23/09/2026
πβ¨ SESI LAPOR DIRI DAN AKUR JANJI GURU DG5 KONTRAK SEKOLAH AGAMA KERAJAAN NEGERI JOHOR DAERAH BATU PAHAT 2026.
Alhamdulillah, telah berlangsung Sesi Lapor Diri dan Akur Janji Guru DG5 Kontrak Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor Daerah Batu Pahat sebagai satu langkah penting dalam memulakan amanah dan tanggungjawab baharu dalam perkhidmatan pendidikan.
π
Tarikh: 21 September 2026 (Isnin)
π Tempat: Bilik Mesyuarat PPID Batu Pahat
Bersama : Tuan Haji Johari Bin Musa
( Pegawai Pendidikan Islam Daerah Batu Pahat )
Sesi ini menjadi medan untuk menyambut kehadiran guru-guru baharu serta memberikan kefahaman berkaitan amanah, tanggungjawab dan komitmen sebagai warga pendidik Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor.
Semoga lantikan ini menjadi titik permulaan kepada sebuah perjalanan yang penuh dedikasi dalam mendidik, membimbing dan membentuk generasi yang berilmu, berakhlak serta berpegang teguh kepada nilai-nilai Islam. π€²π»
Selamat datang dan selamat menjalankan amanah kepada semua Guru DG5 Kontrak SAKNJ Daerah Batu Pahat. Semoga terus istiqamah, ikhlas dan cemerlang dalam mendidik anak-anak bangsa. πΏβ¨
MAJU BP π€β€οΈ