para guru. Sokongan dan penghargaan daripada semua amat bermakna buat kami dalam mendidik anak-anak generasi pewaris ummah. 🌷

β€œGuru Haraki Pemangkin Kekuatan Jemaah” ✨

18/05/2026

𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 π“πŽπŠπŽπ‡ 𝐆𝐔𝐑𝐔 π’π‘πˆπ“πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

πŸŽ‰ Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ustaz Mohd Khalid Bin Salekan atas penganugerahan Tokoh Guru SRITI Malaysia Tahun 2026.

Pengiktirafan ini merupakan penghargaan atas jasa, pengorbanan, komitmen serta dedikasi beliau dalam memperkasa pendidikan Islam dan melahirkan generasi rabbani melalui medan pendidikan SRITI.

Semoga terus dikurniakan kekuatan, keberkatan dan istiqamah dalam mendidik ummah serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga pendidik SRITI Malaysia.

πŸ“ SRITI Al-Hakim, Batu Pahat, Johor

β€œGuru Haraki Pemangkin Kekuatan Jemaah”





Alhamdulillah .. sekali lagi SRITI Al-Hakim menghantar kontinjen ke Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS) peringkat negeri J...
26/04/2026

Alhamdulillah .. sekali lagi SRITI Al-Hakim menghantar kontinjen ke Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS) peringkat negeri Johor pada 25 April 2026 (Sabtu) bertempat di HAB Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) ..

Rezeki yang tidak disangka-sangka apabila SRITI Al-Hakim dinobatkan sebagai Naib Johan keseluruhan MAIS Johor tahun 2026 .. Naik satu anak tangga dari tahun lepas berada di tempat ke 3 ..

Berikut keputusan MAIS bagi kontinjen SRITI Al-Hakim :

πŸ‘‰ Johan bercerita BM (L)
πŸ‘‰ Johan hafazan tahap 2 (L)
πŸ‘‰ Johan khutbah
πŸ‘‰ Naib Johan bercerita BM (P)
πŸ‘‰ Naib Johan pidato BM (P)
πŸ‘‰ Naib Johan hafazan tahap 1 (L)
πŸ‘‰ Ketiga hafazan tahap 1 (P)

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam melatih anak-anak SRITI Al-Hakim sehingga mencapai kejayaan ..

Ucapan terima kasih juga kepada semua yang memberi sumbangan dalam melancarkan perjalanan kontinjen SRITI Al-Hakim .. semoga Allah gantikan sumbangan tersebut dengan ganjaran yang lebih besar ..



Address

Batu Pahat
JOHOR

Opening Hours

Monday 07:30 - 15:30
Tuesday 07:30 - 15:30
Wednesday 07:30 - 15:30
Thursday 07:30 - 15:30
Sunday 07:30 - 15:30

Telephone

+60137706717

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI Tahfiz Al-Hakim , Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRITI Tahfiz Al-Hakim , Batu Pahat:

Shortcuts

Share

Category